Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 21, 2012

Setuju Dengan Pak Rais Yatim! Muuahhh!


Maaf bro..
Teman kali ni memang setuju bangat dengan Menteri UMNO-S46-UMNO nie..
Barangkali inilah kali pertama teman bersetuju dengannya..
(Jambatan UMNO yang dibakar sudah dibaiki ya?)

Memang suatu hari nanti..
Manusia bukan sahaja di Malaysia malah di dunia ini akan mula meninggalkan facebook, twitter dan macam-macam lagi...
Sepertimana manusia mula meninggalkan budaya-budaya lama seperti rock,agogo,hippies dan lain-lain..

Tapi...
yang pasti..
Sebelum sempat rakyat Malaysia jemu dengan media baru nie..
Rakyat Malaysia sudahpun jemu dengan UMNO-Barisan Nasional!
Pada kami..
UMNO-BN telah mencapai kemuncaknya membodohkan rakyat Malaysia!
Enough is enough!
ABU!

budakbalun 21032012

'Rakyat juga akan tinggalkan Twitter, Facebook'

Rakyat Malaysia juga akan meninggalkan laman media sosial popular seperti Twitter dan Facebook, sebagaimana yang berlaku di Eropah, apabila minat mereka terhadap laman itu mencapai kemuncaknya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

"Masalah dengan Twitter dan Facebook di Malaysia adalah tidak lama lagi, ia akan sampai ke peringkat yang sama, seperti yang berlaku di Eropah.

"Orang ramai akan mula untuk meninggalkan aktiviti ini, yang sekarang cukup kerap digunakan sehingga ke tahap sederhana, dan pengguna terutamanya terdiri daripada golongan muda," kata Rais dalam jawapan kepada soalan tambahan daripada Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).-Mkini

Hebat Sungguh bekas 'Bakal' MB Kelantan neh! Phuiii!


Hok aloh lagi sekali..

Kete saga teman tu ada lagi setahun setengah baru habis bayor..
Loan 9 tahun der!
Rasa berat sangat-sangat nak menghabiskan 9 tahun tuh!
Ada la dalam RM8000 lagi kat bank!

Kalaulah teman ni berduit lebih..
Nak gak rasanya teman 'lansome' kan aje bayor ke bank!
Tak le pening2 nak bayor bulan2 dahhh!

itulah susahnya hati teman dengan hutang...

Tapi ada pelik skit?
Timbalan Menteri UMNO yang kalah pilihanraya tapi tetap jadi menteri ni..
Slumber kata tak usah bimbang?
Walhal hutang negara dah nak langgar had Perlembagaan nehhh!!
Limit 55%... la ni dah sampai 53%..
Dia kata jangan bimbang??

Mak aihhhhh!!

Menteri cemane neh??

Sib baik la tak jadi MB Kelantan nate nehhh!!

Aduyaiiiii... macam mana nak bagi makcik pakcik Felda faham nehhhh!!

budakbalun 21032012

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.-Mkini

Sah! PRU Lewat-lewat Bulan Jun!


Hok aloh...
main sukahati mak bapak je buat tuduhan..
tanpa ada dokumen untuk bukti awal..

Cer tengok PKR Rafizi buat tuduhan..
siap dokumen, siap gambo, siap ada hardcopy.. softcopy..
baru lah gentle dan bertanggungjawab!

Ini tuduh hanya untuk persepsi umum yang jahat!
Sekadar nak jadikan muka depan paper munafik!

hmmmmm....
Tak ingat mati langsung puak-puak neh!

budakbalun 21032012

Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti

KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.
"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.

Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).-mkini