Thursday, March 10, 2011
Judi - Bukti PAS Tunggangan DAP?
Kepada Allah SWT kita bermohon agar dibukakan pintu hati penyokong-penyokong UMNO untuk menerima kebenaran ini!
PAS bertegas larang bukan Islam jual loteri haram di premis di Kelantan..
MCA dan gerakan cuba menangguk di air yang keruh seperti biasa..
DAP pulak semacam gagal membuat keputusan mana yang patut diutamakan..
UMNO seperti biasa tak berani nak bercakap!
Dan menunggu sahaja masa yang sesuai untuk ambil kesempatan!
Macam dulu laaa..
Bila Karpal Singh kata 'Langkah Mayat Saya dahulu sebelum tubuh negara Islam"!
UMNO tak kata apa.. senyap sunyi je tengok PAS terkial-kial berbahas dengan bukan Islam..
walhal UMNO mengaku Islam tuh?
Alih-alih bila PAS dah berbaik dengan DAP..
UMNO guna balik isu kenyataan Karpal Singh tu!!
Pulakkk??
Kata munafik karang marah!
Kata masuk neraka karang marah!
Kata fasiq karang marah!
Tapi itulah gaya UMNO sejak dulu!
Boleh pulak dia kata PAS tunggangan DAP?
Ni PAS bantah DAP ni?
Apa pulak pendapat/fitnah nya?
Yang UMNO Terengganu tak berani sanggah MCA dan Gerakan ni?
Apa cerita?
Dah jelas UMNO tunggangan siapa?
adehhh!!
kepada PAS Kelantan..
Biar mati anak.. Jangan Mati Islam!
Biar hilang kawan! Jangan Hilang Islam!
Biar kurang undi! Jangan Kurang Islam!
Biar kalah Pilihanraya..
Asal jangan Islam kalah!
Allahuakbar! hancur Toghut!
sunsnake 10032011
Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu
Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.
"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.
Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.
Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.
Berita Penuh
Salute Brade Mahfuz!!! BudakBalun Setuju!!!
Teman secara ikhlas nak bagitau..
Teman sehingga kini takde sebarang saman baik ekor mahupun sign tepi jalan..
Baru-baru ni seorang sahabat teman ngadu..
dia ada 9 saman ekor! semuanya speed trap! total beribu gak la nak kena bayor!
Kebetulan roadtax / insurans kete dia mati hujung bulan nih! dalam RM1000
Kebetulan kete dia pun dah 2 bulan tak bayor! ada la dalam RM800
Kebetulan anak dia 3 orang sekolah rendah! total yuran sekolah mau gak dalam RM200!
Sedih teman tengok dia termenung duduk sorang-sorang dalam surau ofis..
Nak buat macam mana...
Dia pun boleh tahan gak 'tegar' UMNO nye..
Bukan main suka UMNO menang PRK Tenang hari tu..
Cumanya kemenangan di Merlimau dan Kerdau dia tak sempat nak ulas kot?
Sebab pening kepala dengan masalah tadi..
hmmmm.. Hidup Melayu! Hidup Najib! Hidup FLOM!
sunsnake 10032011
Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Harakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa. "Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Berita Penuh
UMNO Buat Rakyat Macam Tikus Makmal!
Kali ni UMNO secara terang-terang memperjudikan kesihatan rakyat!
Malanglah rakyat Pahang terutamanya di Kuantan..
Dengan amat yakin UMNO bagitahu..
Projek itu selamat!
Wehhhh!!
Kalau betul selamat cuba bina projek tu tepi Istana Najib di Putrajaya?
Atau.. cuba alih projek tu ke Precint mana-mana di Putrajaya..
Boleh kita dengar pulak apa komen kakitangan kerajaan yang duduk disitu!
Adakah kerana Pahang ni 'fixed deposit" UMNO..
Maka kesihatan rakyat Pahang leh kira cincai?
Kalau berani try la buat di Kelantan? Penang? Kedah? Selangor?
Mana boleh.....!!!
Sebab rakyat negeri-negeri ni pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara!
Kesian la rakyat Gebeng, Kuantan..
Jadi tikus makmal!
wakakakakaka!
sunsnake 10032011
'Jika selamat, mengapa tak bina di Perth'
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan hari ini mempertikaikan kewajaran kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.
Katanya, jika benar pusat bernilai RM700 juta yang dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp didakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk, mengapa bahan sisa perlu diproses di negara ini.
“Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat.
“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia?

Isk! Malu-Malu Alah Pulak Najib neh!
Hek elehhh..
DS Najib Perdana Menteriku yang dikasihi..
Janganlah malu-malu alah nak naikkan harga minyak tu..
Tak payahlah nak bermukadimah dengan kenyataan yang memeningkan makcik pakcik felda..
Pertumbuhan ekonomi global laa..
Rasionalisasi Subsidi laaa.
Krisis Hutang Kedaulatan laa..
Ini semua bukan makcik pakcik felda paham...
tapi apa ada hal makcik pakcik felda tak faham??
Selamanya mudah memperbodohkan melayu-melayu UMNO nih!
Pusing-pusing ayat skit..
Masukkan perkataan wajib iaitu Ketuanan Melayu..
Sebut nama DAP sikit..
Sebut pasal Tun Razak sikit..
Sebut pasal 13 Mei sikit..
Mengalir lah airmata pakcik makcik felda tuh menyokong UMNO!
adehhhh!!
Naikkan aje harga minyak Ron97 ke RM5.10/liter
Naikkan aje harga minyak Ron95 ke RM3.00/liter..
abis cerita..
takyah pening-pening nak naikkan harga minyak dah sebab tak yah naikkan lagi sampai 2 tahun!
Buat aje.. rakyat Malaysia sanggup mati demi mempertahankan kemewahan pemimpin UMNO dan isteri-isteri mereka!
Apa ada hal?
sunsnake 10032011
Perdana Menteri berkata langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.
"Pelaburan sektor swasta telah turun sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Katanya kerajaan komited mengenai program rasionalisasi sabsidi tetapi akan ia dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.
"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.
Peningkatan berterusan inflasi, katanya akan terus memberi kesan terhadap para pengguna.
Krisis hutang kedaulatan, katanya masih boleh diuruskan.
Berita Penuh
DS Najib Perdana Menteriku yang dikasihi..
Janganlah malu-malu alah nak naikkan harga minyak tu..
Tak payahlah nak bermukadimah dengan kenyataan yang memeningkan makcik pakcik felda..
Pertumbuhan ekonomi global laa..
Rasionalisasi Subsidi laaa.
Krisis Hutang Kedaulatan laa..
Ini semua bukan makcik pakcik felda paham...
tapi apa ada hal makcik pakcik felda tak faham??
Selamanya mudah memperbodohkan melayu-melayu UMNO nih!
Pusing-pusing ayat skit..
Masukkan perkataan wajib iaitu Ketuanan Melayu..
Sebut nama DAP sikit..
Sebut pasal Tun Razak sikit..
Sebut pasal 13 Mei sikit..
Mengalir lah airmata pakcik makcik felda tuh menyokong UMNO!
adehhhh!!
Naikkan aje harga minyak Ron97 ke RM5.10/liter
Naikkan aje harga minyak Ron95 ke RM3.00/liter..
abis cerita..
takyah pening-pening nak naikkan harga minyak dah sebab tak yah naikkan lagi sampai 2 tahun!
Buat aje.. rakyat Malaysia sanggup mati demi mempertahankan kemewahan pemimpin UMNO dan isteri-isteri mereka!
Apa ada hal?
sunsnake 10032011
Kerajaan Akan Ambil Langkah Pastikan Kenaikan Harga Minyak Tidak Jejaskan Permintaan, Kata Najib
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.Perdana Menteri berkata langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.
"Pelaburan sektor swasta telah turun sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Katanya kerajaan komited mengenai program rasionalisasi sabsidi tetapi akan ia dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.
"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.
Peningkatan berterusan inflasi, katanya akan terus memberi kesan terhadap para pengguna.
Krisis hutang kedaulatan, katanya masih boleh diuruskan.
Berita Penuh
Subscribe to:
Posts (Atom)