Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 17, 2009

Pengalaman yang WAJIB dihayati oleh Pejuang Islam!

Allahuakbar!
Kagum dan kaget apabila membaca pengalaman Ayahanda Subky didalam coretannya di Harakahdaily..
Betapa kerja kuat dan strategi yang ampuh lagi tidak mengenal putus asa dan pastinya kebergantungan dengan tali Allah SWT sahaja yang mampu melawan asakan dan serangan segenap penjuru dan sudut oleh UMNO-Barisan Nasional yang toghut ini!

Semoga menjadi panduan buat diri teman dan semua yang mengaku memperjuangkan Siasah Islamiah!

Allahuakbar!
sunsnake 17.12.2009


PAS Batu dalam melahirkan Markas Tarbiyah PAS
Subky Latif

PADA 05 Desember lalu PAS Kawasan Batu menyambut genap 25 tahun penubuhannya secara sederhana dengan menganjurkan ceramah bertema PAS For All – atau PAS untuk semua.

Sambutan itu disempurnakan oleh Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ketua Kelab Penyokong PAS kaum India, Balasubramaniam ikut berucap.

Tidak sedar rupanya kawasan PAS yang saya asaskan itu sudah berusia 25 tahun. Rasanya baru saja, masih segar dalam ingatan saya, rupanya sudah menelan masa 25 tahun.

Masa itu saya adalah Ketua PAS Kawasan Setapak. Kawasan yang dipanggil PAS Kawasan Batu sekarang ini adalah sebahagian dari PAS Kawasan Setapak.

Memang strategi Umno bagi mempertahankan kuasanya ia mengadakan persempadanan baru kawasan pilihan raya setiap sepuluh tahun sekali. Dengan tindakan itu ia memastikan kawasan kuat pembangkang dapat dilemahkan dan kawasannya yang terancam dapat diperkuatkan.

Kawasan Parlimen Setapak terlibat dalam persempadanan baru itu. Ia dipecah menjadi dua kawasan Parlimen baru iaitu Batu dan Titiwangsa. Kawasan Setapak dimansuhkan.

Dalam persempadanan baru itu beberapa kampung dari kawasan-kawasan Parlimen yang bersempadan dengannya terlibat sama, ada dimasukkan dalam kawasan baru itu atau kampung yang dulunya dalam kawasan Setapak dipindahkan ke kawasan lain seperti Kepung dan Segambut.

Tetapi kebanyakan lokaliti di kawasan Setapak itu terbahagi kepada dua kawasan Batu dan Titiwangsa.

Apabila Parlimen meluluskan persempadanan baru itu saya mengambil langkah menyelaraskan PAS Kawasan Setapak mengikut perubahan yang berlaku itu.

Sebelum ada arahan dari Pejabat Agung PAS tentang persempadan baru itu saya mengambil langkah membentuk dua jawatankuasa penaja bagi menubuhkan PAS Kawasan Batu dan PAS Kawasan Titiwangsa. Mana-mana cawangan PAS Kawasan Setapak yang masuk ke dalam kawasan Batu dimasukkan dalam penajaan PAS Kawasan Batu dan yang terletak dalam kawasan Titiwangsa menjadi penaja PAS Kawasan Titiwangsa.

Saya sendiri yang tinggal di Taman Melawar termasuk dalam kawasan Batu menjadi pengerusi penaja penubuhan PAS Kawasan Batu dan Ustaz Othman Razak yang tinggal di Datuk Keramat menjadi pengerusi penaja PAS Kawasan Titiwangsa.

Pada 5 Desember 1984 itu saya memanggil Mesyurat Agung Khas PAS Kewasan Setapak membubarkan PAS Kawasan Setapak dan serentak mencadangkan penajaan dua kawasan baru – Batu dan Titiwangsa – berikutan dengan pembubaran itu.

Selepas dipersetujui kami pun berpecah. Cawangan yang termasuk dalam penajaan PAS Kawasan Batu mengadakan perjumpaan menubuhkan kawasan baru itu dan manakala cawangan-cawangan yang termasuk dalam kawasan Titiwangsa pula mengadakan perjumpaan yang berasingan di bangunan yang sama bagi membentuk PAS kawasannya.

Saya menjadi Ketua PAS Kawasan Batu yang pertama dan Ustaz Othman Razak dipilih menjadi Ketua PAS Kawasan Titiwangsa.

Kedua-dua kawasan itu ditubuhkan pada hari yang sama. Saya tidak tahu apakah PAS Kawasan Titiwangsa ada mengadakan majlis memperingati 25 tahun penubuhannya.

Dalam masa 25 tahun telah berlaku lagi pesempadan baru yang melibatkan kedua-dua kawasan PAS itu apabila satu kawasan baru ditambah iaitu Wangsa Maju. Lepas itu Wangsa Maju dan Titiwangsa menjadi tiga dengan menambah Setiawangsa. Yang satu sebelum 25 tahun dulu menjadi empat sekarang.

Titiwangsa menjadi kawasan majoriti Melayu tetapi Batu menjadi kawasan campuran. Sekalipun yang terbesarnya pengundi Melayu tetapi ia hanya membentuk sekitar 40 peratus saja. Lebih 50 peratus terdiri dari pengundi Cina dan India.

Dalam keadaan itu sukar bagi PAS menguasai kawasan itu semasa politik bersendirian dulu. Dalam masa 25 tahun itu sekali saja PAS bertanding. Dalam persefahaman dengan lain-lain parti PAS memberi laluan kepada sekutunya.

Dalam semua masa PAS di situ menjadi kumpulan yang penting. Cuma baru dalam pilihan raya 2008 pakatan pembangkang menguasai kawasan Batu.

Langkah penting yang diambil oleh PAS Batu ialah menjadi tenaga penggerak dari belakang membina Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar.

Aktivis PAS kawasan ini diketuai oleh beberapa orang profesional. Setiap petang mereka memulakan pembinaannya tanpa sebarang peruntukan di atas sebidang tanah milik PAS Terengganu yang terbiar.

Sebelumnya PAS menghadapi masalah tempat untuk mengadakan perjumpaan. Penyokong PAS berpakat dengan Ustaz Hassan Shukri, Setiausaha Agung masa itu bagaimana tanah kosong itu dimanfaatkan. Ustaz Hasan mendapatkan restu PAS Terengganu.

Setiap petang aktivis PAS menggali lubang untuk didirikan tiang. Apabila beberapa tiang mula terdiri, maka mencurah-curah bantuan dari para penyokong dari semua tempat. Ada yang memberi pasir, ada yang menghantar simen, ada yang sanggup memberi peruntukan pintu dan tingkap, demikian juga kayu kayan yang diperlukan oleh bangunan itu.

Duit tidak dikira lagi. Ada saja orang yang tidak teragak-agak mengeluarkan wang dari sakunya.

Terbina satu bangunan dua tingkat. Tingkat atas untuk Ustaz Hasan dengan PAS pusat tetapi tingkat bawah untuk aktivis PAS Batu mengadakan ceramah. Asal ada pemimpin pusat datang ke Kuala Lumpur di situlah ceramah diadakan tanpa memikirkan soal permit.

Kerana ia terletak di luar Wilayah Persekutuan, polis Sentul tidak dapat bertindak apabila ada aduan Umno tentang ceramah tanpa permit oleh PAS. Polis Sentul menghubungi Polis Rawang. Bila Polis Rawang datang majlis sudah selesai.

Kemudian Pejabat Agung PAS dipindahkan ke bangunan itu dan Taman Melawar jadi pusat perkembangan PAS baru yang dikenali serata dunia. Yang menggerakkan terbentuknya Markaz Tarbiyah yang terkenal itu dimulakan orang PAS kawasan Batu yang memanfaatkan tanah terbiar milik PAS Terengganu itu.

oleh - Subky Latif

Tamatnya Penantian 20 Tahun!!! Tahniah Malaysia!


Fuh!!!
Walaupun gol sendiri oleh Vietnam, janji menang!!
Alhamdulillah..
Akhirnya Pingat Emas Bolasepak Sukan Sea menjadi milik Malaysia!

Sokongan padu peminat amat jelas! Di seluruh Tanahair!
Contohnya Bandar Bukit Sentosa, Rawang lengang seketika..

Semua restoran-restoran baik Seafood mahupun mamak penuh dengan peminat-peminat Bola..
Yang dok semeja dengan pendatang asing Vietnam pun ada! hehehehe

Apa-apa pun.. Tahniah buat pasukan Bolasepak Malaysia.. Tahniah FAM..
tapi bukan untuk Khairy...

No Politician in Sport Please!
sunsnake 17.12.2009


Bola sepak menang emas
17/12/2009 8:01pm

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.

Jaringan gol sendiri pemain Vietnam memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.

Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.