Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 23, 2010

Rahim Tamby Chik - Sudah habiskah golongan profesional UMNO?


Aduyai!!
Punya la ramai melayu profesional di Malaysia ni..
Punya la ramai melayu bekas-bekas graduan universiti dalam dan luar negara..
Yang ada Phd dan master dalam ekonomi..
Belum kira yang ada pengalaman run business.. yang bekas kakitangan kerajaan Profesional pun ramai..
Dan yang paling penting.. calon tu ada kredibiliti dan bukan diragui ke'nafsuan'nya!
wakakakaka!

UMNO dah nak mati ni macam tu laa..
Tu dah habis pusing la kot? Dah takde calon lain dah..
Gila bro!! Bukan kecik anak nilai tanah Kampung baru nih!!
Mau makan tak habis dari Najib ke Ashman ke Anak Ashman ke cucu Ashman ke cicit Ashman ke piat Ashman ke piut Ashman ke... ke... ke...
Kena la calon yang dipercayai dan berintegriti ala UMNO yang handle..
adushhh!!!

Kenapa la makcik pakcik felda tak nampak benda ni..
kenapa la orang melayu tak nampak benda ni..
kenapa la Mufti Perak tak nampak benda ni!!
sunsnake 23082010

Kampung Baru: Lo' Lo' akan serah memorandum kepada menteri

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ Ghazali akan menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bulan depan.

Memorandum mewakili penduduk Kampung Baru itu bagi membantah pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru di Parlimen yang dijadual Oktober depan.

Lo’ Lo’ berkata, rang undang-undang itu tidak sewajarnya dibentangkan di Parlimen kerana masih ramai penduduk Kampung Baru yang tidak memahaminya malah tidak mengetahui mengenai makmal draf undang-undang tersebut.

“Kita mahu, menteri turun ke Kampung Baru dan menerangkan mengenai undang-undang perbadanan ini supaya penduduk faham. Kalau bagus, mestilah disokong.

“Walaupun menteri kata makmal itu diwakili penduduk Kampung Baru tapi mereka tiak merasa merak diwakili dalam makmal itu dan rata-ratanya tidak mengetahui,” kata Lo’ Lo’ ketika dihubungi harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat juga mempersoal keputusan kerajaan pusat mewujudkan perbadanan yang tidak diwakili oleh penduduk kampung Baru sendiri.


Berita Penuh

Nikah Gantung! Idea Bijak!

Gambo hiasan je.. jangan marah ye Puan Serina!


Teman sokong cadangan daripada Dewan Pemuda PAS Pusat ni..
Jauh lebih baik daripada idea buat Sekolah untuk Gadis Hamil tu!
(khabarnya dah ada ibubapa call seklah tu, nak masukkan anak mereka!)..

Seingat teman keluarga teman dulu ada yang buat Nikah gantung ni..
memang idea asalnya dapat tentangan gak laa..
Tapi Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar..
dah beranak pinak pun pakcik-makcik tuh!

Mungkin akan ada yang memandang sinis idea ini..
Tapi sedarlah.. anak-anak yang lahir hasil nikah gantung ini lebih terjamin maruah mereka berbanding anak-anak yang dilahirkan tanpa bapa yang sah!

At least mak ayah mereka bernikah beb!

Tapi bimbang gak.. besok lain lak jadinya!
Ramai yang nikah gantung sebab dah termengandung!
aisehh!! haru!
Maklumlah.. melayu ni kan pandai modified!
Sampaikan hukum Islam pun nak dimodifiednye!
sunsnake 23082010

Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Malaysian Insider

Hukum Hudud - Impian Peribadi Kami!


Buat Pemuda Gerakan..
Untuk pengetahuan kamu..
Hukum Hudud ini bukan sahaja impian peribadi Tuan Guru Nik Aziz..
tetapi adalah impian peribadi kami yakni jutaan ahli-ahli PAS di Malaysia ini!

Walaupun ianya mendapat bantahan daripada Karpal Singh, kamu dan UMNO, ianya tetap menjadi impian kami sehinggalah kami menutup mata dan akan disambung oleh pewaris-pewaris perjuangan kami sehingga ke akhir hayat alam ini!

Jadi tidak perlulah kamu sibuk nak sedarkan PAS atas apa yang kamu rasa..
Karpal Singh juga begitu.. Apa pun yang dikatakan oleh mereka yang kafir mahupun yang fasik mahupun yang munafik!

Hukum Hudud tetap menjadi impian kami..
Biarlah kami ditolak oleh DAP kerana Hukum Hudud..
Biarlah kami dihina oleh MCA dan gerakan kerana Hukum Hudud..
Biarlah kami disindir oleh UMNO kerana Hukum Hudud..
Biarlah... Biarlah..
Kerana inilah sunnah perjuangan kami..
Dan kami yakin sekiranya kamu tahu akan kebenaran dan keadilan Islam..
Pastinya sejak dahulu lagi kamu mahukan Al-Quran sebagai penjaga kehidupan kamu..

Malangnya.. UMNO yang mewarisi Saka British inilah yang telah menggelapkan segala keindahan dan keadilan Al-Quran di bumi Malaysia ini....
sunsnake 23082010

Gerakan anggap hudud 'impian peribadi' Nik Aziz

Ogos 22, 10 10:16am

Pemuda Gerakan menegaskan PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada.

"Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang Beliau merujuk kepada cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya undang-undang hudud bagi mengatasi gejala jenayah dan sosial seperti kes membuang bayi yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan, Tan berkata, cadangan undang-undang hudud tersebut juga turut ditolak oleh DAP, yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Berita Penuh

Inipun Kerja Lim Guan Eng!! Kompom!!!


Sah! Inilah kerja Lim Guan Eng!
Memang Lim Guan Eng ni anti Islam!
Memang Lim Guan Eng ni anti melayu!

Sial punya Lim Guan Eng!
Surau pun dia nak simbah cat!
Memang betul apa yang UMNO kata!
Lim Guan Eng memang chauvinist Cina!

Hidup Melayu!
Hidup UMNO!
hanya UMNO sahaja yang mampu selamatkan Melayu!!
hanya UMNO sahaja yang mampu selamatkan Islam!!

Yang Ikhlas..
Pencacai UMNO Pulau Pinang


sunsnake 23082010

Surau di Seremban disimbah cat merah


Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini. Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis. Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.
Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri). Mereka menemui serpihan botol yang dipercayai mengandungi cat merah di situ. Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.

Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.

Yang UMNO Terasa Apahal???


Seingat teman.. MB Khalid takde pun buat sebarang tuduhan berkaitan hal ni..
hatta mungkin aci cleaner di SUK pun tak dituduhnya..

Yang tiba-tiba UMNO Selangor melompat apahal?
Yang tiba-tiba UMNO Selangor terasa apahal?
UMNO Selangor makan cili ke?
UMNO Selangor terasa pedas ke?

Wakakakak!
Makin nak mampus makin meghoyan UMNO nih!!!

sunsnake 23082010

'Isu kamera sandiwara Khalid'


2010/08/23

KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sehingga kini belum membuat laporan polis berhubung penemuan kamera tersembunyi di pejabatnya menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Satim Diman, berkata rakyat Selangor masih menunggu Khalid membuat laporan mengenai kamera yang ditemuinya kira-kira dua minggu lalu.

Jika belum atau enggan buat laporan akan timbul pelbagai spekulasi. Apakah ini sandiwara politik Khalid dan mengapa? katanya dalam kenyataan, semalam. Satim turut membuat andaian laporan tidak dibuat kerana khuatir siasatan polis akan membongkar identiti orang yang meletakkan kamera itu.

Mungkin Khalid takut jika ada siasatan, polis akan membongkar identiti orang yang meletak kamera itu sama ada musuh Elizabeth Wong (Adun Bukit Lanjan) atau musuh Khalid yang tahu kegiatan dalam pejabat Menteri Besar atau motif peras ugut, dakwanya.

Satim berkata, orang ramai sedia maklum hanya orang tertentu boleh keluar masuk pejabat Menteri Besar dan mustahil orang luar meletak kamera itu.

Jangan hendak menuding jari kepada orang lain. Hanya Khalid dan orang dalam tahu rahsia kegiatan dalam pejabat Menteri Besar, katanya yang berharap Khalid segera membuat laporan perkara itu.
Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, Khalid menjumpai kamera tersembunyi di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan SUK di Shah Alam.

Menteri Besar sebelum ini berkata, sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan jika ada keperluan selepas melihat rakaman berkenaan. BERNAMA

Pengkalan Data DNA - Teman Sokong Tapi...

Pakar DNA CSI Miami - Eva La Rue a.k.a Natalia Boa Vista!

Patut dari dulu lagi dah ada dah benda-benda ni..
Apakata Kerajaan Malaysia jadikan drama CSI sebagai panduan?
Bukan la nak tiru sebijik-sebijik.. nama pun drama..
Tapi at least ke arah itu la kemajuan bidang forensik Malaysia..

Cuma kena pastikan jugak,
semua pendatang-pendatang halal pastinya dan yang haram semaksima mungkin
pun ada data DNA jugak! kalau dak serupa tak payah bila hasil siasatan 90% ujian DNA gagal sebab pemilik tidak dapat dikenalpasti!

Err.. lagi satu jangan buat macam kes Anwar Ibrahim sudah!
Main percik-percik DNA pulakkkk!!
wakakakaka! Ingat Ayam percik ke?

UMNO beb! semua depa leh buat! bukan kira halal haram!

sunsnake 23082010


Pangkalan data DNA sedia diwujud
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/08/23

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mewujudkan pangkalan data ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai salah satu inisiatif baru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tidak ada sebab kerajaan tidak meneliti cadangan mewujudkan pangkalan data itu walaupun 55 inisiatif di bawah NKRA itu sudah dikenal pasti kerana ia bukan sesuatu yang eksklusif dan boleh sentiasa ditambah baik.

Berita Penuh

Khatib Tersebut Telah Bersuara!

Gambar hiasan je ni tau!

Allahuakbar!
kome analisa la dulu ye apa yang dikomen oleh Tok Khatib ni..
Apa-apa pun teman respect habis kat Tok Khatib ni..
sunsnake23082010

Khatib akui tak sebut nama Seri Paduka


2010/08/23

GEORGETOWN: Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa berkenaan.

Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Memang saya tidak sebut namanya (Yang di Pertuan Agong), tetapi saya mendoakannya ketika berdoa supaya kesejahteraan serta kesihatan diberikan kepada semua pemimpin itu, termasuk kepada Yang di Pertuan Agong. Saya tidak tinggalkannya terus (doa untuk Yang di-Pertuan Agong), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakannya tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong ketika doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia seolah-olah tidak menghormati Tuanku Mizan sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak.

Budak melambung - Banyaknya mercun!!!


Subhanallah!
Kalau dah sampai melambung budak tersebut sampai sangkut diatas pokok,
agak-agak banyak mana mercunnya?
agak-agak jenis apa mercunnya?
agak-agak macam mana rupa mercunnya?

teman selalu gak la tengok mercun banyak-banyak..
tengok dalam berita rampasan mercun kat berita TV je laa..
tapi kalau dah sampai budak boleh melambung atas pokok..
rasa-rasanya mau selori 1 Tan jugak banyaknya mercun tuh!

Lain la Bright Sparklers Sungai Buluh dulu..
itu dah nama pun kilang.. logik la banyak mercunnya..

hmm... main bunga api sudahhh!!!!

sunsnake 23082010

Mati melambung

2010/08/23


KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut dengan mayatnya tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga di sini, semalam.

Berita Penuh

Kisah Benar Malam LailatulQadar!


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib!

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud.. fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar.... " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah.. Bodoh.. " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti Hari Raya.

>>> Jangan marah ye.. cerita adalah rekaan semata - mata.. tiada kena mengena dengan yg masih hidup ataupon sudah mati.. miahahhaa..

Puasa Bagai Nak Rak Tapi Tak Solat! Aduhhh!!!


BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.

Jawapan;

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.

Sumber - Ilmu & Ulama'