Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, October 7, 2010

FAM Lebih Bijak Dari SPR!


Kalau ada la anugerah "Paling Bangang Di Malaysia",
teman akan calonkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai salah satunya..

Betapa kan tidak? Meletakkan tarikh keluar mengundi pada hari bekerja adalah sesuatu yang sangat-sangat sukar diterima oleh logik akal!

Di hari bekerja, usahkan hendak keluar mengundi, di sesetengah syarikat hendak ke Masjid untuk Solat Jumaat pun susah! Inilah jasa UMNO kepada Islam antaranya...

Mulut manis pengerusi SPR mengharapkan agar pengundi dapat keluar mengundi seramai mungkin agar peratusan keluar mengundi meningkat lebih baik dari PRU sebelumnya..
Mana mungkin??
Dengan kesukaran pengundi-pengundi di luar kawasan hendak pulang di hari bekerja disamping pengundi-pengundi tempatan sendiri, manakan mungkin peratusan keluar mengundi boleh meningkat terutama pengundi luar?

Benar, pengundi luar adalah salah satu faktor kekalahan BN di Kelantan kerana dari segi pengalaman teman sendiri boleh dikatakan 90% anak-anak Kelantan di tempat teman ini adalah pengundi tegar PAS dan PR! Sudah pasti UMNO dan SPR sudah menghidu sepenuhnya kelebihan PAS ini.

Jika kita melihat sejarah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), belum pernah FAM menganjurkan Perlawanan Akhir Piala Malaysia mahupun Piala FA di hari bekerja!
Pastinya malam minggu adalah pilihan mereka bagi meramaikan lagi penyokong ke stadium disamping memudahkan mereka(penyokong) merencana perjalanan pergi dan balik. Tambahan pula esoknya adalah Ahad dimana kebanyakkan negeri bercuti hujung minggu.

Yakinlah, pilihan tarikh PRK Dun Galas ini adalah pilihan UMNO! Dan selaku pengangkut najis No.1 UMNO, pastinya SPR yang diketuai Pengerusinya tidak mahu melepaskan peluang menjilat semahu-mahunya Presiden UMNO kerana peluang sebegini jarang-jarang datang kepada mereka!

sunsnake 07102010

Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.

Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

“Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

“Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka,” katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.


Berita Penuh

Kembara Ijtima' Tarbawi Hari-3 (Akhir)

Bersama sahabat seperjuangan seawal sebelum Subuh di Masjid Rusila..
Sekali lagi gagal masuk ke dalam..
Rasa dah awal dah.. tapi tetap jadi antara yang terlewat!

Ketua Pemuda PAS Pusat menyampaikan Tazkirah Subuh..


Sahabat bergambar di Bunting Ijtima'.. tengah jalan tu syeikhhh!!



Hah! Dah jumpa dah!! Dari semalam dok cari nih!


Laksam... My 1st plate...


Ukhwah yang terjalin tersimpul rapi!


errr.. laksam... my 2nd plate!!!


TKP Ustaz Awi (baju putih) sedang menyampaikan tazkirah makan-makan! hehehe


Kembali ke masjid...macam biasa.. full booked! adehh!
Diaorang ni tak keluar-keluar ke dari masjid nih??


Dok luar lagi la nampaknyeee.. aduiii..


Forum yang sangat panjang! Tapi berbaloi-baloi! Banyak giler input!


'Batu bersurat' masjid Rusila... heh heh heh


Jualan "Pecah Gudang' buku-buku hebat! Wajib Beli! hehehe


Ucapan penutup oleh Pimpinan Ikhwanul Muslimin dari Mesir!
Jihad! Jihad! Jihad!


Dah nak balik baru teman sampai kat tingkat atas nih! Luas gilerr!

"Ana telah ditarbiyah!!!" mungkin itu jerit Pak Syeikh nih!


Sedikit 'briefing' dan doa mohon keselamatan perjalanan pulang kami..


Kereta KP kami pulak alami masalah kecil dan berhenti kejap di Genting Sempah..
Inilah Mehnah dalam perjuangan.. Moga Allah bantu..


Terkejut dengan besor giler anjing ni! Di bengkel kereta berhampiran Genting Sempah..
kira-kira jam 12 malam... berdiri pun dah sama tinggi dengan motor! kalau duduk?

Itulah sedikit gambar dan catatan teman di Ijtima' Tarbawi ini..
Semoga Allah SWT mengurniakan keberanian dan kekuatan yang luarbiasa kepada semua pejuang-pejuang Islam yang ikhlas..

Allahuakbar!

sunsnake@Rusila 2010