Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 15, 2010

Ceramah Anwar Takdak Orang!!! [Video]

Bukti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dah takdak sokongan!!!
Wakakaka!
Ikut kata pencacai UMNO laaaa..

Ceramah Pakatan Rakyat di Taman Melati, Wangsa Maju 14.12.2010





Maruah Melayu Dalam Bahaya!


Wahhh!!
Berita ni benar-benar mengejutkan teman, budakbalun!
Ini perlu ditangani segera!

Suara Perkasa ini adalah lambang maruah orang melayu!
Suara Perkasa ini adalah logo kehebatan perjuangan melayu!
Suara Perkasa ini adalah logo kepahlawanan orang melayu!!

Kehebatan sesuatu organisasi itu sedikit sebanyak mempengaruhi jualan akhbar/medianya..

Kehebatan PAS sedikit sebanyak mempengaruhi jualan Harakah
Kehebatan PKR sedikit sebanyak mempengaruhi jualan Suara Keadilan
Kehebatan DAP sedikit sebanyak mempengaruhi jualan Roket
Kehebatan UMNO sedikit sebanyak mempengaruhi jualan Utusan..

So, apakah maksud Suara Perkasa ini tak dapat balik modal pun?

Ayuh Armand Perkasa!
Jom buat demo untuk selamatkan Suara Perkasa!
Ayuh pertahankan maruah melayu!!!

errr... tapi nak demo kat mana?

wakakakaka!

kalau puak-puak Perkasa ni tak faham lagi tak tau laaa...
Sebab puak-puak Perkasa ni pun majoriti ahli UMNO jugakkk!!

wakakakaka!

Maksud yang tersirat dalam hal ni ialah..
Ahli PERKASA sendiri tak beli Suara Perkasa!!!

wakakakaka!
sunsnake 15122010

Kurang sambutan, Suara Perkasa hentikan terbitannya

Tue, Dec 14, 2010

pkasaPETALING JAYA: Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan.

Seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu.

"Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir.

"Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana.

"Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya.

Berita Penuh

Parlimen Bollywood!


Selalu bila kita layan filem hindustan..
Tak kisah lah heronya shah rukh khan ke.. salman khan ke.. amitab bachan ke!
(Rosmah Mansor kompom lagi terrer nama-nama nih!)
Kita pastinya boleh baca/agak kesudahan ceritanya..
Silap-silap leh agak siapa yang akan mati, yang akan kaya, yang akan dapat kawin dalam filem tuh!

Teman memandang isu di Parlimen kita ni pun macam tu jugak laa...
Begitulah pentingnya mendapat kuasa 2/3 majoriti di parlimen!
Tanpanya.. macam makan gulai masam tanpa campur belimbing kampung!
Sedap tapi tak puas!
Macam makan Bubur durian tapi buah duriannya tak cukup!
Tak kick!

So, cara macam mana nak bagi BN dapat kick di Parlimen??
Gantung aje sudddaaahhh!!

So, usul SPR nak buat persempadanan semula Pilihanraya jadi line clear laaa..
Hujah la macam mana pun..
sampai tang keputusan.. 2/3 akan buat keputusan!!

hmmmm... inilah Malaysia!
sunsnake 15122010

Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3


Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari. Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat. "Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok. "Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

Berita Penuh

Kita Cuma Teruja! Nota Buat Pejuang Islam...


Catatan : hidup_berjuang

Life begins at 40. Ni ayat nak bagi bini kawan!!! (hmmm, bila tu?)
Tapi ingat single is simple, double is trouble!
Ingat.. ingat, usia begini adalah usia bermulanya kenabian ke atas junjungan mulia,
nabi s.a.w. Dakwah Islamiah bermula seawal umur ini.
13 tahun berantakan dengan segala mehnah dan tribulasi di Mekah sehingga menghumban satu hijrah ke Madinah.
Akhirnya hijrah yang mulia itu berlaku pada tahun 14 nubuwwah bulan????
( walaupun kita sambut maal hijrah pada bulan Muharam).
Hijrah ini adalah kata Allah bahawa Allah mengkehendaki kerja dakwah mesti bersama kuasa politik.

Itulah kami dok pulun disaat ramai orang berjauhan dengannya.
Insyaallah redha Allah keatas kami dan redha kami keatas kententuan Allah.
Buat perjuangan ini…apabila direnung atas, renung bawah, paling kanan,
paling kiri rupa2nya aku juga meniti kearah usia ini.
6 tahun dok dalam kepimpinan pemuda kawasan banyak yang boleh dikenang/ sumbang untuk dema2 yang baru ni.
Sejuk gak hati tgk muka2 baru seawal umur 20an dah mula berbicara dan bersemangat malah menjadi OKT dalam demo air dan johan pidato baru2 ni (tahniah Abu Musa walaupon ko skema tak tentu pasal).
Tgk muka Jelir, Budakbalun, Abu Musa, Matahari Petunjuk, Syukur, Along malah Janggut yang nampak istiqomah teruskan membawa obor ini ke gerbang jaya..
Aku dulu agak lambat walaupon mendapat tarbiah awal di Ehya’, lepas tu aku pi layan benda2 khayal dan motor.
Sebelum korang guna highway PLUS Utara –Selatan aku dah layan dulu h/way ni.
Trek kami dari Dataran Sg Perak sampai Nilai aku dah layan time h/way belum bukak lagi. Sumenya ada tapak brek Panther dan G- Pang aku.
Pukul abiss full throttle…hahaha.
Bila polis kejar kami lari masuk ladang getah tgh2 malam.

At least sume itu rupanya berguna jugak untuk hari muka.
Jangan rasa sume yang silap tidak boleh diperbetulkan dan sume yang asalnya betul tidak boleh silap.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk kita semua agar hidup berbakti dan mati menjadi kenangan orang atas kebaktian itu.
Biar kita hidup rasa bersalah pada perjalanan lampau dan membetulkan kesilapan itu untuk manusia menjadi damai semuanya dengan adden ini.
Sayangi insan2 sekitar anda dengan merancang sesuatu biarpun untuk diri anda, anda akan terasa kehilangan banyak benda.
Anda terpaksa hilang masa untuk isteri, anak2, wang dan tenaga.
Itulah perjuangan dan perjuangan menuntut kepada pengorbanan hatta nyawa sentiasa menjadi pertaruhan!

Demi Allah yang maha pengasih dan penyayang,
DIA tidak akan membenarkan anda keseorangan.
Firmannya, sekiranya kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.
Jomlah teman! Aku hampir merdeka dengan usia ini. (sbb dah cukup haul bole kawen 2) Maksud aku, aku sudah merdeka dari kegilaan.
Pemuda adalah sebahagian daripada kegilaan, kata nabi.

Nabi sendiri seawal usia 14 ~ 15 tahun sudah menyertai peperangan al Fajar antara Quraisy dan Qais.
Bukan demo ye bang tapi perang..hahaha jauh lebih terancam….haha bukan masuk lokap tapi kehilangan nyawa..perang tu geng!
Isikan kegilaan itu dengan perkara2 yang membuka minda orang ramai.
Berjuanglah cara anak muda. Anak muda tidak boleh lesu.
Anak muda bangun melawan!! (aku suka kata2 dari tukar tiub nihh).
Bacalah sirah nabi s.a.w dan tengok bahawa kita belum cukup teruji jauh sekali diuji.
Kita cuma TERUJA tengok orang lain diuji.

P/s : Setiap hari adalah Asyura, setiap tempat adalah Karbala…LA SYARKIAH, LA GHORBIYAH, WEHDAH2 ISLAMIAH
(seronok join dgn geng2 AB nii tapi tang bab perjuangan dalam reality Iran la, masuk bab waqi Malaysia, rupanya puak2 AB ni lebih Syiah dari Syiah, lebih Iran dari Iran)
Sempena 10 Muharam ni aku terkenangkan dengan gelaran imam ummah untuk almarhum IMAM KHOMEINI!!!