Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 15, 2010

Bila Nik Aziz buka mulut pasal Mulud Nabi...


Adoi laaa..
Malu betul la kalau Hj Ahmad Badawi hidup lagi..
Selaku Ketua Dewan Pemuda PAS yang pertama (1952-53),
memang sengal tengok realiti betapa teruk anaknya..

Anak si Yaasin ni pun sorang..
Sibuk nak berarak! Macam leh mati kalau tak berarak!
Yang anak dara dia jadi penyanyi takpe lak!
aduhhh!

Sambutan Maulud Nabi ni bukan isu politik sangat..
Perak pun dah lama tak sambut..
Kelantan pun tak sambut..
Bak kata Tok Guru Nik Aziz, takde fadhilat pun..
"kejayaan melaksanakan hukum Islam itu lah maulud yang paling aula!"

hmm.. isu ini pun jadi agenda politik UMNO..
aduhhh!! takde modal!
sunsnake 15022010

Tak Perlu Sambut Maulud - TGNA

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Dua hari lepas, akhbar arus perdana menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun bagaimanapun ekoran kritikan hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Kerajaan Negeri itu membuat keputusan untuk mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul walaupun mengikut program asal sebelum ini ia dibatalkan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginya penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.

“Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. Maulud bagi saya sepanjang tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan rakyat di negeri ini meneruskan amalan kunjung-mengunjungi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara kaum.

“Saya datang ke rumah Datuk Tan untuk mengucap Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina. Ucapan tahun baru ini ialah adat resam bangsa tertentu. Orang Melayu tidak ada tahun baru, selain tahun hijrah. Zaman dulu peladang dan petani ada musim menabur.

“Kini sudah tidak ada. Yang ada ialah tahun hijrah. Sambutan Tahun baru bagi orang Cina, itu dia punya fasal. Saya setiap tahun datang mengucap Tahun Baru Cina kepada orang Cina.

“Dan orang Cina nak kata tahun harimau ke, tahun apa, itu dia punya pasal. Tak ada apa. Dalam Islam tak ada masalah apa,” katanya.

Mengulas mengenai ama-lan kunjung mengunjungi, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah dalam Islam.

“Masalah orang Melayu berkunjung Tahun Baru Cina ke, orang Cina nak berkunjung ke rumah orang Melayu, tak ada apa dalam Islam.

“Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi.

“Saya minta orang Melayu, Cina dan sebagainya duduk dalam keadaan baik. Orang Islam tidak meletak bangsa ini lebih, walaupun bangsa Arab, walaupun bangsa Nabi, namun tidak lebih dari bangsa lain,” katanya. -SH

sumber- greenboc

Ada 'kabel emas' konpom ngajor dekat rumah!

Ini Kabel emas!


Teman tak yakin la dengan arahan ni..
kena yang fresh tu anak Ketua Bahagian mahupun Cawangan UMNO..
Tobat lahom dia takkan bagi punya!!
Kompom rayuan akan terus ke Jabatan Pendidikan Daerah!
Silap-silap terus ke Menteri!

Haaa.. kalau yang fresh tu anak peneroka.. memang kompom kena punya!
Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan!
sunsnake 15022010

Cadang wajib guru baru di pedalaman

BALIK PULAU: Kementerian Pelajaran bercadang mewajibkan guru baru untuk bertugas di pedalaman selama tiga tahun bagi memberi pengalaman serta pendedahan kepada mereka mengenai keperitan bertugas sebagai pendidik.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi, berkata pihaknya tidak lagi akan menempatkan guru baru di kawasan bandar atau berhampiran tempat tinggal seperti kini.

"Biar mereka tahu bagaimana pengalaman bekerja sebagai pendidik terutama di kawasan pedalaman yang kadang-kala memerlukan kesabaran berikutan kesukaran hidup di kawasan berkenaan.


"Ini masih pada peringkat cadangan dan kajian mengenainya sedang dilaksanakan," katanya selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang sekitar Parlimen Balik Pulau dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

sumber - Berita Hairan

Orang eksiden pun UMNO main politik!



Sejak kecik teman dah berpuluh kali eksiden..
Kereta cuma sekali tapi motor memang dah jenuh!
Yang teman heran, apsal masa teman eksiden takde pun mana-mana parti politik nak amik tau?
Ye laa.. mungkin sebab yang dok langgor teman tu bukan orang politik..

Ohh.. Alangkah indahnya kalau ADUN/MP Pakatan Rakyat yang langgar teman dulu!
Nauzubillah.. minta jangan lak lepas ni kena langgor!

UMNO...UMNO.. orang eksiden pun boleh jadi isu politik?
Tak cukup hal perkauman.. Islam.. Agama.. Bakar Bayi..
semua nak dipolitikkan!!

Makin hujung usia makin meghoyan UMNO nie..
sunsnake 15022010

Umno mahu bantu pelajar UiTM dilanggar kereta ADUN Sekinchan

KLANG, Feb 15 — Umno Selangor akan memberi bantuan kepada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dalam satu kemalangan dipercayai dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan di Seksyen 7, Shah Alam, 7 Feb lepas.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata bantuan itu akan diberikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri Mohd Bazli, 23, yang hanya bekerja sebagai peniaga kedai kopi di Kota Baru, Kelantan.

Katanya bentuk bantuan akan diputusakan selepas perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan pengerusinya Datuk Seri Noh Omar.

“Alhamdulillah, keadaan Mohamad Bakri hari ini bertambah baik. Dia telah pun sedar daripada koma dan mula boleh bercakap sedikit-sedikit,” kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.50 malam itu, ADUN Ng Suee Lim yang memandu kereta jenis Nissan X-Trail telah melanggar Mohamad Bakri yang menunggang motosikal jenis Yamaha SRE.

Kemalangan di Pesiaran Kayangan/Pesiaran Institut di Seksyen 7, Shah Alam itu telah mengakibatkan penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah itu cedera parah di bahagian kepala dan terlantar koma di HTAR. — Bernama

RM2400 kena lambung tingkat 14! RM2 juta?

Ini Teoh Beng Hock,dia orang kuat Pakatan Rakyat Selangor, dia ditahan...
dan ditemui mati semasa didalam tahanan SPRM!

Ini SU Politik Menteri UMNO Tasek Gelugor.. Dia hanya ditahan SPRM


Perghh..
Kalau lah mamat ni orang PR.. kompom dah kena lambung lebih dari tingkat 14!
Idakpun dah peluk tiang api dan kena tarik dek SPRMNO(SPRM+UMNO).

Nasib baiklah mamat ni orang kuat UMNO.. so satu jabatan dengan SPRM..
Kalau idakkk!! Heyyy!! Mau dari Jambatan Penang tu dia kena lambung bang non oiii!!

sialan punya SPRMNO!
Kalau ada lagi makcik-Pakcik Felda tak nampak lagi tak tau laa..
Kalau ada ahli-ahli PEKIDA tak nampak lagi tak tau laa...

Kalau ada cikgu-cikgu tak nampak lagi tak tau laa..

Memang dilahirkan ke dunia ni untuk kena tipu dengan UMNO laaa..

Bila la melayu nak jadi pandai..

Usahkan nak jadi pandai..

Belajar jadi pandai pun payah!
Selagi percaya dengan Utusan dan Tv3...

sunsnake 15022010

Yang ditangkap itu Hasbie Satar, S/U Nor Mohamed Yakcob.

Ini merupakan Setiausaha ke Dua Mohd Nor Yakcob yang ditahan SPRM (Seteru Pakatan Rakyat Malaysia) berhubung kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa selepas Dato Norza Zakaria.

S Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Menurut sumber terdekat SPRM, Hasbie masih ditahan untuk siasatan lanjut namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah diambil keterangan atau pun tidak.

Hasbie yang bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkhidmat untuk Nor Yakcob sejak April tahun lalu semasa menteri tersebut memegang portfolio Menteri Kewangan Kedua di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit,” kata sumber itu kepada mStar Online di sini hari ini.

Sebelum ini, The Star melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang setiausaha politik kepada menteri kanan yang didakwa memiliki kekayaan dalam masa yang singkat.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik Hasbie serta akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, SPRM turut menyita empat buah kereta mewah dan empat buah rumah mewah yang dipercayai kepunyaannya yang berusia lewat 30-an. Semua harta tersebut dipercayai terletak di kawasan Lembah Kelang.

Sumber memberitahu, siasatan sebelum ini turut mendedahkan bahawa beberapa aset miliknya telah dibeli menggunakan nama pihak lain, dipercayai menjadi proksinya.

Tambahnya, pemilik berdaftar kepada aset tersebut akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull untuk mendapatkan pengesahan mengenai kes tersebut sehingga kini gagal.

sumber - mstar

Bertuahnya cikgu-cikgi di Malaysia!



Lagu yang berkumandang setiap 16 Mei..

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

hasilnya? sila baca di bawah!
sunsnake 15022010
Nasi bungkus untuk kursus guru
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.

Sama-sama berusaha mencari Ahli jemaah ini!


Hilang sejak 4 hari lepas: Doakan PJ PAS Wilayah selamat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Ahli dan Penyokong PAS di Wilayah Persekutuan di pohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka, Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

Menurut Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.

Dalam pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat malam yang lalu.

Pada pagi esoknya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

"Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah," kata Umar kepada Harakahdaily.

Menurut Umar, perkara ini tidak pernah lagi berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu kemana sahaja dia akan pergi.

Dia ni Cina ka? Melayu ka? India ka? Mamak ya!



Hehehehe..
Perak memang semakin hebat dengan sejarah 'pertama kali' di dunia barangkali!
Pertama kali Sidang Dun Bawah Pokok!
Pertama kali Rakyat berdemo sampai baring atas bonet kereta Sultan!
Pertama kali Speaker Dun yang sah kene heret dengan kerusi-kerusi sekali!
Pertama kali MB yang sah tak boleh masuk Dun!
Pertama kali SPR lagi tinggi kuasa daripada Speaker!

Dan yang terbaru, Pertama kali MB buat Rumah Terbuka Chinese New Year!
Habis tunggang terbalik hukum alam dan hukum manusia dibuat dek mamak sorang nih!

Dulu bukan main kata Nizar boneka cina!
Seboneka-boneka Nizar tak la sampai buat sendiri open house raya cina!
Kalau boleh dikatakan boneka laa....

Terbukti Zambry bukan sekadar boneka cina malahan sampai tahap pencacai pun!?
Tak boleh ke joint Rumah Terbuka MCA ka? Gerakan ka? DAP ka?

Ke takde sapa sudi nak jemput?? Gi la rumah Tok Mufti ko tu bro!!
sunsnake 15022010

Zambry gelabah adakan sambutan Tahun Baru Cina
Harakahdaily
IPOH, 15 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas dengan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini diamalkan dan nampak sangat ‘bodohnya’.

Katanya, sebelum ini, beliau ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan sambutan itu untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN tetapi tidak terfikirlah sampai ke tahap itu.

“Saya sangat terkejut dengan tindakan Zambry yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam, kononnya seperti yang dilaporkan oleh media mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di Perak,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Baginya, itulah sejarah baru dalam negara apabila seorang pemimpin Umno mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf menteri besar di Perak.

“Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari Raya Cina,” katanya.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menambah, sememangnya tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal apabila mengadakan hari terbuka bangsa lain.

“Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya,” katanya lagi.

Sebenarnya, kata beliau sewajarnya rumah terbuka Tahun Baru Cina hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina seperti yang akan dilakukan hari ini oleh Adun Cenderiang, Dr Mah Han Soon.

Beliau berkata, sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.

“Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin Umno selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh menteri besar di Perak, bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam,” ujarnya.


sumber - harakahdaily

Sama level ke Ketua Menteri Dengan Dewan Mamak Penang?



Adusss...
Pilih2 lah sikit.. kot ye pun nak tunjuk lagak!
Kot ye pun nak tunjuk terror..
Kot ye pun nak bodek Najib..

Jangan la sampai Ketua Menteri nak diajak berdebat!
Siap ugut siapa kalah letak jawatan lak tuh!
Apa jawatan yang ko ada??
Haaa?? YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang??
Apo bondo ehh tu?
Ada sama taraf dengan Kementerian Kewangan Malaysia ke?
Ke sama taraf dengan PERKASA katak Brahim??

hmm.. kalau mamak ni ajak Exco ada logik gak..
Ini CM of Penang.. Kalau LGE tolak dan letak exco je pun dah cukup...
sunsnake 15022010

Dewan Peniagaan Melayu cabar berdebat

PULAU PINANG 13 Feb. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng berdebat secara terbuka mengenai sistem pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat menindas orang Melayu dalam pelbagai aspek.

Yang Dipertuanya, Rizal Faris Mohideen berkata, beliau juga sedia melakukannya secara langsung menerusi televisyen supaya dapat ditonton di seluruh negara.

Selain itu, beliau juga sanggup meletakkan jawatannya jika gagal membuktikan kerajaan negeri mengabaikan nasib orang Melayu.

"Kalau saya gagal dalam debat ini, saya berani letak jawatan.

"Namun, kalau dia (Guan Eng) yang gagal, dia juga kena berani lepaskan jawatan Ketua Menteri," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Isu pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Guan Eng yang tidak prihatin terhadap nasib orang Melayu hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Antaranya tindakan merobohkan gerai peniaga Melayu dan terbaru pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Menurut Rizal Faris, Guan Eng kini semakin angkuh serta tidak mahu mendengar pandangan pihak lain.

Katanya, seluruh rakyat perlu tahu keadaan sebenar yang berlaku di Pulau Pinang dan membuat penilaian mengenainya.

sumber - melayau