
Allahuakbar..
Rasanya ini kali yang ke 8 teman nulih pasal Tok Mufti nih..
Makin lama makin kemana-mana hala ntah!
Tu la akibatnya apabila golongan 'alim berkawan dengan golongan yang tak serius dalam Islam..
Berkawan dengan UMNO Perak yang terkenal dengan 'matlamat menghalalkan cara"nya..
Teman pun ada gak berkawan dengan geng-geng UMNO Perak nih..
Dan seperti biasa.. kalau bersembang dengan puak-puak ni..
Sembang pasal Islam ni sama level je dengan adat..
Sebab tu kalau perkara-perkara buruk dibuat..
akan kedengaran selalunya ayat macam ni..
" Tak elok buang bayi tepi jalan tu.. menyalahi adat dan budaya kita.."
Sepatutnya disebut menyalahi syara' Islam dulu.. baru la timbul perkataan adat..
Malangnya puak-puak ni lebih dekat di hati mereka budaya melayu berbanding hukum Islam itu sendiri..
Sebab tu bila nak pilih Imam di masjid.. puak-puak UMNO ni selektif..
Nak yang betul-betul baik..
Nak yang betul-betul hebat bacaan Al-Qurannya..
nak yang betul-betul bersih amalan dan tingkahlakunya..
Tapi apabila nak memilih pemimpin?
Apabila nak pilih ketua UMNO bahagian?
Apabila nak pilih Ketua UMNO Bahagian?
Tak pulak KPI yang sama dijadikan panduan?
Tak kisah pulak hatta calon ketua UMNO tu pernah kantoi rasuah!
Tak kisah pulak hatta calon Ketua UMNO tu jarang nampak di Masjid/Surau?
Tak kisah pulak hatta calon ketua UMNO tu sombong?
hmmmm...
Kesian pulak tengok nasib golongan arif agama dalam UMNO..
Jadi tukang baca doa aje laaaaaa!
sunsnake 05032011
PAS: Harussani terkena racun sekular BN Nazri Abdullah & Mohd Nor Yahya |
TEMERLOH, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti.
"Akhiryna mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang.
"Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik,"katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini.
Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. |
Berita Penuh