Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, April 24, 2010

PRK Hulu Selangor (110) 'Poster' pelik BN di Bukit Sentosa!

Projektor ditembak ke dinding flat.. pehhh.. loaded gilerrr!!
Dinding flat tu syeikh!! berapa tingkat tuh!



untunglahhhhhh

sunsnake 24042010

PRK Hulu Selangor (109) Sambutan Kaum Cina untuk pimpinan PR!





PRK Hulu Selangor (108) Zaid Ibrahim di sana-sini!



































PRK Hulu Selangor (107) UMNO sesat lagi menyesatkan!

Alhamdulillah.. 2-3 hari teman dah bertugas membantu jentera PRK Pemuda PAS Selangor & Pusat yang diamanahkan di UPU Kg Gesir. Markaz Besar kami di Gesir Tengah sering dikunjungi oleh pelbagai tokoh pimpinan PR mahupun bloggers!

Pelbagai program diisi bagi menyampaikan mesej PR. Bagi kami dakwah adalah keutamaan dalam setiap gerak kerja dan itulah juga yang menjadi intipati setiap aktiviti.

PAS Islam UMNO Toghut!

Teman masih ingat dihari pertama hadir di Markaz Besar Pemuda PAS ini, UMNO di Gesir ini yang diwakili oleh UMNO Perak sedang sibuk dengan aktiviti karaoke mereka. Sememangnya itu sahajalah aktiviti wajib mereka siang dan malam! Hinggakan diwaktu kami sedang menunaikan solat Isya' dan Solat Hajat serta Tazkirah pun, kedengaran jelas suara-suara tua ahli UMNO berkaraoke lagu-lagu 60-an. Sempat Ustaz muda kami menyindir "kalau suara original artis takpe jugak ini.. hampeh!".

Seperti contoh malam tadi (23/4/2010) bertempat di Dataran Gesir Tengah, Pemuda PAS Pusat menganjurkan Konsert Kesenian Islam yang mengandungi bacaan suci ayat AlQuran, nasyid, deklamasi sajak dan juga persembahan muzik oleh Kumpulan Pujangga dan Renggo Arrow. Namun dalam masa yang sama, UMNO yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Pasir Salak sibuk dengan aktiviti karaoke mereka sehinggakan suasana menjadi bingit! Oh! apakah nasib Melayu Islam di tangan UMNO ini...

"Mat Rempit BN"

Tidak sah sesuatu pilihanraya itu tanpa ikon BN iaitu 'Mat Rempit BN". Berpuluh-puluh orang anak-anak muda yang sebahagian besarnya adalah remaja masih bersekolah akan diupah bagi mengiringi pemimpin-pemimpin UMNO yang datang. Dikala lain, tugas mereka adalah membuat bising dan menjaja bendera dacing. Malangnya apabila tiba waktu solat, ketua-ketua pemuda BN gagal mengajak mereka ke masjid mahupun ke surau! Jelas kelihatan budak-budak ini menemani ketua pemuda UMNO Kampung melepak di kedai makan sehinggalah azan Isya'! Subhanallah!

Aktiviti 'Santai' Pemuda PAS

Di kem pemuda PAS lain pula fikrahnya, diwaktu lapang selalunya akan ada kumpulan-kumpulan usrah berbentuk santai memperbincangkan pelbagai isu semasa mahupun mengimbau sejarah kegemilangan Islam!

Didalam satu usrah yang penulis sertai, perbincangan berkenaan fikrah Perjuangan PAS di Malaysia dan pertaliannya dengan perjuangan Hassan Al-Banna pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir! Tajuk yang pada penulis sangat berat tetapi dengan kehadiran seorang Ustaz yang juga lepasan Al-Azhar ianya menjadi sangat menarik! Persoalan, jawapan dan perbezaan pendapat sangat-sangat diraikan oleh semua ahli usrah. Inilah barisan pelapis pimpinan PAS! Moga-moga pimpinan-pimpinan PAS sekarang ini berlapang dada dan tidak gusar dengan masa depan perjuangan Islam di Malaysia selepas ini.