Friday, February 26, 2010
Mungkin ini teorinya... Insan bergelar Emak
Masa teman kecil-kecil dulu..
Ayah teman bekerja mencari rezeki.. Mencari duit untuk perbelanjaan keluarga..
Emak setia di rumah membesarkan anak-anak..
Setiap inci perilaku anak-anak emak lah yang lebih mengetahui..
Hatta ayah sendiri sebelum menjatuhkan hukuman mahupun membuat keputusan,
Emaklah yang akan jadi penasihat akhir.
Kalau kami adik-beradik ada masalah kami boleh jumpa terus dengan mak!
Tak perlu tunggu sampai malam baru cerita..
Tak perlu tunggu ayah balik kerja..
Tekanan dapat dilepaskan apabila dapat mengadu kepada mak..
Selepas Maghrib, ayah akan ajar kami mengaji..
Emak sibuk di dapur 'perangatkan' makanan untuk makan malan mahupun memasak lauk tambahan.. Makan lah kami sekeluarga..
Walaupun ayah sibuk bekerja, emaklah yang akan sibuk juga memantau kami adik-beradik.
Setiap cerita-ceriti daripada jiran-jiran dan orang kampung akan diambil berat.
Setiap isu-isu kampung yang mungkin melibatkan kami adik-beradik akan mak ambil tahu.
Pendek kata, fungsi emak ni seperti Polis pun ada, Tentera Pun ada, RTM pun ada, peguam pun ada..
Begitulah pentingnya seseorang yang bernama EMAK dalam keluarga teman.
Hasilnya..
Alhamdulillah..
Semua adik-beradik teman berjaya jadi orang..
Tak la semua dapat masuk U tapi semua hormat ayah dan emak..
Hormat orang-orang tua..
Walau ilmu agama tak tinggi Alhamdulillah tak la sampai tak solat!
Ada gak yang sampai jadi cikgu dan ada jugak yang bekerja sendiri..
Yang penting semua jadi orang bukan jadi binatang!
Dan kini..
Boleh kata majoriti yang berstatus EMAK ini pun turut sama perlu bekerja
Baik makan gaji mahupun berniaga sendiri..
Kesan beban kewangan yang semakin menekan..
Kesan 'kemajuan' yang semakin membangun!
Apakah kesannya?
Cuba bayangkan jika Emak teman didalam cerita diatas bukan surirumah sepenuh masa?
Apa akan jadi pada keluarga teman? Terutama pada adik-beradik teman..
Apabila kurangnya kasih sayang emak dan ayah..
Apa akan jadi agaknya pada kami?
Apabila ayah nak jatuhkan hukum dan keputusan tapi mak tak tau apa-apa
Apa akan jadi agaknya pada kami?
Apabila ada masalah yang tak dapat kami adukan sesegera mungkin
Apa akan jadi agaknya pada kami?
Apa bila bukan ayah kami sendiri yang ajar kami mengaji
Apa akan jadi agaknya pada kami?
Itulah sedikit pendapat teman betapa pentingnya manusia bernama Emak ini berada di rumah.
Bukan di pejabat mahupun di seberang laut!
Bukankah ciri teladan itu ada pada isteri-isteri Rasulullah SAW yang juga suri rumah?
Wallahua'lam..
sunsnake 26022010
Lagi 'penafian' ala-ala Lembu UMNO
Dulu.. masa demo kepala lembu..
bukan main berbuih mulut juak-juak UMNO menafikan UMNO terlibat!
Last-last keluar gambar diatas.. senyap terus!
Terbukti kepala lembu lagi bijak dari depa!
La ni.. pun nafi gak!
tunggu la sikit masa lagi..
lain lak ceritanya..
Lagipun yang 'teruja' dengan perkataan LIWAT ni puak-puak UMNO je! Kompom!
sunsnake 26022010
SHAH ALAM, 26 Feb — Umno Selangor menafikan pihaknya mendalangi penerbitan akhbar baru “Selangor Kita”, tanpa permit, yang diedarkan di negeri itu sekarang dengan mengecam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
“Apa itu? Adakah ia dicetak oleh kerajaan Selangor?” soal Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
“Tidak, tidak. Kami bukan di belakang terbitan akhbar ini,” kata Abdul Shukur sambil menambah Umno Selangor tidak menerbitkan sebarang akhbar.
Terdahulu pada sidang media, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosli Che Mat menggambarkan akhbar berkenaan ditujukan kepada PR dengan membawa kandungan berbaur fitnah.
Ahli Parlimen Hulu Langat ini yang memperoleh naskhah akhbar itu selepas sambutan Maulidur Rasul di Stadium Shah Alam mengecam mereka yang bertanggungjawab itu mengambil kesempatan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Akhbar tabloid yang berharga RM2 itu tidak mempunyai identiti pencetak dan penerbit, yang wajib bagi setiap akhbar di negara ini.
Antara tajuk dibawa akhbar Bahasa Malaysia itu ialah “Arak menu biasa di Selangor”, “Selangor Darul Urut” dan “Pengakuan mangsa liwat Anwar”.
Akhbar itu turut membawa satu rencana terbitan 6 Sept 2000 iaitu temu bual dengan wartawan homoseksual Ashley Lee dengan tajuk “During the Anwar trial it was easy to get lucky”.
Rencana-rencana akhbar itu menyasarkan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco kerajaan negeri Ronnie Liu dari DAP dan Naib Presiden Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.
Pengarah LPKP pun terkena!
Hmmmm..
Nak kesian pun macam tak nak kesian..
Dan tak tau nak kesian kat sapa..
Kat Driver teksi tu pun kena kesian gak sebab kita semua tahu yang dia kena tanggung bayaran macam-macam.. sewa teksi laa.. apa laaa..
harap ada jalan keluar..
sunsnake 26022010
Pengerusi LPKP mangsa pemandu teksi
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique (gambar) tidak terkecuali menjadi mangsa pemandu teksi tidak bertanggungjawab sewaktu menggunakan perkhidmatan itu di ibu negara baru-baru ini.
Menceritakan pengalaman itu, beliau berkata, kejadian berlaku sewaktu menaiki teksi dari KLCC menuju sebuah pusat membeli belah tidak jauh dari situ dengan dikenakan tambang RM20 tanpa menggunakan meter.
"Saya pun kena (mangsa pemandu teksi), bila saya keluar dari KLCC untuk dihantar ke The Mall, dia (pemandu teksi) kata dia nak naik tambang RM20. Bila saya tanya kenapa tak pakai meter, dia kata tak pakai meter kerana tak ada orang nak naik teksi dia untuk balik semula ke KLCC.
"Saya kena banyak kali dari KLCC ke The Mall, mereka kenakan tambang RM20 dan bila kita tanya pasal tambang, dia (pemandu teksi) kata kalau tak nak naik sudah, dan bila saya kata akan lapor kepada LPKP dan penguatkuasa lain, dia beri bermacam alasan," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Surat Tawaran Kelulusan dan majlis Interaksi Bersama Persatuan dan Pengusaha Kenderaan Perdagangan Wilayah Timur di sini hari ini.
Halimah berkata, beliau kesal dengan tindakan pemandu teksi terbabit yang mengenakan tambang mahal kerana ia memberi imej negatif kepada para pelancong memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan pelancong asing.
Malah jelas beliau, pihaknya sering menerima aduan pelancong asing mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemandu teksi sebegitu.
Menurutnya, pemandu teksi tidak sepatutnya mengenakan tambang sesuka hati disebabkan kerajaan sudah menaikkan kadar tambang 30 peratus berkuat kuasa 1 Ogos lalu.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang mengalami nasib serupa supaya segera mencatat nombor plat dan nombor syarikat sebelum membuat aduan kepada LPKP untuk tindakan sewajarnya.
Hebatnya Ciptaan Allah!
Benda macam ni pun boleh effect satu dunia!
Begitulah hebatnya ciptaan Allah SWT..
Pada yang tak percaya dengan kebesaran Allah tu...
renung-renungkanlah...
sunsnake 26022010
Bongkah ais besar ganggu peredaran arus laut, cuaca dunia: Ahli sains
LONDON: Ahli sains memberi amaran terhadap situasi di mana satu bongkah ais besar yang pecah di benua Antartika bulan ini boleh mengganggu arus laut dan corak cuaca dunia.
Penyelidik Australia berkata, bongkah ais yang mempunyai keluasan menyamai negara Luxembourg boleh menghalang kawasan yang mengeluarkan suku daripada kadar ketumpatan air dunia dan menyebabkan air laut sangat sejuk.
Mereka berkata, pengeluaran kadar air yang perlahan mempengaruhi cuaca musim sejuk, apabila mampu menyumbang kepada catatan suhu lebih tinggi di utara Atlantik.
Ketika ini, bongkah itu dikesan =terapung di selatan Australia.
Seorang pengkaji sains bumi di Pusat Penyelidikan Cuaca Antartik dan Ekosistem di Tasmania, Dr Neal Young, berkata kepada BBC, sebarang gangguan kepada pengeluaran air yang sangat sejuk, dikenali air bahagian bawah, akan memberi kesan kepada arus laut dan mempengaruhi corak cuaca pada masa akan datang.
"Kawasan itu menyumbang kira-kira 25 peratus pengeluaran air bahagian bawah di Antartika, dan seterusnya akan mengurangkan pembalikan kadar peredarannya.
"Kita tidak dapat melihat perubahan itu serta merta, tetapi ia memberi kesan terhadap aliran air ke hilir. Malah, ia juga meninggalkan implikasi terhadap haiwan seperti burung penguin dan hidupan liar lain bagi kawasan yang kiebiasaannya menjadi tempat untuk mendapatkan makanan," katanya. - bbc.co.uk
Roboh Warung di Hulu Selangor - Kisah Sebenar
Semalam lagi teman dah agak berita ni pasti akan dieksploitasi oleh Media..
Kes perobohan sebuah warung makan di Ladang Escott, Ulu Bernam, Hulu Selangor ni..
Kebetulan seorang sahabat teman dapat berbual dengan empunya kedai ni (melayu) didalam telefon sewaktu ditelefon oleh seorang kenalannya diladang Escott tersebut.
Sebelum itu sahabat teman itu telah menghubungi Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam untuk mengetahui kisah sebenar.
Menurut Timbalan Pengarah berkenaan, sebenarnya tuan punya kedai itu telah diberi notis sejak 2 tahun dahulu namun tidak diendahkannya.
Lebih menyedihkan, kedai ini telah dijadikan 'port' kaki-kaki judi bermain judi(terup) diwaktu malam. Di bulan Ramadhan pulak, warung ini telah mengambil kesempatan menjual makanan kepada kaki-kaki ponteng puasa pulak!
Apa kata tuan punya kedai kepada sahabat teman di dalam telefon apabila ditanya berkenaan 'kisah sebenar' itu?
"Saya jual bungkus je bang, bukan makan kat situ.. isteri saya yang masak"..
itulah antara alasan yang diberikan oleh 'beliau'..
Jadi, sama-sama la fikir.. ada kebenaran gak warung berkenaan patut dirobohkan..
Lagipun, notis diberi dah lama..
Yang salah disisi undang-undang tetap salah..
ada bukti dan sah.. nak buat macam mana?
Membela rakyat bukanlah bermaksud membenarkan rakyat melanggar kesalahan..
Wallahua'lam
sunsnake 26022010
HULU BERNAM – “Tolonglah jangan roboh kedai saya, saya merayu,” kata Shaarani Kamaruddin, 50, yang merayu supaya kedai makannya tidak dirobohkan.
Shaarani yang sudah lebih enam tahun menjalankan perniagaan makanan nasi campur di Jalan Escot, Kompleks Penghulu Hulu Bernam di sini seakan hilang punca dan terpaksa berbuat demikian agar kedai makanannya tidak dirobohkan penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor, semalam.
Bagaimanapun rayuan itu tidak dapat menarik balik keputusan PDT untuk merobohkan bangunan yang dibina di atas tanah rizab Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Hulu Selangor itu.
“Saya tidak ada sumber pendapatan tambahan lain selain berniaga di sini. Saya tidak tahu bagaimana nasib anak-anak saya yang masih memerlukan perbelanjaan persekolahan.
“Nak bergantung pada gaji kerja buruh saya di JPS, ia tidak dapat menampung kos menyara dua anak saya di universiti, yang bersekolah menengah dan rendah termasuk dua yang masih kecil,” katanya.
Menurutnya, sebarang rundingan penangguhan merobohkan juga tidak dapat dibuat berikutan keputusan yang dimuktamadkan.
Semalam, penguat kuasa PDT Hulu Selangor diarah merobohkan bangunan kedai makan yang terletak bersebelahan Sungai Ingki itu.
Sebelum itu, notis mengosongkan kedai terbabit sudah dikeluarkan dan diarah berbuat demikian dalam tempoh dua minggu.
sumber -sinar harian
Melayu tanpa Islam..
Apa kesudahannya episod-episod sedih ni?
Kehinaan demi kehinaan diterima oleh Umat Islam di Malaysia..
Dan pastinya Bangsa Melayulah yang 'solid' terhina!
Inilah bukti betapa Melayu gagal memelihara Bangsa Melayu!
Inilah buktinya betapa lemahnya melayu apabila cuba memperjuangkan bangsa!
Inilah buktinya betapa hinanya melayu apabila membuang Islam sebagai Ad-deen!
Malangnya..
Masih ramai Melayu masih tak nampak!
Masih ramai melayu yang nampak Hanya bangsa melayu sahaja yang boleh memartabatkan melayu!
Menyangkakan seolah-olah Islam ditakdirkan Allah SWT dianuti oleh majoriti melayu hanya untuk melayu!
Melayu makin layu..
Percayalah wahai melayu
Hanya Islam yang akan memartabatkan melayu!
Hanya Islam yang akan membawa keluar melayu daripada kehinaan!
Hanya Islam yang akan menyatukan melayu!
Bahkan,
Semua bangsa di dunia akan bersatu apabila menerima Islam!
Kerana Islam tidak mengutamakan bangsa..
huh! naik letih dan berbuih mulut nak sedarkan melayu..
sunsnake 26022010
Kanak-kanak tiga tahun mati dipercaya didera teman lelaki ibu
KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.
"Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.
"Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.
Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka. - Bernama