Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 - Al-Fatehah buat Pejuang Yang Berani!



Dengarnya ini bukan Allahyarham.. mohon pencerahan pada yang tahu..

budakbalun 11072011

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid

KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam. Harakahdaily

BERSIH 2.0 - Adehhh!! Nyesalnya tak kena tangkap!


Teman sedari jam 9pagi dah ada di area Sogo..
Berpusing-pusing didalamnya menantikan arahan selanjutnya..
Sempat gak la duduk-duduk dengan brader-brader SB depan pintu utama Sogo tuh!
Dah jadi macam kem polis dah area segitiga Sogo-Pertama-Campbell..

kul 12 tengahhari perut dah rasa lapar..
kena la naik ke Tingkat 6 sogo belasah makan dulu..
(untung peniaga atas tu..sikit punya ramai orang makan minum!)

Baca berita dibawah ni semalam.. chaitt!
untunglah sapa yang kena tangkap!
makan free!!!
teman kena RM8 kat Sogo makan tengahhari!!

wakakaka!!

kepada semua yang turut hadir dengan berani ke KL 9 Julai 2011..
Salute!!!!!!!!

kepada yang tak turun..
hek lehhhh!! hahahaha

korang semua berani! korang semua cool!

sorang semua telah mencipta sejarah!!!

hancur penipuan! hancur kezaliman!

hidup! hidup! hidup rakyat!
budakbalun 11072011

Polis belanja RM41,475 untuk kos makanan tahanan

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM41,475 diperuntukkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menampung kos makanan 1,659 individu yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di ibu kota, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, pihaknya memperuntukkan RM23 bagi setiap individu yang ditahan untuk menampung kos makanan dan minuman.


“Ini membuktikan layanan mesra kepada semua tahanan malah makanan yang disediakan kepada mereka lebih baik jika dibandingkan dengan anggota polis bertugas.

“Kenyataan ini sekali gus menolak dakwaan pihak pembangkang dan media asing yang mendakwa layanan buruk diberikan kepada tahanan perhimpunan haram berkenaan. “Malah, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut berada di setiap pusat tahanan bagi memantau kebajikan individu yang ditahan, kelmarin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.


Difahamkan, antara lokasi yang digunakan bagi menempatkan semua tahanan adalah Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Maktab PDRM Cheras dan Balai Polis Jinjang.

BERSIH 2.0 - 9 Julai 1Malaysia!


Aku sedang duduk keletihan ditangga Bank Muamalat area Masjid Jamek KL...

tiba-tiba lengan aku ditarik lembut oleh seseorang..

Aku menoleh ke kiri dan rupanya..

Seorang lelaki India tua yang menarik lenganku..

Dia - "Come on bro.. let's walk for Malaysians!"

Aku - "Sorry sir.. very exhausted!"

Dia - "For Malaysians! Come on Brother.."

Aku - "Ok lets go! for Malaysians!"

Aku - "Sir.. becareful.. are you sure you will not fall."

Dia - "Brother.. if I fall, I'm sure you will help me up!"

hmmmm.. lalu kami berpeluk pinggang bersama mengikuti kumpualn ribuan rakyat menuju ke Stadium Merdeka!

Beberapa minit kemudian...

Tusss!! Tusss!! Tusss!!!

Canister puaka milik Polis Diraja Malaysia berterbangan disekeliling kami..

Dan itulah kali terakhir aku melihatnya...

Seorang Lelaki India tua itu...

Moga kami bertemu lagi di Ibukota Malaysia yang tercinta...

budakbalun 9 Julai 2011