Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, December 12, 2009

Malaysia titik Thailand!!! bior betoii!


Alhamdulillah!!
Patriotik betoi teman malam tadi dok layan berita TV3(setelah sekian lama tak layan) sebab nak nunggu berita team Malaysia vs Thailand..
Punya la patriotik sampaikan hampir-hampir teman ngalirkan ayor mate..
Sebak weh!! Sekian lama tak dengor cerita-cerita macam nie..
Akhirnya dapat jugak kita kalahkan Thailand setelah sekian lama!
SMS daripada teman-teman bukan main banyak yang berkisarkan bangga,seronok & sebak dengan kemenangan ni..
Tu diaa!!! bukan menang Sukan Asia,
Bukan menang Sukan Olimpik..
Bukan menang Piala Asia, jauh sekali Piala Dunia!!
Cuma layak ke ke separuh akhir Sukan Sea aje..
Itu pun dah mampu menggemparkan rakyat Malaysia!

Bayangkan kalau berita itu adalah berita Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia??
Mau penuh KLIA bila rakyat tunggu kepulangan 'wira-wira' negara!
Itulah hakikat yang perlu ditanggung oleh sesiapa sahaja yang mempunya kaitan dengan sukan bolasepak Malaysia..

Dan FAM tidak sepatutnya menyalahkan orang lain apabila tewas sebab FAM seringkali dipuji apabila menang macam nie..

Dan mamat-mamat 'cenanga' iaitu politician yang dok dalam FAM tu tak reti-reti berambus??

sunsnake 12.12.2009


Skuad bola sepak ke separuh akhir

Malaysia tewaskan Thailand 2-1, layak ke separuh akhir

VIENTIANE – Malaysia melakar kejutan terbesar apabila membenam juara bertahan, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A untuk melangkah ke separuh akhir, semalam.
Ahmad Fakri Saarani menjadi pemusnah juara lapan kali berturut-turut Sukan SEA mulai 1983, Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan babak kedua apabila mudah menolak masuk bola hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha.
Thailand, yang tidak pernah gagal ke separuh akhir Sukan SEA sejak 36 tahun lalu, iaitu mulai Sukan SEA 1963, hampir menafikan hajat Malaysia apabila mendahului menerusi sepakan bebas Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.

Namun, Mohd. Nasriq Baharom berjaya mengimbangi kedudukan dengan gol penyamaan pada minit ke-80.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia muncul naib juara Kumpulan A dan akan bertemu juara Kumpulan B, Laos pada perlawanan separuh akhir Isnin ini.
Juara Kumpulan A, Vietnam pula bertemu naib Juara Kumpulan B, Singapura pada satu lagi separuh akhir.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA ialah 20 tahun lalu.
Mengulas kemenangan bermakna itu, jurulatih kebangsaan K. Rajagobal berkata, dia memuji semangat para pemain yang tetap tenang walaupun beraksi di bawah tekanan setelah ketinggalan di babak kedua.

Katanya, tekanan memihak kepada Malaysia kerana perlu menang sedangkan Thailand hanya perlu seri untuk layak ke separuh akhir.
“Saya bangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain terutama pada babak akhir, khusnya selepas kita mendapat gol penyamaan.
“Ketika kedudukan seri 1-1, kelebihan masih memihak kepada Thailand, namun, pemain terus melakukan asakan dan akhir berjaya menjaringkan gol kemenangan.
“Apa yang kita capai hari ini berbaloi dengan kesungguhan pemain yang beraksi bermati-matian untuk memburu kemenangan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Thailand, Steve Darby, berkata, dia tiada alasan terhadap kekalahan pasukannya kerana Malaysia bermain lebih baik.

“Sepuluh minit terakhir memusnahkan kami. Setelah Malaysia mendapat gol penyamaan, mereka tidak henti-henti mengasak dan akhir memperoleh gol kemenangan.
‘‘Saya bertanggungjawab terhadap kekalahan pasukan saya,” katanya. – Utusan Meloya

Suara Orang Muda Di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa!