Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 5, 2011

Apalah Yang Teruk Benor UMNO Kelantan neh?


Wakakakak!
Maafkan teman tergelak sebab sangat-sangat pelik dengan berita nie..
Seingat teman masa belajo dulu dan dok asrama dari form 1 sampai la SPM..
Pernah jugak kami bertakbir raya di surau asrama sebab hari raya ke-3 Aidiladha dah kena balik ke asrama..
Oklah.. Alhamdulillah.. kami yang duk sekolah pun tahu hari-hari yang Afdhal dan sunat bertakbir..

yang ni.. dah tua kutuk.. mengaku pejuang Islam Melayu Tulen ni apahal??
hahahha..
buat kena gelak dengan budak-budak Unit Amal je...

agak-agak la kalau nak tunjuk Islamic punnnn!!

Apa pun tak boleh UMNO nehh!

budakbalun 05092011

Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno

JELI, 4 Sept: Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan.

Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga empat hari termasuk hari-hari tasyrik.

Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga.

Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah.

“Saya pun hairan mengapa pula bertakbir raya pada 3 Syawal, sedangkan setahu saya takbir Hari Raya Aidilfitri hanya disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri.

“Namun lain pula yang berlaku di kediaman Datuk Mustapa apabila mereka bertakbir Hari Raya pada 3 Syawal. Sekali ingat hendak gelak juga,” katanya yang enggan dikenali.- Harakahdaily


UMNO Setuju Debat?? Wakakakakak!


Harap-harap kali ni jadi la yek?
Sebab dah selalu sangat puak-puak 'pejuang melayu' ni last minute batalkan debat..
Dah selalu sangat dah!!
Baik dari peringkat Pemuda Bahagian sampailah ke Pemuda Pusat!
Baik dari UMNO Bahagian sampailah ke UMNO Pusat!

Anwar ajak Najib.. level Presiden... pun Najib tak nak!
Alasan? Takut Anwar kalah debat! wakakaka!

Haaa.. ni yang kali ni tak tau apa pulak alasan KJ ni nak bagi nanti..
sama-sama la kita tunggu...

budakbalun 05092011

Mat Indera: Pemuda PAS jemput Khairy debat

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Pergerakan Pemuda Umno berhubung sejarah tragedi Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menghantar surat jemputan rasmi kepada pemuda Umno dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pergerakan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.-Harakahdaily


Apabila Pencacai UMNO Berhujah Utusan...


Teman selalunya senyum sinis bila membaca komen-komen juak-juak UMNO yang kebanyakkannya memberikan komen 100% berhujahkan apa yang disiar oleh Utusan,RTM dan TV3..
Lohh.. kalau begitu hujahnya..
Anak teman yang darjah 3 tu pun boleh maaaa!

Nak berhujah buka-buka la buku-buku sejarah dulu..
Atau malas pun.. bukak-bukaklah website sejarah ataupun yang berkaitan..
Ini kalau website hiburan..
cerita artis bercinta.. artis bertunang.. artis berkahwin... artis bercerai bukan main update!
Lepas tu dalam isu-isu sejarah pun juak-juak pencacai UMNO ni sibuk jugak nak bagi pendapat!

Adehhh!!
budakbalun 05092011

Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.-Harakahdaily

Menteri Mana Paling Kaya Di Malaysia?


hehehe..
senyum sensorang teman membaca berita ni..
Dan teman berangan kalaulah Kabinet Menteri Malaysia buat benda ni..
Macam mana agaknya muka depan akhbar-akhbar Malaysia..

Teringin pulak nak tau 'asset' Ketua Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Rosmah..
hehehehe

Kalau di India, Menteri Pertahanan paling 'miskin'..
Rasanya di Malaysia ni silap-silap Menteri Pertahanan la paling kaya!
wakakakaka!

budakbalun 05092011

PM India, 30 menteri kabinet isytihar harta

Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya semalam telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing.

Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).

Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).

Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan AK Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000). - malaysiakini