Pagi tadi teman menyidai pakaian di belakang rumah..
Maklumlah.. sejak Bik Mama teman dalam pantang ni..
teman la Mr. Mamanya! adehhh!!
Sekonyong-konyongnya teman terlihat sekumpulan budak sekolah menengah di rumah kosong belakang rumah teman.. Wah! Siap berasap merokok lagi!
Teman melihat jam ditangan.. 7.45 pagi..
Hok Aloh.. setahu teman sekolah menengah tepi rumah teman ni start perhimpunan paginya 7.30 pagi.. So, memang dah memonteng la budak-budak nih!
Hisap rokok 7.45 pagi? hebat!
Disaat paru-paru tengah segar setelah slow moving masa tidur,
terus dipaksa bekerja keras seawal itu!
Dan yang hebatnya, budak-budak perempuan pun ada yang joint!
Hmmm.. rumah tu dah lah kosong..
gelap pulak tuh! Aiseh! jiwa teman pun turut sama ber'gelora'! Cheh!
Maklumlah.. Bik mama teman pun dalam pantang! wakakakaka!
Selesai sidai pakaian.. teman masuk kerumah dan bersiap untuk ke tempat kerja..
Disaat teman memandu keluar dari taman perumahan, pun kumpulan itu masih belum masuk ke kawasan sekolah.. tetapi kali ini di tepi tembok sekolah mereka.
Masih lagi berkumpulan mungkin yang sama.. masih ada budak-budak perempuan!
Teman melalui hadapan sekolah..
Perhimpunan sedang berjalan..
Kelihatan seorang guru bersongkok tinggi sedang memberikan ucapan di rostrum..
Mungkin Ustaz mereka..
Kelihatan jugak 2-3 orang pelajar berpakai merah jambu di pintu pagar sekolah, mungkin pengawas..
Dalam hati teman.. hmmmm.. nak buat macam mana..
biasalahh!!
Tengahari tadi teman bawa Bik Mama teman ke klinik di Bukit Sentosa..
Terpaksa korbankan waktu lunch teman.. pengorbanan untuk isteri tersayang syeikhhh!!
Balik dari klinik, drop by Bik mama teman di rumah, teman terus memandu kereta ke opis..
Di tepi jalan berhampiran semak, teman terlihat pula kelibat seorang pelajar lelaki sedang membuang sebahagian besar air Coca-cola dari botol.. Semakin teman menghampirinya jelas terlihat dia menuangkan pula air dari sebuah botol berbalut kertas ke dalam botol Coca-cola yang tinggal sedikit isinya tadi! Wah! Mungkin yang berbalut kertas itu 'Thai Song"! mungkin 'Bulldog"! ...
Teman meneruskan perjalanan ke opis..
Kini sebuah motosikal ditunggang perlahan melangkau "kereta kebal" teman..
Jelas teman dapat melihat seorang pelajar sekolah lelaki melayu tidak berhelmet..
Dibonceng oleh seorang remaja perempuan melayu yang tidak beruniform..
Berambut panjang.. Berseluar pendek! bertshirt ketat!
Melangkau teman dan membelok ke kawasan industri terbiar di Bukit Sentosa, Rawang ini..
Teman 'stunnned'!
Macam terkejut tapi hakikatnya teman rasa jugak macam dah biasa tengok..
Jauh di sudut hati teman..
Kecewa, takut, kesal, marah, sinis... semuanya ada!
Sejak pagi sesudah Subuh..
Hinggalah sesudah Zohor hari ini..
Teman melihat lambang kejatuhan sebuah bangsa!
Teman melihat ciri-ciri kehancuran sebuah bangsa!
Teman melihat tanda-tanda kepupusan sebuah bangsa!
Malah jauh daripada itu..
Inilah lambang keruntuhan sebuah bangsa yang mengaku beragama Islam!
Bermula dengan kehancuran perempuannya...
hmmmm.....
budakbalun 26012011
Wednesday, January 26, 2011
Benarkah Bloggers UMNO Semakin Hebat?
Teman seringkali diajukan soalan oleh sahabat-sahabat di sekeliling termasuk penjengah-penjengah blog kerdil teman ini..
"Mengapa blog-blog Pro-UMNO lebih popular berbanding blog-blog Pro-PR walaupun dulunya PR kelihatan mendominasi alam siber?"
Persoalan sebegini sebenarnya memerlukan jawapan yang lebih panjang lebar kerana terlalu banyak punca dan natijah yang perlu dihuraikan.
Teman melihat situasi blog-blog Pro-UMNO 'kelihatan' popular ini adalah berdasarkan rating/hits semata-mata. Dan sememangnya itulah juga caranya untuk mengetahui jumlah pengunjung yang diterima oleh sesebuah blog. Untuk menaikkan hits ini adalah sesuatu yang bukanlah terlalu sukar tambahan lagi sekiranya blog-blog tersebut sememangnya dikenali ramai dengan posting-posting yang men'debarkan' melalui tajuk-tajuknya.
Penilaian teman sendiri apabila meletakkan posting-posting yang tajuknya men'debar'kan seperti "PAS Pengkhianat Islam", "Nik Aziz Meracau?", "Bukti Lim Guan Eng Pengkhianat Islam" dan sebagainya, rating/hits blog BudakBalun pada hari itu akan meningkat secara mendadak! Walaupun tidaklah setinggi Tukartiub yang tidak memerlukan tajuk langsung!
Dan inilah kelebihan yang terdapat pada blog-blog Pro-UMNO yang dilihat hebat dengan jumlah hits harian yang agak tinggi. Tajuk-tajuk posting seperti "Bukti Terbaru Adun PAS berzina!", "Anwar Akui Saiful Rapat" dan banyak lagi.. Seperti contoh tajuk-tajuk yang ada di blog-blog Pro-UMNO hari ini..
1. APAHAL LAKI SI MALA 'SALAM' DOK IKUT DIA KE JE? CEMBURU KE? - parpukari
2. BUKTI ANWAR MEMBABIKAN KHALID GAGAP! MESTI BACA-parpukari
Itu hanyalah contoh satu blog yang sering mendapat hits yang tinggi tetapi yakinlah, ianya adalah kerana tajuk-tajuk yang men'debar'kan mereka yang terbaca tajuk-tajuk itu.
Di sebelah blog-blog Pro-PR pula, kebanyakkan bloggers ini memilih untuk menulis mahupun mengambil petikan blog lain bagi tajuk-tajuk yang diyakini sahih dan bukan bersifat fitnah. Malahan, ada dikalangan mereka juga mengambil petikan daripada media-media UMNO untuk diulas sendiri disamping meletakkan links berita asal tersebut. Prinsip menulis blog ini adalah sebenarnya berpaksikan kepada fakta dan kebenaran bukanlah sekadar fitnah dan picisan.
Selain itu, perbezaan penulis blog yang bergaji dan tidak bergaji juga adalah antara faktor yang boleh dikenalpasti. Kebanyakkan blogger Pro-PR adalah mereka yang mengemaskini blog secara sukarela dan cetusan hati mereka sendiri. Malahan ada diantara mereka yang menjadikan blog itu sebagai punca rezeki melalui pengiklanan didalam blog. Boleh diajukan persoalan ini kepada Wak AlBanjari, Kedahlanie dan pelbagai lagi..
Kesimpulannya, penulisan blog yang bercirikan fitnah dan picisan adalah sememangnya boleh menjamin rating/hits yang tinggi sepertimana Akhbar Harian Metro yang kini menjadi akhbar yang menjadi buruan ramai untuk berita-berita berunsur 'seks' dan tahyul. Bagaimanapun, apabila seseorang itu mahukan fakta sebenar dan lebih diyakini, pastinya ia akan mencari akhbar lain yang lebih serius dan meyakinkan berbanding Harian Metro itu tadi.
Begitulah juga dengan arena blog, blog-blog yang meletakkan tajuk yang berunsur fitnah dan biadap sememangnya akan dijenguk oleh pelayar internet yang terlihat tajuk-tajuk tersebut tetapi adakah mereka mempercayainya? Mungkin tajuk berita dibawah dapat menjawab persoalan ini. Masakan tidak, jika blog-blog Pro-UMNO yang popular itu dipercayai mengapa Kerajaan kelihatan terdesak mahu meminda Akta Penerbitan dan Percetakan ini?
budakbalun 26012011
Kawal media Internet: 'Lebih ramai akan bantah'
Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Berita Penuh

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia. Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.
Berita Penuh
Subscribe to:
Posts (Atom)