Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 31, 2011

Terima Kasih Pengundi UMNO di Tenang!


Terima Kasih buat Pengundi UMNO di Tenang..
Terima Kasih kepada 6699 pengundi UMNO di Tenang..
Sungguh besar jasa-jasamu dik!
Sungguh hebat jasa-jasamu kak!
Sungguh gadang jasa-jasamu makcik!
Sungguh ganteng jasa-jasamu pakcik!

Dengan kemenangan UMNO di Tenang..
Dengan 'tenang'nya UMNO naikkan lagi harga minyak Ron 97 lagi 10sen!

Bermakna jika tiada aral melintang..
Menjelang petang esok..
Harga teh tarik akan naik..
Harga roti canai akan naik...
Harga burger akan naik...
Macam-macam lagi akan naik..

Yang turun?
Sendiri mau ingatlahhhh...


Jazakallah Khairan Kathira kepada pengundi-pengundi UMNO di Tenang....

Hampeh!
sunsnake 31012011

RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

-malaysiakini

Felda... 'Fixed Deposit' UMNO?


Wah!
Bukan main marah tukang-tukang komen UMNO yang mengaku anak Felda di posting teman sebelum ni..
Ada yang mengaku anak felda.. ada yang mengaku anak felda dan adik-beradik ada Phd pelbagai..
Ada yang mengaku UMNO lah yang berjasa menubuhkan Felda..

Wakakakakaka!
Itu memanglah tanggungjawab kerajaan..
Hatta parti komunis memerintah di China pun..
Mereka sediakan keperluan asas untuk rakyat dan membangunkan kemudahan segala segi untuk rakyat..
Rasanya, hujah kenang jasa UMNO ni dah tak relevan..
Sememangnya tak relevan..

Seperti contoh,
Nabi Musa as sendiri pun lawan balik Firaun yang besarkan dia!
Sebab apa? Sebab Firaun itu zalim..
Adakah Musa mengorbankan prinsip dia semata-mata mengenangkan jasa Firaun yang membesarkannya?
Sirah Nabawiyah sebegini sebenarnya Allah SWT jadikan sebagai pedoman kita umat yang terkemudian..
Bukan sekadar untuk didengar di masjid-masjid..
Bukan sekadar nak lulus periksa!
Bukan sekadar nak sedapkan hati yang kita akan masuk syurga sebab tahu kisah nabi!

Memang UMNO yang mewarisi pemerintahan British di Malaysia ini..
Dan sememangnya apa yang dia buat adalah sebagai tanggungjawab dia sebagai Kerajaan Malaysia!
Dan apabila tiba masanya, apabila UMNO melakukan kezaliman demi kezaliman,
terbukti dipenuhi dengan rasuah yang kembali menyusahkan rakyat..
Maka apakah rakyat Malaysia harus membiarkan sahaja atas dasar 'mengenang jasa' UMNO?

Felda ditubuhkan untuk orang melayu oleh Tun Razak..
Itu fakta.. tetapi itu adalah jasa Tun Razak..
Setelah Tun Razak tiada, legasi pemerintahan UMNO kini dibawah anakandanya Najib Tun Razak..
Apakah kita rakyat Malaysia harus membiarkan sahaja kezaliman yang dibuat oleh Najib semata-mata kerana mengenangkan jasa Tun Razak?
Sekiranya jawapan kita ya, maka tunggulah saat-saat kehancuran Malaysia!

sunsnake 31012011

Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu. Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan. pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan. “Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.

Berita Penuh