Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, July 4, 2010

Hishamuddin - Polis UK pun menyampah dengan Malaysia!

Ini bukan lidah pendek! Ini lidah buaya!


"Apa pasport yang dia guna pun kita tak tahu. Kalau nak bawa dia balik dari England pun, kita kena bekerjasama dengan polis UK (United Kingdom) tapi sekarang ni jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan kita," katanya.

Apa pasal Polis UK jelas tak akan bekerjasama dengan KDN Malaysia?
Pasal Polis UK nampak KDN Malaysia ni tak profesional kot??
Atau Polis UK takut dengan sumpahan Altantuya? Wakakaka!

Apa masalah bila Zaid Ibrahim bergambar dengan RPK?
Teman pun pernah bergambar dengan RPK di PRK Kuala Terengganu suatu masa dahulu?
Apa pulak hubungan teman dengan RPK?

Salah kah Zaid atau mana-mana pimpinan PR berkawan dengan RPK?
Soal RPK menyeludup keluar secara haram itu hal lain..
Adakah menjadi kesalahan Zaid berjumpa dengan RPK di London?
Adakah menjadi kewajipan pulak kepada Zaid untuk 'menggari' tangan RPK dan bawak balik ke Malaysia? Serahkan bulat-bulat depan Mahligai Hishamuddin?

Ceroii!!!!! Lidah pendek takpe jangan sengal!
sunsnake 04072010

Hishammuddin: Siapa di belakang Raja Petra?
Jul 3, 10 5:55pm


Pimpinan PKR khususnya Datuk Zaid Ibrahim bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyatapa hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan terhadap persoalan itu. "Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra? "Raja Petra di luar negara memburuk-burukkan negara dan menyerang peribadi pemimpin, kalau ada bukti tak apa. Tapi dalam blognya cakap macam-macam. Bila ada pemimpin tertinggi pembangkang bersama mereka, kena jelaskan apa hubungan mereka dengan Raja Petra," katanya.

Berita Penuh

Sentuhan 'mesra' Hishamuddin kepada Suara Perkasa


hahahaha!!! (gelak laaagi!)

'Garang' sungguh Menteri Dalam Negeri kita ni kepada PERKASA!
Macam Ibu Mertua Kassim Selamat pulak!
Macam Mak tiri si pekan pun ada!! Wakakaka!
Macam Ayah tiri Dayang Sofia pun ada jugakk!! Wakakaka!

Kita selalu konsisten? Konsisten abah dia!
Pernah dengar Berita Harian kena panggil dek KDN?
Pernah dengar Utusan kena panggil dek KDN?

Pernah jugak teman dengar Utusan @ Berita kena saman..
Tapi tak pernah dengar permit dua-dua akhbar UMNO ni kena tarik!!

Konsisten ke?
Harakah tukar permit dari 2 kali seminggu jadi 2 kali sebulan!!!!
Konsisten ke?

Nak tau konsisten ke tidak KDN Malaysia ni elok tanya Bro Lutfi kita...
Dia punya pengalaman yang sangat pahit! dengan KDN Malaysia nih!!

Hampeh punya pengeluar permit!
sunsnake 04072010

Hishammuddin: 'Suara Perkasa' boleh digantung

Tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penerangan yang diberi berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" yang diberi editornya, didapati tidak memuaskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan fitnah dan polemik menyentuh isu perkauman dan agama. "Kita selalu konsisten, kalau salah tetap salah tak kira dari surat khabar mana. Jangan kerana dalam kebebasan bersuara kita tabur fitnah dan polemik kaum dan agama, ini amat berbahaya," kataya kepada pemberita di Hulu Terengganu, hari ini.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di Hulu Terengganu, hari ini.

Berita Penuh

Nong Chik - Susah Dapat Projek Di Bawah Pakatan!

Mak oiii!! Ramainya pengampu kat belakang diaaa!!!


Hahaha!
Nak tergelak teman bila baca statement Raja ni.. (tak pasti Raja mana..)
Susah bila hilang kuasa? Masa ada kuasa UMNO buat apa?

Meh sini teman nak cerita sikit..
Ada satu tempat di Perak..
Masa Pakatan Rakyat memerintah.. UMNO Bahagian tersebut apply..
Nak guna Dewan Besar milik majlis daerah di pekan tu untuk buat mesyuarat agung tahunan mereka..
Dengan senang hati diizinkan oleh Majlis Daerah..
Walaupun ahli exco majoriti orang PR dah ambil alih..
Dengan alasan.. Dewan itu adalah milik rakyat..
UMNO pun rakyat! dengan syarat, UMNO kena bayar sewa dewan tersebut.. simple!

Malangnya selepas UMNO merampas kuasa di Perak,
PAS Kawasan tersebut mencuba untuk apply dewan yang sama untuk mesyuarat PAS kawasan..
Malanya sekali lagi permohonan PAS ditolak mentah-mentah!!

Adakah ini yang dimaksudkan Nong Chik?
Politik dendam dan zalim?

UMNO..UMNO.. dah nak mati ni macam-macam laaa... Wakakaka!
sunsnake 04072010

Sukarnya bila hilang kuasa, kata Nong Chik

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat. "Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. "Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka. "Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia. -Mkini