Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, April 13, 2011

Ketua Perompak Terkejut Kes Rompakan?

Gambo ini pun tiada kaitan dengan berita dibawah ye?? wakakaakaka!


Ada satu cerita..
Cerita dia macam ni...

Sorang Ketua Perompak (ramai orang tak tau yang dia ni Ketua Perompak!
Arahkan anak buah dia pergi merompak ke sebuah rumah anak yatim..
Lepas anak buah dia merompak...

Dia pun datang la kononnya melawat rumah anak yatim tu..
Maka mengadulah orang ramai kepadanya..
Orang ramai tak tahu dia ni Ketua Perompak..
Maka dia pun buat-buat la terkejut!
Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya..
Ketua Perompak tadi berkata..
"Memang saya terkejut dengan kes rompakan ini.. tergamak mereka merompak rumah anak yatim!"

Tammat

p/s: Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena sama dengan mereka yang masih hidup mahupun yang masih mati!
Dan takde kena mengena dengan berita dibawah tau.....

adehhhh!!

budakbalun 13042011

MB terkejut kos velodrom RM36 juta

KUALA TERENGGANU 12 April - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terkejut sebaik sahaja mengetahui kos pembinaan velodrom mini di Dungun mencecah RM36 juta iaitu kira-kira 12 kali ganda lebih besar daripada kos sepatutnya iaitu RM3.5 juta.

Beliau menegaskan, projek pembinaan velodrom tersebut mesti mengikut ketetapan kos asal iaitu RM3.5 juta.

"Memang saya terkejut apabila mendapat maklumat yang kos membina velodrom di Dungun ini mencecah RM36 juta, ini satu jumlah yang banyak sedangkan kos asal adalah RM3.5 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Osman Said di Kampung Mengabang Tengah Masjid di sini petang semalam, yang rumah mereka musnah dalam kebakaran minggu lalu.

Berita Penuh