Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, March 26, 2010

PRK Hulu Selangor (2)- Ranjau buat Pakatan Rakyat

Selaku penduduk tetap di kawasan ini, teman rasa layaklah bagi teman memberikan sedikit pendapat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman teman bergerak aktif dalam politik disini.

Parlimen Hulu Selangor ini jelas merupakan Kubu Kuat bagi UMNO Selangor. Kepimpinan Dato' Idris Abu Bakar yang menjadi Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor sekian lama tambahan pula beliau adalah ADUN Hulu Bernam yang senantiasa tidak pernah gagal menewaskan calon-calon PAS yang silih berganti bertanding di Dun tersebut.

Dun Hulu Bernam
Boleh dikatakan penguasaan UMNO terhadap DUN terkuat mereka Hulu Bernam ini adalah secara total dimana UMNO menguasai hampir kesemua Felda-felda disini seperti Felda Sg. Tengi, Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Gesir dan juga Felda Sg. Tengi Selatan.

Sememangnya pengundi Felda merupakan satu-satunya talian hayat UMNO yang ada di Semenanjung Malaysia ini dan oleh sebab itulah kita dapat melihat betapa besarnya perbezaan undi yang diterima UMNO diantara Johor dan Pulau Pinang!

UMNO boleh dikatakan gagal memasuki kawasan-kawasan yang bukan melayu seperti Kampung-kampung cina dan estet-estet dan mungkin untuk kali ini, gerak kerja mereka akan lebih tertumpu dikawasan-kawasan 'non-malay' ini.

Dun Batang Kali
Satu lagi Kubu Kuat UMNO di dalam Parlimen Hulu Selangor. Calon PKR saban kali pilihanraya seolah-olah pasti tewas disini! Terkenal dengan sejarah Muhammad Taib yang merupakan bekas pimpinan UMNO yang sangat 'lagenda'. Diwarisi oleh Zainal Sakom dan kemudiannya yang terkini Md Isa Kasim. Dun Batang Kali merangkumi sekitar Pekan Batang Kali,Bukit Beruntung, Bandar Baru Sg. Buaya dan Sg. Choh yang bersempadan dengan Dun Rawang.

Perasmian Karnival UMNO Juara Rakyat peringkat pusat di Bukit Beruntung Januari lepas jelas membuktikan kesungguhan UMNO mahu memastikan kemenangan mereka sekiranya berlaku PRK disini dan jelas ianya hampir tepat!

Dun Kuala Kubu Bharu
Disinilah terletaknya pusat pentadbiran bagi Hulu Selangor dan sekian lama dikuasai oleh MCA. DAP masih gagal merampas kerusi ini juga sekian lama! PRU 2008 akhirnya DAP berjaya menurunkan majoriti kepada hanya 448 majoriti sahaja. Berkemungkinan besar Penamaan Calon juga akan turut diadakan disini sesuai dengan statusnya sebagai pusat pentadbiran.

Kesimpulannya, ranjau yang sangat berduri sedang menanti Pakatan Rakyat di PRK Hulu Selangor ini. Kekuatan dan keampuhan UMNO-BN disini sangat jelas dan memerlukan suatu yang 'ajaib' bagi mengalahkan mereka. Pakatan Rakyat sewajibnya memilih calon yang benar-benar sesuai dan boleh diterima oleh penduduk kawasan ini. Bagaimanapun ianya gak sukar kerana perbezaan yang terlalu ketara diantara kehendak pengundi-pengundi Melayu di felda-felda dan juga kehendak pengundi-pengundi bukan melayu di pekan-pekan.

Suatu usaha yang sangat jitu dan berani sangat perlu dibentuk dan disediakan. Strategi dan plan yang sangat efisien dan tepat wajib direncanakan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat disamping usaha bersepadu daripada ketiga-tiga parti komponen. Tenaga kerja yang ramai dan keazaman yang sangat tinggi amat dituntut sekiranya mahu melihat 'keajaiban' ini menjadi realiti!

PRK Hulu Selangor (1)-Depa dah mula dahhhh!!!


Seperti yang teman bagitau awal-awal dulu..
UMNO pastinya/wajib akan mendesak MIC agar memberikan calon mereka bertanding..
Najib pastinya juga akan pening memikirkan antara UMNO & MIC.

Hulu Selangor merupakan antara kubu UMNO yang paling kuat di Selangor ni!
Itu adalah fakta yang tidak mampu di nafikan oleh MIC tetapi dalam masa yang sama mana mungkin MIC menidakkan juga kemampuan UMNO bagi memenangi PRK kali ini?

Secara ikhlas teman melihat UMNO lebih berkredibiliti untuk bertanding di kerusi Parliemen Hulu Selangor berbanding MIC tambahan pula MIC Hulu Selangor seolah-olah tiada langsung selepas PRU 2008.

Kekuatan UMNO jelas jika kita melihat kemenangan mereka di 2 kerusi DUN didalam Parlimen iaiatu Dun Hulu Bernam dan Dun Batang Kali. Di Hulu Bernam UMNO menewaskan PAS dengan majoriti yang agak besar dan di Batang Kali, PKR pula tewas dengan agak mudah!

Kememangan Allahyarham juga sangat-sangat tipis hanya 198 undi sangat jelas menunjukkan betapa BN merupakan dominan disini. Jika dilihat kemenangan G.Palanivel dalam PRU 2004, beliau memenangi majoriti 14,483 undi! Jelas kemenangan Allahyarham dan Pakatan Rakyat (diwaktu itu Barisan Alternatif) adalah dipengaruhi oleh 'undi protes' penyokong UMNO-BN sendiri!

Teman dapat melihat dengan jelas ranjau yang akan ditempuhi oleh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor kali ini!
sunsnake 26032010

Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
Mac 26, 10
11:24am
BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang. Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi. Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC. "Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.