Umat dihujung hayat Catatan : hidup_berjuang
Malam Jumaat dulu mmg aku plan ponteng usrah.
(setelah non stop tiap2 mlm meeting) Sbbnya mmg bersebab la.
(Aku sebenarnya x gamak ponteng usrah tanpa sebab).
Aku nak siap copykan jadual periksa budak Pasti,
pastu nak usha2 FB nak tgk kat mana budak2 SRC (Sek Raja Chulan, Ipoh) ni bersarang.
Pastu, bila aku bukak jer blog Jai, aku dah bole cari dan jumpa member2 yang aku kenai. Cumanya, ada satu yang agak spesel seorg minah...
hahaha nampak gayanya minah ni aku kena contact balik sbb dialah org yang bertanggungjawab bagi nota dan aku tiru sebijik2 semasa exam Fizik time tu.
Aku lulus buat pertama kalinya dan dok ranking no. 3 untuk mata pelajaran Fizik sampai cikgu Rafidah boleh pelikk????
(Cikgu ni baik, dressing dakwah tapi dia kata aku ni kuat merokok sbb bibir wa kaler kehitam-hitaman)
K, sebelum tu aku dah turun Bkt Sentosa, pusing2 aku follow belakang satu moto.
Tiba2 moto tu nak terlanggar 2 org awek budak sekolah yang nak lintas jalan.
Moto tu hon, awek tu terjerit dgn cukup kuat and then terus sound kat brader taraf pakcik tu. Apa kata awek tu??? Woii anjing, bapak ko anak haram...p****t.
(lu pikir sendiri la) sambil blah dan menunjukkan isyarat jari???.
Aku pon terkejut gak, jenuh ngelak brader tu yang mcm tergamam!!
Punyalah teruk ayat2 menyaound awek tu.
Esoknya time khutbah Jumaat di masjid Serendah, antara isinya ialah purata anak tidak sah taraf ialah 16k ~ 17k setiap tahun.
Jumlah yang semakin meningkat.
Klu ikut jam 2 anak haram lahir setiap 1 jam. 48 anak haram lahir setiap hari.
17k anak haram setahun dengan hampir sebahagian besar lahir2 jer jadi org Melayu.
Huuh cuba bayangkan berapa ribu kali atau jutaan kali zina yang telah berlaku untuk melahirkan anak2 Melayu seramai itu dlm setahun???
Hmmm, pikir2 lah.
So apalagi ye....sebenarnya susah nak cakap...dalam zaman kecanggihan IT ni lak cukup mudah nak bersosial.
Takda satu keluarga yang bole rasa keluarga dia akan selamat.
Sering terasa keselamatan yang semakin terancam.
Bersedia untuk hanyut dan dihanyutkan.
Dulu cukup berbeza..time aku syok kat ko Zariana, (agak2 aku sekarang ni ko mesti dah gemuk) punyalah susah aku nak bercontact2 ngan ko. Byk halangan...
1) Bodek2 barulah dapat no talipon umah ko (dulu mana ada h/phone)
2) Kena tabung duit syiling dulu nanti shortage lak time tgh gayut kt public phone (belum kira aruah Dodoi yang dok sindir2… fuuhh)
3) Kdg2 public phone rosak, kdg2 ada mamat lain dah gayut dulu..siott betui.
4) Paling malang, bapak dia yang angkat phone tu..fuuhhhhh
5) Paling2 malang ko malas nak layan..cakap mcm org ngantuk (mmg ko ngantuk kot)
6) Nasib baik barulah dapat dating, bawak naik motor tp awek dulu2 segan nak dok rapat2 terpaksalah guna skil salam ukhwah.
(apa lg wa emergency brake lerr, barulah yg jauh didekatkan dan yg dekat dirapatkan...kurang ajaq...kurang ajaq betui skil ni, klu nak kata jahat tu jee lerr yang terjahat )
p/s : MUSTAHAK! Ni bukan aku, ini Peahh
Sekarang ni nampak cam takleh nak sekat apa2.
Meeting surau semalam, pak Usop mengeluh cam mana nak selesaikan gejala2 maksiat ni dikalangan remaja.
Pernah berlaku ada brader yang tegur budak2 ni kena serang.
Petang2 lak klu ronda2 kat taman ni boleh tgk sorang awek baring atas motor, 5 hero dok hurung..apa bikin ye? Org tua2 lalu2 jer tanpa berani nak tegur2.
Semua masalah mesti ada penyelesaian.
Rujukan yang paling utama tentulah dari quran dan sunnah.
Kerajaan mesti berperanan dengan kuasanya.( Klu pemimpin & keluarga pemimpin pun cam gitu, apa nak ada)
Rakyat berperanan dengan ilmu dan amalan yang betul2 dari sumber tadi.
Tapi apakan daya apabila rujukan ini diketepikan.
Disinilah peranan kita:
1) taubat (sbb kita pon pernah lalok jugak), kesilapan lalu adalah kesilapan yang patut diperbetulkan supaya tidak terjadi pd generasi baru.
2) menyertai gerakan Islam
3) amal jamaie iaitu gerak kerja disemua lapangan, bukan dok berkubu di masjid jer, cari sasaran dipot2 depa.Bukan tunggu time pilihanraya jer..sebaliknya asak rakyat dgn program manfaat dan tersusun. Jgn dok tau sebut haram sana haram sini tp sebaliknya membiarkan tanpa alternatif.
4) Buat semuanya alternatif, pendidikan, hiburan, sukan melalui kegiatan secara amal jamaie. Haah banyak kerja sebenarnya, anda mesti terlibat dengan gerakan ini.
Islam way of life.
Kemudian pada hujung minggu tu pi member lama kawen kat Kamunting, pastu saja aku berkelana ke Gunong Semanggol.
Rasanya aku tinggalkan tempat ni lebih 20 tahun.
Banyak orang tak tau apa rahsianya Maahad Al Ehya Assharif, Gunong Semanggol.
Kat sini tahun 1948 lahirnya parti Islam pertama, Hizbul Muslimin.
Pengasasnya Almarhum Ust Abu Bakar alBaqir (datuk kepada Us Mokhlis, murabbi aku).
Parti ini hidup 6 bulan jer rasanya sebelum diharamkan, pastu Ust Abu Bakar AlBaqir dikurung ISA. Dato’ Onn Jaafar pada masa itu seorang pegawai Inggeris menggelarkan gerakan Islam yang bermula di Gunong Semanggol ini sebagai ’bahaya dari gunong’.
Rasa sayu skit bila tengok balik tiap2 satu suasana disitu.
Kedai mamak rojak masih ada, gerai ABC masih ada, kantin pak Bakaq dah besar, sekolah dah cantik, dah ada bangunan pra sekolah.
Masjid luar pon cantik, masjid dalam pon cantik.
Kini dalam kepala aku dok ingat satu jer. Ingat perjuangan.
Kerana ada perjuanganlah kita menikmati iman dan Islam ini.
Bila jumpa non muslim rasa nak islamkan dia,
bila jumpa yang tak solat rasa nak ajak dia mai solat,
bila jumpa yang dedah2 rasa nak suruh dia jaga aurat,
bila jumpa yang rempit, rasa nak rempit lagii,
bila jumpa awek rasa nak tambah mem pulakkkk (acah mat labu!!! boleh kena senduk nihh).
So mari jayakan arena ini.
Disaat orang meninggalkan kita menjayakannya.
Seperti sering dinyatakan bahawa kita adalah mata rantai kepada perjuangan ini,
bukan kita yang memulakan dan yang mengakhirkan.
Kalau kita letih musuh pun letih
tapi kita letih dalam keadaan mengharapkan Allah sedangkan musuh tidak sama sekali.
Ayuh bro........N45 Galas!!!!