Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, September 1, 2010

PKR dan PAS Pemalas!!!

Jangan kelak dikatakan seperti 'tong kosong' syeikh!!!


Itu je yang boleh teman ulas berdasarkan tajuk diatas..
Mungkin ahli-ahli PAS cukup berpuas hati dengan keputusan PRU2008 dulu kot?
Selaku parti terbesar didalam Pakatan Rakyat dan mengakui mempunya keahlian lebih 1 juta la ni..
takkan banyak itu sahaja yang boleh dicapai?
dimanakah jihad ahli-ahli PAS yang mengaku memperjuangkan Islam?

Bukankah pengundi ini diibaratkan peluru yang akan digunakan dihari mengundi nanti?
kalau dah peluru kurang, bagaimana nak menang?
kalau dah tak menang, macam mana nak tegakkan Islam?
nak hancurkan toghut??

Teman ulas begini sebab teman sendiri terlibat dengan aktiviti pendaftaran pemilih ini..
setiap minggu hanya nampak kelibat 4-5 orang ahli PAS itulah..
setiap minggu pun itulah.. mana ahli yang lain?
cukupkah sekadar hanya turun di musim pilihanraya?
cukupkah sekadar menyumpah seranah UMNO-BN dihadapan TV menonton Buletin Utama?

Perjuangan bukan sekadar di mulut tetapi melalui tindakan dan kesan..
Kelak jangan sibuk menyalahkan orang lain apabila tunduk dengan kehebatan peluru musuh!

Wallahua'lam
sunsnake 01092010

Daftar pemilih: DAP dan Umno terus dahului PAS
Harakahdaily

PUTRAJAYA, 1 Sept: DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar 9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).

Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi

Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.

“Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

Atas Nasihat Peguam Negara?? Uwekkk!!


Aduyai!!
Atas Nasihat Peguam Negara?
Baik minta nasihat daripada lanun-lanun Somalia tu..
Setidak-tidaknya mereka jelas melanun.. dan mereka mengaku pulak mereka tu lanun!
Daripada nak minta nasihat daripada peguam yang tak mengaku lanun!!

eloklah..
Penyamun minta nasihat lanun!!

Bak kata P.Ramlee dalam filem 3Abdul..
"Dah kena la tu penyamun tipu penyangak!"
wakakakak!
sunsnake 01092010

Mustapa: Pemberian wang ihsan atas nasihat AG
Sep 1, 10 12:38pm

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh kerajaan persekutuan bukan dibuat secara membuta tuli sebaliknya atas nasihat peguam negara sebelum diagih-agihkan kepada rakyat yang layak.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia dibuat atas nasihat peguam negara yang juga berlandaskan undang-undang. Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada 75 anak yatim di masjid An-Nur, Badak di Pasir Puteh, petang semalam.

Berita Penuh

Guan Eng Ni Tak Faham Islam Langsung!


Hok aloh!
Kenapa la Guan Eng ni degil sangat!
Tak puas ke kena tuduh pengkhianat dengan UMNO?
Tak puas ke kena maki P*kimak dengan UMNO?
Tak puas ke kena bakar gambar dengan UMNO?
Tak puas ke tuduh Bangs*t dengan UMNO?

Lagi buat hal!!

Ni yang bagi bonus kat Guru KAFA Penang ni apahal?
Yang tiba-tiba masuk campur hal Islam ni apahal?

Cuba tengok UMNO Johor jaga cikgu KAFA dia.. rilek je..
Cuba tengok UMNO Perak jaga cikgu KAFA dia.. gelap je..
Cuba tengok UMNO Terengganu jaga cikgu KAFA dia.. sonyappp jo!

haa.. itulah cara Islam sebenar!!
Bukan dengan cara Guan Eng nih!!
chisss!! pengkhianat Agama, Bangsa dan negara betul!!

Kena ngadu kat Armand PERKASA ni.. nak buat demo kat Tropikana!

-Ikhlas daripada pencacai UMNO

sunsnake 01092010

RM100 lagi bagi kakitangan awam Pulau Pinang
Sep 1, 10 1:26pm

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500.
“Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500. “Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini. Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

Berita Penuh

Inilah Antara Sebab Joint Politik bagi BN!


Nasi Lemak Buah Bidara...
Sayang Selasih Hamba Lurutkan...
Buang Parti Buang saudara..
Kerana Jawatan Hamba Turutkan!

wakakaka!

Inilah pantung paling sesuyei buat bro Datuk Peter nih!
Gila apa!! bukan senang nak sampai tahap dia ni..
Timbalan Ketua Menteri Sabah beb!!!
Baru naik pulak tuh!
iskkk!!! pergi la mampos parti..
parti banyak parti aku leh masuk beb!
jawatan TKM Sabah ni ada satu je!!
mana leh lepas kat orang lain!!!

wakakaka!! itulah dia....

Baik cina.. baik melayu.. baik India..
kalau dah memuja BN.. memang busuk macam tahi la!!

err.. kalau yang takde jawatan macam Jamal Posmen tapi sanggup sokong UMNO macam mana pulak ye? wakakakak!

sunsnake 01092010

Timbalan KM Sabah keluar LDP, sertai Gerakan
Sep 1, 10 11:38am

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.

Menurut ADUN Karamunting itu, keputusan sukar berkenaan terpaksa dibuat berikutan tindakan LDP untuk menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Saya faham keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan di dalam kerajaan dan dengan ini, saya menawarkan untuk meletak jawatan daripada jawatan sedia ada dan berjanji untuk meneruskan khidmat di bawah kerajaan BN pimpinan Musa,” katanya.

Berita Penuh

Lawan PERKASA Nurul Izzah bukan Anwar!

Ini anak-anak Anwar.. Sapa pernah tengok anak-anak Ibrahim?? wakakaka!


Teman masih ingat Anwar cabar Pak Lah debat isu naik minyak dulu..
Pak Lah senyap tak kata apa..
akhirnya panglima air liur ditepian bibir si Shabery Chik yang jawab dan kata sanggup terima cabaran Anwar..
Walaupun pada mulanya Anwar menolak kerana tidah mahu berdebat dengan 'ikan bilis'..
Akhirnya ANwar setuju dek memikirkan ini sahajalah peluang yang ada bagi membuktikan bahawa Harga Minyak tidak sepatutnya naik pada waktu itu...

hasilnya? semua orang tahu!
berbuih mulut Shabery Chik nak membalas pidato Anwar..
Anwar cerita pasal ketirisan perbelanjaan cukai daripada Petronas..
Shabery dok cerita pasal Anwar ejen IMF..
punya la jauh cerita dia!

so, kali ni berulang lagi..
cumanya yang mencabar hanyalah Nurul Izzah anak gadis Anwar Ibrahim.
Secara tiba-tiba Ibrahim Ali melincat bagai nak rak!
Manusia ini yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz tak bertaqwa ini..
dengan bongkak mengatakan yang Nurul Izzah bukan 'level' dia!!
Waakakak!
Shabery Chik juga bukan level Anwar..
Tapi Anwar sanggup berdepan dengan manusia yang bukan level dia..
dek kerana Pak Lah sewaktu itu tidak mahu berenggang dengan pelukan Jeane!

Hmm... hebat sungguh nampaknya waris Anwar Ibrahim ini walaupun perempuan..
Waris Ibrahim Ali? wakakakak!
Gi tengok kat longkang-longkang selepas hujan!!!
sunsnake 01092010

Lawan Perkasa Anwar bukan Nurul Izzah, kata Ibrahim Ali

August 31, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.

Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.

Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.

“Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar).

Berita Penuh

Majlis Sumbangan Ramadhan PAS Zon Bukit Beruntung

Tahun ni 'Orang Besi' PASZBB ni tak dapat 100% membanting tulang..
'tak berapa sihat' katanya..


Pengarah Program pun turut sama turun padang membantu! Tahniah!


Hmm.. antara 'teddy bear' yang disumbangkan.. mungkinkah dari mr. bean?


Unit Amal.. tetapi setia membantu kerja-kerja amal!


Walaupun tekak mulai kering.. kerja tetap diteruskan!


Sesi pembungkusan 'set' untuk disampaikan kepada penerima yang layak


Sdr SU PASZBB tekun mengisi bungkusan.. Syabas syeikh!


2 'orang besi' berbeza zaman.. Otaimer & newcomer..


Banner... maintain...


2.00 petang - kehadiran muslimat membantu menyusun pakaian yang amat banyak!


Yang bertugas di kaunter pendaftaran pun tak kurang sibuknya...


Bungkusan yang berisi beras dan beberapa keperluan lain siap untuk diserahkan...


Dikaunter pun Unit Amal bertugas? hebat!


Ketua Unit Amal Hulu Selangor.. wah! Jangan bawak balik pulak! Imfa' orang tuh! hehehe


Saudara baru kita pun tidak diabaikan..


Pengarah PASZBB memulakan tazkirahnya..


Antara hadirin yang hadir..


Pakaian yang telah siap dilipat dan sedia untuk dipilih!


Pengerusi Majlis merangkap Pengarah Program memulakan sesi sumbangan


Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor menyampaikan sumbangan
duit raya kepada anak-anak yatim


Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor menyampaikan sumbangan...


Wakil Muslimat PAS Hulu Selangor menyampaikan sumbangan...


Ustaz Wan Shamsuddin menyampaikan sumbangan...


Sesi memilih pakaian!


Pilih bang! Jangan terambil tak kena saiz..


Golongan ibu sibuk mencari saiz yang sesuai untuk anak-anak.. Hebat!




Si kecil pun tak lepaskan peluang memilih pakaian..
InsyaAllah semua berkualiti..
yang penting Halal..