Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, February 13, 2010

Gila skill budak nih!

Teman memang gila gitar sejak awal sekolah menengah lagi..
Sampai tahap tidur peluk gitar kapok beb!
Lepas SPM ada gak ikut kawan-kawan main band kat aktiviti mungkar 'joget lambak'..
Alhamdulillah.. lepas kahwin terus slow..
Gitar kapok kesayangan pun dah 'sedekah' kat anak jiran sebelah! aduhhh!

Tapi gila skill budak Korea nih!
Tabik springg!!!

sunsnake 14022010



Apa cerita ni pimpinan PAS??


Aduhh!!
Dah sama-sama kena hina dengan UMNO dalam kes MB Mahkamah pun tak serik-serik lagi!
Takkan tak sedor-sedor lagi Ustaz-Ustaz weii!!
Ini bukan masanya nak bertekak sesama sendiri...
Ini bukan masanya nak salahkan orang tu.. salahkan orang ni..
Khalid samad pun sengal! Hassan Ali pun sengal!
dua-dua dilanda kemaruk nak bercakap di Televisyen!
Dan dua-dua dah minta maaf..

Yang si Dollah Karim ni tiba-tiba nak jadi famous gak ni apsal??
Siap contact Malaysiakini beb!
Macam tak percaya pulak seorang yang berjawatan dalam Pemuda PAS Pusat dan Negeri..
Satu negeri pulak dengan Tuan Ibrahim... Leh pulak tak dapat contact?
Macam tak sabor-sabor nak contact Malaysiakini je?
Kalau nak seribu daya.. Tak sabor nak contact Malaysiakini seribu dalih syeikhh!!!

Ada lagi yang sibuk jadi Rambo dalam PAS..
Tak nak gerak berjemaah.. sibuk nak famouskan diri..
Chaitt!!
UMNO makin senang nak 'cirit'kan muka PAS bila dah jadi cenggini!
sunsnake 13022010

Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim

Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

artikel penuh

Confirm laa Dia akan pilih UMNO!



Aiseh! Dato' Zahid..
Takkan dia nak masuk PPP,
Takkan dia nak masuk KIMMA,
Mustahil dia leh masuk MCA,
apatah lagi MIC!
Gerakan mungkin boleh kot?
Cuma ada lagi ke Gerakan ni??

Apa pilihan yang dia ada?
Jangan la Dato' Zahid buat ayat macam tu..
Buat bergetar je jiwa dia..
Sejak 2-3 hari ni dah tegak segala bulu dibadannya nak joint UMNO balik nih!
Dato' Zahid ni buat-buat tak tahu pulak!

Offer jela terus/direct kat dia..
Kalau sudi katakan sudi Dato' Zahid..
Tidak dia ternanti-nanti..

hahahahaha!
sunsnake 13022010

Zahrain diajak sertai komponen BN

JOHOR BARU, Feb 13 — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim dialu-alukan untuk menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahrain merupakan bekas ketua Umno Bahagian Tanjong dan keluar parti itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada September 1998.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, menyambut baik keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru itu untuk meninggalkan PKR dan berharap beliau akan menyertai BN.

“Kita berharap beliau akan dapat tarik rakan-rakannya yang lain yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang untuk keluar daripada parti itu,” kata beliau dipetik Bernama.

Sekiranya tidak berniat untuk menyertai BN, Zahrain boleh menjadi Ahli Parlimen Bebas yang “mesra BN”, kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan selepas merasmikan penubuhan Koperasi Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor di Simpang Renggam, 71 kilometer dari sini hari ini.

Mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantik timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman sebagai pengerusi lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, beliau berkata pelantikan itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Pulau Pinang (MAIPP).

“Sesiapa yang bukan ahli Majlis Agama Pulau Pinang (Mansor) tidak ada hak untuk menjadi pengerusi pusat zakat itu dan hanya presiden majlis yang boleh menjadi pengerusi seperti kebiasaannya,” katanya. — Bernama

Seperti yang disangka pulak.. Harap-harap tidak!


Guan Eng: Saya rasa Zahrain geram kerana tidak dilulus tender

PULAU PINANG, Feb 13 — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keretakan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

“Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu.

“Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat ‘dua ringgit’ itu?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

“Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator,” katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan anggota lembaga pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Semalam, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis. — Bernama