
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.
Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta,
apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
(Menegakkan benang basah )“
Kome semua renung-renunglah balik alasan Bakal 'Menteri Besar' Kelantan di PRU 2008 nie..
Dianya bijak! tapi sebab soru punya pasal terpaksalah berlagak bodoh...
Sebab terpaksa.. terpaksa menyamar bangang..
alasan naik harga gula hari tu sebab nak halang penyeludupan kan?
kepala hotak kamulah!
sunsnake 27082010
SEBELUM
Naik Harga Elak Seludup - Awang Adek
Kenaikan harga gula beberapa hari lalu bertujuan melemahkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan yang semakin berleluasa kini.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kenaikan daripada RM1.65 kepada RM1.90 sen sekilogram akan menyukar dan mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan itu dan secara langsung menjimatkan wang subsidi yang dikeluarkan kerajaan.
“Dengan kenaikan harga ini ia akan mengakibatkan kos penyeludupan meningkat yang mungkin akan menyebabkan penyeludup berfikir dua kali untuk menjalankan kegiatan tersebut seterusnya memudahkan pengguna mendapatkan bahan keperluan harian itu di pasaran tempatan yang sebelum ini sukar diperolehi,” katanya pada majlis perjumpaan dengan anggota Pusat Giat Mara di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Giat Mara Sdn Bhd, Datuk Shahiruddin Abdul Moin dan Pengurus Giat Mara Kelantan, Ahmad Nadzri Yahya.
Menurutnya, kegiatan yang sukar dikawal sebelum ini berpunca perbezaan harganya terlalu tinggi iaitu RM1.65 di pasaran tempatan berbanding RM2.50 sen di negara jiran sehingga mendorong penyeludup menjalankan kegiatan itu untuk untung berlipat ganda. “Tiada maknanya kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk subsidi bagi menampung kenaikan bahan itu sekiranya sebilangan besar rakyat asing turut mendapat manfaat,” katanya.-Sinar Harian
SELEPAS
KPDNKK rampas 3,600 kilogram gula subsidi untuk dijual di negara jiran
2010/08/26
KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak hari ini merampas kira-kira 3,600 kilogram gula subsidi dalam sebuah kedai runcit di Biawak yang dipercayai disorok untuk dijual kepada pembeli dari negara jiran Indonesia.
Pengarahnya berkata, kedai runcit yang terletak di pekan kecil sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat dekat Lundu itu hanya layak menyimpan 285 kilogram gula pada satu-satu masa dan tidak boleh menyimpan gula lebih daripada jumlah itu. "Gula subsidi itu dibungkus menggunakan plastik lain dan dipercayai disimpan untuk pasaran di negara jiran kerana harga gula lebih mahal iaitu RM3.68 sekilogram berbanding hanya RM2.10 di Biawak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Berikutan rampasan berkenaan, seorang peruncit rakyat tempatan disoal siasat oleh pegawai KPDNKK untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penyimpanan gula itu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda RM100,000 ataupun tiga tahun penjara ataupun kedua-duanya sekali. -Bernama