Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 6, 2010

Sindiket Roadtax Palsu - Awek Polis pun kantoi!


Aduyaiii!!
Time-time roadtax kete teman mampos ni.. ada pulak kes macam ni..
hmmm.. memang tertekan roadtax mati ni...
Nak renew roadtax takde hal.. nak bayar premium insurans yang sakit hati tuh!!
waaaa...

sunsnake 06072010

Polis Pulau Pinang tumpas sindiket cukai jalan palsu

GEORGETOWN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memalsukan cukai jalan setelah menahan lima orang termasuk seorang anggota polis yang digantung kerja dalam serbuan di sekitar Relau, Bayan Lepas di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira enam jam bermula jam 5 pagi, suspek yang berusia 20-an dan 30-an, ditahan di tiga lokasi dan polis turut merampas pelbagai dokumen termasuk cukai jalan palsu serta lesen memandu milik orang awam.

Difahamkan, seorang daripada suspek adalah teman wanita anggota polis berkenaan.Anggota polis berkenaan digantung kerja sejak dua tahun lalu atas kesalahan berkaitan dadah.
-Berita Harian

0 comments: