Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 11, 2010

Tok Mufti Perak!!! Tolongggg!!!

Ini rupanya pitbull.. baru teman tau! yang jantan tuhhh!!

Tok mufti Perak.....komen?

yang rajin dan berminat dengan konsert-konser maksiat ni pun bukan orang lain..
geng puteri UMNO jugeeee!!

p/s: hal judi world cup hari tu pun still takde khabar berita dari tok mufti nih!
Dah gi umrah kot???

sunsnake 11052010

PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
Mei 11, 10 1:56pm

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull. Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert". "Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi. "Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya dalam Harakahdaily.net.

JAIS mangsa politik UMNO!


JAIS Tegas Tak Bertempat?

Islam Adalah Ajaran Yang Mengandungi Aqidah Ruhiyyah(Spiritual) Dan Siyasiyah (Politik). Islam adalah Deen (mabda) yang diturunkan oleh Allah SWT Pencipta manusia alam dan kehidupan kepada Nabi Muhammad SAW bagi mengatur seluruh hubungan kehidupan manusia. Mabda Islam mengandungi seluruh ajaran dan panduan hidup untuk manusia mengatur kehidupannya di dunia.

Panduan ini bersifat lengkap bertujuan untuk membawa kesejahteraan kepada kehidupan seluruh manusia - panduan bagaimana manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya, Allah SWT, dengan manusia lainnya, dan dengan dirinya sendiri. Seluruh panduan di dalam Islam berasal dari Allah SWT yang mutlak kebenarannya. Ia mengandungi perintah dan anjuran, begitu pula larangan dan cegahan, serta pilihan yang diserahkan kepada manusia. Secara garis besarnya, Islam adalah suatu mabda yang membicarakan persoalan berkaitan aqidah dan syariat. Atau dalam istilah lainnya, Islam mengandungi aspek fikrah dan thariqah.

Aqidah merupakan panduan yang berupa keyakinan-keyakinan yang wajib diimani oleh manusia. Sedangkan syariat adalah panduan hukum yang berkenaan dengan perbuatan manusia. Beberapa hal tentang persoalan aqidah dan syariat dapat dijelaskan dalam pembahasan ini adalah sebagai berikut:

1. Dasar aqidah Islam adalah Laa ilaaha illallah, muhammadun rasuulullaah. Ertinya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah utusan Allah SWT.

2. Aqidah Islam meyakini bahwa pencipta alam seisinya adalah Allah SWT. Manusia hidup di dunia ini untuk menjalankan seluruh perintah Allah SWT. Setelah mati, manusia akan dipertanggungjawabkan atas seluruh amal perbuatannya di dunia, di hadapan Allah SWT untuk kemudian diganjari ataupun disiksa sesuai dengan amalnya.

3. Aqidah Islam adalah aqidah yang membawa konsekuensi kepada manusia untuk terikat dengan syariat Allah SWT. Syariat tersebut melingkupi segenap aspek kehidupan manusia. Jadi, di dalam Islam, tidak ada satu pun aspek dalam kehidupan manusia ini yang terlepas dari aturan syariat Allah SWT. Syariat Islam meliputi hukum-hukum yang menyangkut antara lain : Aqidah, ibadah, akhlaq, muamalah (politik, ekonomi, kehakiman, pendidikan. sosial dan lain-lain)

4. Dari aqidah Islam inilah terpancar satu sistem kehidupan yang meliputi sistem politik Islam, sistem ekonomi Islami, sistem sosial Islam, sistem pendidikan Islami, sistem kehakiman Islami dan sistem-sistem Islam lainnya.

5. Aqidah Islam bukanlah aqidah sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan. Aqidah Islam adalah aqidah ruhiyah(spiritual) sekaligus aqidah siyasiyyah(politik). Akidah ruhiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya keyakinan-keyakinan tentang akhirat, sedangkan aqidah siyasiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya peraturan-peraturan tentang kehidupan di dunia.

Maka untuk itu, jika setiap dari kita, samada rakyat biasa mahupun pemerintah memahami secara jelas ruang lingkup ajaran Islam seperti yang diperjelaskan di atas maka sudah pasti tidak akan timbul isu tidak boleh bercakap politik di dalam masjid. Ini adalah kerana politik merupakan sebahagian dari ajaran Islam dan jika umat Islam dilarang berbicara tentang politik maka secara tidak langsung ianya seolah-olah melarang seseorang itu bercakap tentang Islam di dalam masjid.

Bukankah ini suatu tindakan untuk memandulkan Islam dan juga suatu pengkhianatan kepada Islam sebenarnya? Maka dengan itu kita ingin memuhasabah pihak-pihak yang berkenaan agar tidak menghalang orang Islam mengatakan dan membicarakan persoalan politik di mana-mana sahaja termasuklah di dalam masjid. Cuma bagi setiap orang Islam, mereka perlu menyedari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ” Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik atau diam sahaja”.

Keterikatan dengan hukum syara’ (at-taqayyud bi al-hukm al-syar’i) berlaku umum untuk seluruh perbuatan manusia, termasuk aktiviti bersuara. Jika perintah Rasulullah SAW di atas dijadikan panduan maka sewajarnya JAIS tidak akan bersifat ”melulu” dalam mempertahankan larangan bercakap politik di mana-mana sahaja termasuklah di masjid mahupun surau. Apakah JAIS takut dengan bayang-bayang sendiri?

sumber - jebbat.blogspot.com

Dah macam Komunis!


Ikut UMNO, DAP ni komunis!

Kalau dah komunis.. antara ciri-ciri utamanya..
Komunis cukup kawal kebebasan bersuara!
Silap-silap ada yang dipancung kepala!

Jadi, bila RTM sekat dokumentari yang macam terkena kat UMNO-BN..
Bukan ke iras-iras Komunis?

So? Siapa yang komunis? DAP ke UMNO?

DAP Pulau Pinang siap buat Dataran untuk berucap lagi!!!

sunsnake 11052010


Penerbit: RTM gugurkan lagi dokumentari pro-rakyat
Mei 11, 10 11:40am

Kurang seminggu selepas sebuah dokumentari menerusi slot, 'Galeri Mandarin Nasional' digugurkan, RTM kali ini menolak sebuah lagi dokumentari. Dokumentari itu memaparkan bantahan penduduk di Rawang berhubung pembinaan menara bervoltan tinggi di kampung baru mereka oleh Tenaga Nasional Berhad. Siri dokumentari untuk 'Galeri Mandarin Nasional' itu adalah hasil usaha penerbit, Chin Hueyi dan wartawan Tan Ean Nee dengan Chou Z Lam sebagai penerbit bersama. Chou adalah penerbit siri 'Empangan Bakun' yang digugurkan dari ke udara oleh RTM pada 28 April lalu. 'Galeri Mandarin Nasional' ke udara selama 10 minit bermula jam 12.20pm dari Isnin hingga Jumaat, selepas siaran berita tengahari dalam bahasa Mandarin. Dua episod siri 'Empangan Bakun' itu ke udara pada 26 dan 27 April lalu tetapi episod seterusnya yang dijadualkan pada 7 Mei lalu digugurkan.

berita penuh

Woi Saiful! Rela ke Tak rela nih!!


Hok aloh!!
Makin jelas kesamaran sebelum nih!

Woi! Saiful! Kamu ni rela ke tidak sebenarnya?
Sekejap kata rela sekejap kata kena paksa?
aduhhh!!

Satu dunia sedang membayangkan bontot kamu niee!!

wakakakaka!
sunsnake 11052010

Kewibawaan Saiful dicabar, mahkamah ditangguhkan
Mei 11, 10 10:21am

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful. "Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan. "Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Adik Aminul - Akhirnya ada pendakwaan!


Akhirnya.. seorang Kopral telah didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian.
Melihat wajah Kopral itu dan mengenangkan 4 orang anak yang terpaksa ditinggalkannya..
sayu dan sedih jugak teman.
Namun, mengenangkan Allahyarham dan keluarganya yang menanggung derita mental dan jiwa..
pun teman rasa sayu dan sedih jugakkk!

Kes ini adalah salah satu episod malang dalam negara kita kerana benar-benar menguji banyak pihak..

Ketelusan pihak Polis..
Keadilan Mahkamah..
Hak keluarga Allahyarham..

Semoga Allah SWT mengurniakan keputusan yang terbaik!

Amin!
sunsnake 11052010

Kematian Aminulrasyid: Koperal didakwa hari ini
Mei 10, 10 12:30pm
Seorang anggota polis didakwa di mahkamah hari ini kerhubung kematian adik Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu. Anggota polis berpangkat koperal itu, dihadap di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada kira-kira jam 12 tengahari ini.

Koperal

Jenain Subi (kanan), 48, dituduh mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1.10 pagi an 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, Shah Alam.

Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Jenain tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan.

Hakim M Gunalan membenarkan Jenain diikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

berita penuh

Nak sambar blackberry ehh!!! blurberry?

Blueberry-a 3000

Hmm.. teman dah admire kat blackberry nih!
memandangkan budget yang terlalu terhad lalu hanya nokia ada torchlight je yang teman mampu beli dan guna...

Semalam terlihat member pakai CSL Blue berry nih!! waaa.. ada iras2 blackberry dow!!

Kompom china punya dak??

Ikut harganya 3x ganda murah daripada Blackberry bebb!!

Kualiti toksah kira laaa..

ada member2 teman di arena ni yang nak bagi komen @ ekspirian?

sunsnake 11052010


Saiful Bukhari, failed belajar tapi lebih pandai dari doktor!


Tanpa menafikan hak dia untuk membela diri..
Cuma teman pelik kenapa dia boleh berkata demikian!!
Kalau dia tuduh doktor tu mungkin tersilap periksa jub*r dia ok la jugak!

Ini dia tuduh doktor tu berbohong!

pehhh!! Sejak bersumpah dalam masjid ni dia dah dapat kasyaf ke?
Dia dapat ilmu kedoktoran perubatan ke selama dia menyorok selepas bersumpah kat masjid hari tu?

hebat..hebat..

Budak kantoi periksa tapi lebih pandai dari doktor!

Kalau joint Dr. Fazley buat kursus motivasi kompom laku nih!!!

wakakakaka!

sunsnake 11052010

Perbicaraan Anwar: Saiful Tuduh Doktor Bohong

Saiful Bukhari Azlan hari ini memberikan keterangan menggemparkan apabila mendakwa doktor yang memeriksanya di sebuah hospital telah berbohong dengan laporan perubatannya.

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa doktor Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berbohong apabila menyatakan Saiful mengaku mengalami kesakitan di duburnya kerana benda plastik telah dimasukkan ke dalamnya.

Saiful mendakwa beliau tidak memberikan pengakuan sebegitu kepada doktor berkenaan.

Namun pada masa sama, Saiful gagal memberi penjelasan terhadap laporan hampir sama yang dikemukakan oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut memeriksa beliau.

berita penuh