Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 5, 2010

PRK Hulu Selangor (18) Bukti berbezanya BN & PR!


Di kem BN.. teman yakin benor..
geng2 UMNO kompem tak boleh nak sembang dengan geng2 MIC..
Silap-silap pejuang-pejuang melayu tu mesti sibuk dengan keris masing-masing!
Kalau Najib pilih calon MIC mau kena tikam pulak geng-geng MIC tuh!
Mintak jauhlahhhh!!!!

Di kem PR...
Langsung tak kedengaran suara rasmi dari PAS minta nak jadi calon!
Dari DAP lagi la takde!
Malahan, DAP dan PAS Hulu Selangor telah sama-sama bersetuju memilih PKR sebagai parti yang akan bertanding dan telah siap menyerahkan nama-nama petugas jentera Pilihanraya dari PAS dan DAP sekiranya diperlukan oleh PKR!!

Subhanallah!

Sembang-sembang kedai kopi biasala..
Bagi orang PAS takkan tak nak kalau dapat calon PAS yang bertanding..
tapi keterbukaan dan kesefahaman melebihi kehendak dan nafsu semata-mata!
Sememangnya ini adalah kerusi PKR.
Sebelum ini PAS bertanding pun adalah kerana ketika itu PKR tiada calon.
Itupun tewas jugak!
Dan PKR kehilangan kerusi ini pun bukan sebab MPnya melompat!
Meninggal dunia.. Alangkah indahnya kalau yang kosong itu kerusi Bayan Baru, Kulim-Bandar Baharu, Bagan Serai dan lain-lain lagi tempat katak-katak x-PKR..

Buat semua petugas dan penyokong PR,
kalah pun kali ni setidak-tidaknya ukhwah kita semakin hebat!
sunsnake 05042010

PKR senarai pendek 5 calon Hulu Selangor
Apr 5, 10 4:54pm
PKR menyenarai pendek lima nama sebelum memutuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata setakat ini, jawatankuasa pilihan raya Pusat parti itu telah menerima 12 nama yang dicalonkan oleh peringkat akar umbi. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini, Fuziah yang juga anggota Parlimen Kuantan, berkata PKR tidak menetapkan faktor kaum sebagai antara kriteria sebaliknya memastikan calon yang akan dipilih mampu diterima baik oleh rakyat dan boleh berkhidmat kepada masyarakat tempatan. Katanya pengumuman mengenai calon PKR itu akan dibuat pada satu ceramah pengenalan calon minggu hadapan. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 April untuk penamaan calon. - Bernama

PRK Hulu Selangor (17) Addey! Macha! macam kena tipu ka?


Kesian teman tengok nasib MIC di Hulu Selangor..
Disebabkan mereka ni adalah Kaum India..
Mereka dihina oleh UMNO yang Kaum Melayu..

Disebabkan mereka ini adalah Kaum India..
Calon mereka ditolak oleh UMNO yang mahukan calon Melayu!

Apakah maknanya mereka masih mahu berkawan dengan UMNO?
Calon mereka sebelum ini pun bukan kalah banyak!
Cuma 198 majoriti sahaja!
Terlalu sedikit jika dibandingkan kemenangan majoriti 14 ribu lebih pada PRU 2004!

Dek kerana kezaliman UMNO terhadap kaum India di Malaysia,
calon MIC Hulu Selangor telah ditolak oleh rakyat disini pada PRU 2008.
Namun apabila kerusi itu kembali kosong, alih-alih UMNO pulak mahukannya?
Pulak? Apa salah Palanivel? Apa Salah MIC?

Inilah yang berlaku apabila politik sempit perkauman di jadikan asas persahabatan!

Di Pakatan Rakyat pulak..
Bukan Kaum Calon jadi keutamaan..
Tak kisah calon itu Melayu, Cina mahupun India!
Sejarah PRU 2008 menjadi bukti betapa terbukanya parti-parti didalam Pakatan Rakyat.
Tanpa menafikan Melayu sebagai kaum utama dan majoriti.
PAS pernah mencalonkan seorang wanita India sebagai calon PRU 2008!
Sesuatu yang langsung tak pernah terfikir oleh UMNO yang sememangnya bencikan kaum India!
DAP & PKR langsung tidak ada masalah jika perlu mencalonkan bukan melayu sebagai wakilnya.

Yang penting, kredibiliti dan keadilan terhadap semua kaum dan berbilang agama..

Dan yang penting, kesemuanya yakin dengan keadilan agama Islam sebagai agama Rasmi negara..

Buat ahli-ahli MIC, still mau kawan sama ini UMNO ka? ayyoohh!!!
Kalau UMNO pilih calon MIC pun lepas ni.. yakinlah macha!
musti ada gunting dalam macha punya kain nanti!

sunsnake 05042010

'Pilih calon Umno atau sokongan terjejas'
Apr 5, 10
4:31pm
Umno Hulu Selangor masih berharap Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan dengan serius tuntutan mereka - yang mahukan kerusi parlimen tersebut ditandingi Umno - supaya sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas. Naib ketua bahagiannya Datuk Adnan Buyong berkata, tuntutan yang dibuat mereka melalui satu memorandum pada 30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja, tetapi kehendak rakyat Hulu Selangor secara keseluruhannya. “Sampai sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon Melayu,” katanya ketika diminta mengulas tindakan lanjut mereka bagi memastikan kerusi parlimen tersebut dikembalikan ke pangkuan Umno.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (16) Yang layak HANYA UMNO Tg Karang!


Bebal.. Sombong.. Bongkak.. Tak Boleh Diajor!

Tu je ayat yang pada teman sesuai dengan antara manusia melayu UMNO paling sombong pernah teman tengok ni!

Di PRK Kuala Terengganu dulu, teman sendiri lihat ada pencacai tukang simpan kasut dia dalam kereta waktu mamat ni singgah solat di Masjid!
Begitulah hinanya melayu bila jadi pencacai manusia sekular macam ni!

Kalau bukan Mafrel siapa lagi?
Mafrel membuat kenyataan berdasarkan akta Pilihanraya yang sememangnya kemahiran mereka..
Apa kemahiran Pilihanraya yang Mamat Bongkak ni ada?
Adakah pengalaman jadi Menteri dan Ahli Parlimen sudah cukup menggambarkan yang dia sudah cukup mahir dengan akta Pilihanraya?

Rasanya, kalau cara-cara menipu daftar pemilih dan ugutan pilihanraya,
mamat bongkak ni memang terrer laaa.. idak takkan jadi MP UMNO!

Kalau tak percaya Mafrel sebagai pemerhati bebas siapa lagi yang kena jadi pemerhati?
UMNO Bahagian Tg Karang?
huh! bak minta kucing lapar jaga ikan kembung mentah la jawabnyaaaa!!!

Memang pelik la bila tak semena-mena PM dan TPM datang Hulu Selangor!
Dah la tak pernah datang pun sebelum ni kecuali Karnival UMNO Juara Rakyat dulu..
Datang-datang terus umum buat sekolah la..
bantuan sistem atasi banjir laaa..
bantuan van jenazah laa!!
Wahh!! Kalau kita kata ini bukan rasuah pilihanraya memang tak logik!
Ibarat cuba menutup Gunung Everest dengan kain pelikat!

MB Selangor datang Hulu Selangor bukan umum benda-benda tu.. dia datang buat aktiviti follow-up benda yang memang dah diuruskan sejak dulu lagi..

Contoh MB Selangor turun ke SKC, Hulu Bernam pada Sabtu baru-baru ni.
Dia sampaikan benda yang memang dah diuruskan oleh Exco-exco Selangor yang berkaitan sejak dulu lagi!
Elizabeth Wong pun dah turun ke SKC ni pada bulan Januari lagi!
Allahyarham Dr. Zainal pun dalam keadaan uzur sempat melawat SKC ni..
Sesuatu yang hanya sekali sahaja Palanivel pernah buat sepanjang 3 penggal jadi MP Hulu Selangor! 15 tahun tu Syeikh!!! Baru sekali je turun SKC Hulu Bernam!

sunsnake 05042010

Noh: Mafrel tak layak lagi pantau pilihan raya

Apr 5, 10
5:11pm
Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya. Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.

berita penuh

Tok Mupti Perak oh Tok Mupti Perak!

Steadylah Mufti melayu nih!

Mana la dia dapat ‘semangat melayu’ nih!

Banyak sangat berkawan dengan “pejuang melayu’ kot?

Well knowned pasal Hukum Hudud tapi tak nak langsung berjuang menegakkannya!

Malah, menjadi penghalang pulak kepada mereka yang secara serius mahu menegakkan Hudud!

Bukan tu sahaja.. bersekongkol pulak dengan puak-puak yang membenci hokum Hudud!

Aduhhhh!!!

sunsnake 05042010

Mufti: Sebat Kartika bukan Hudud, boleh dipinda

Sultan Pahang berhak meringankan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor kerana bekas model itu tidak dibicarakan mengikut hukum hudud “yang bersifat tetap dan tidak boleh dipinda”, kata Mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.

“Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.

Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia “dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.

Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir.

Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas

Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.

Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempunyai pandangan yang berbeza dengan Hasrussani apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan “seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.

Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.

Dr Mohd Asri berkata, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: “Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”

PRK Hulu Selangor (15) Jabatan Kebajikan M'sykt sibuk giler!


Sabtu baru ni ada 2 orang pegawai kebajikan masyarakat datang rumah teman..
Rupanya bertanyakan penghuni sebelum teman yang menghuni rumah ni..
Ohh.. sebelum ni memang ada sorang 'Achi' duk dengan 2 orang cucunya.

La ni dah takde lah sebab teman dah beli rumah nih!

Pegawai tu cakap nama 'Achi' tu ada dalam list penerima sumbangan bantuan bulanan.
aikk?? teman dah dekat 3 tahun duk rumah ni takde sapa pun sibuk tanyakan mana achi tu?
Tetiba sekarang pulak baru sibuk JKM nak cari orang-orang susah?
syok gak tengok gelagat-gelagat pencacai pengangkat najis UMNO kelam-kabut mencari mangsa-mangsa untuk diberi/dipaksa makan umpan nih!
Pegawai-pegawai JKM tu tak salah.. yang pencacai sebenar pengarah-pengarah diatas tuh!
Memang kena ikat tel*q dengan UMNO!

Kenderaan-kenderaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ambulan Tentera Darat, dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan pusat memang bersepah-sepah di Hulu Selangor la ni..
Jalan-jalan kecil pun dah start 'jammed'.. aduhh!!
kena maintain bawak motor la sampai hari ngundi nih!

Inilah untungnya rakyat bila ada PRK kan?
Pada kita PRK tu - Pilihanraya Kecil

Pada UMNO-BN - Perut Rakyat kasi Kenyang!
hancur UMNO!

sunsnake 05042010

Najib - Dulu pun kata fitnah gak?




Apa pentingnya 1Malaysia kalau itu semua retorik dan munafik!
Mana mungkin UMNO menghilangkan UltraMalay nya?
Mana mungkin MCA menghilangkan UltraChinese nya?
Mana mungkin MIC menghilangkan UltraIndian nya?

Depan orang cina dan india lain bunyinya si Najib ni..
Kat Perhimpunan Agung UMNO lain pulak?

Susah jadi pejuang melayu dalam masa yang sama nak adil dengan bukan melayu..
Dalam Islam sendiri pun tak ajar perjuang bangsa..
Mana mungkin cina dan india jadi melayu?

Tapi kalau perjuangkan Islam?
boleh tak cina dan india jadi Islam?
tak tau la kalau ada lagi UMNO yang jawab TAK BOLEH!
Islam hanya ekslusif milik melayu je?

Hek elehh... Naib..Najib..
Apabila manusia sudah hilang integriti.. ni la jadinya..
Susah rakyat nak percaya..
Kecuali ahli-ahli UMNO yang dah banyak sangat hasil makan duit haram tersimpan di perut dan bawah perut!

Dulu sampai 2-3 kali tak mengaku berjumpa Saiful Bukhari..
Last-last mengaku jugak!

Dulu bukan main bersumpah dalam masjid tak kenal Altantuya..
tu sampai la ni lom ngaku lagi!
Tapi 1Malaysia sudah tahu Najib kenal Altantuya!

Kalau idak, apsal Najib senyap je tak saman paper Perancis tuh?
takut leeee..puccaaahhh rahsyiaaaaa!
sunsnake 05042010

PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya

KUALA LUMPUR 4 April - Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

PRK Hulu Selangor (14) Ukhwah PR makin jitu tiap kali diduga!


Setelah menghadiri beberapa mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat, dapat teman simpulkan betapa ukhwah diantara pendokong-pendokong perjuangan dari PAS, DAP dan PKR semakin baik dan menampakkan kematangan!

Sememangnya lumrah akan berlaku ketidak puasan hati dan perselisihan pendapat, namun cara kedua-dua pihak berbincang dan memberikan lontaran fikiran sangat cermat dan berhikmah!
Dari pihak PAS & DAP, sememangnya mereka sangat-sangat memahami situasi yang dilalui oleh PKR selaku parti yang paling muda diantara mereka. Setiap idea dan pendapat PAS dan DAP disantuni dengan baik oleh PKR.

Untuk PRK kali ini, Pakatan Rakyat akan bergerak sebagai satu pasukan. Dengan diketuai oleh PKR dan dibantu oleh PAS dan DAP, jentera PRK kali ini diyakini adalah yang paling tersusun pernah diadakan!

Sememangnya kebetulan pula PAS Hulu Selangor sememangnya telah melaksanakan gerak kerja jauh lebih awal daripada ini. Pelbagai program di dalam Dun Ulu Bernam telah dilaksanakan sebaik sahaja PRU 2008 berakhir.

Kemenangan buat PR, seperti yang pernah teman coretkan dahulu untuk PRK Hulu Selangor ini sangat penuh dengan ranjau. UMNO-Barisan Nasional sangat-sangat memerlukan kemenangan ini bagi merawat kelukaan mereka. Bagaimanapun belum sempat mereka merawat, luka baru telah pun muncul apabila UMNO dan MIC dengan jelas 'bergaduh' mahukan calon masing-masing mewakili BN kali ini!

Disini dapat dilihat betapa tenang dan profesionalnya PAS terutamanya PAS Kawasan Hulu Selangor yang dengan hati yang terbuka menerima calon daripada PKR walaupun kelihatannya jentera PAS Kawasan Hulu Selangor lebih efisien berbanding PKR Cabang Hulu Selangor.

Sememangnya pimpinan PAS dan PKR Hulu Selangor amat rapat dan sering melaksanakan aktiviti sebagai satu kumpulan. Bukankah itu harapan semua?
sunsnake 05042010