Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 4, 2010

Hikayat kumpulan anjing merah busuk!

Ada seekor anjing merah.. perangainya busuk! Badannya kotor! Hatinya dengki!
Tapi malangnya, kini dia sudah tidak berketua!
dulu dia ada seekor anjing lagi iaitu ketuanya yang bukan sebangsa dengan dia..
Ketua Anjing dulu berbulu cerah..
Tapi dia sayangkan anjing-anjing yang busuk ni kerana anjing-anjing inilah yang sering membantu dia menakutkan koloni-koloni anjing lain..
Maklumlah.. anjing-anjing lain takut dengan anjing busuk nih!
Anjing busuk ini garang lagi sangat cengih!
Walaupun hakikatnya penakut nak mampus!
Anjing putih tadi pun telah turut busuk seperti anjing merah!

Anjing-anjing ini diberi makan dan minum tanpa banyak berusaha!
Anjing-anjing biasa jerih perih mencari makanan dan 2/3 daripada makanan tersebut
WAJIB diserahkan kepada Ketua iaitu anjing putih tadi dan pastinya akan dikongsi sedikit
dengan anjing-anjing merah yang busuk itu tadi!
Kehidupan kucing-kucing yang hidup dibawah pemerintahan anjing-anjing tadi sangat susah!

Kini dinasti Anjing tadi telah kalah! ketua anjing tu telah tiada..
Diganti oleh seekor kucing yang berbulu putih bersih bersama anak-anak buah kucing terbabit!
Antara yang duduk dibawah kuasa kucing putih itu tadi ada kucing biru muda dan kucing hijau!
Kucing putih ini sangat adil dan menyantuni semua kucing-kucing termasuk anjing-anjing merah dan putih tadi.

Apabila tiba masa membahagikan makanan, Ketua Kucing Putih tadi memberikan makanan dengan cara sangat adil .. Yang susah dan banyak anak diberi lebih agar cukup untuk keluarga besar, yang agak mewah dan berbadan besar, cukuplah untuk diri mereka dan sedikit untuk anak-anak mereka.

Namun kumpulan anjing-anjing merah busuk ini sering membuat kacau!
Kononnya Ketua Kucing merah tadi tidak adil!
Hakikatnya, mereka marah kerana jika dulu mereka pasti akan mendapat lebih daripada binatang lain! Tapi kini mereka dapat sama banyak!
Ada kucing-kucing yang dapat lebih tetapi mereka berusaha mencari makanan sendiri setelah cukup kuota untuk diserahkan kepada ketua.

Anjing-anjing merah busuk ini tak habis-habis menyatakan kononnya Kerajaan Kucing putih ini tidak adil, hanya perjuangkan kucing putih sahaja!kononnya Kucing Hijau dan kucing biru muda adalah pengkhianat dan talibarut si kucing putih tapi hakikatnya anjing-anjing merah busuk ini sangat-sangat terdesak kerana mereka tidak pandai mencari makan sendiri! Tiada lagi tempat bergantung! Hopeless!

Anjing-anjing merah busuk tadi membuat kacau! Membuat perarakan longkang! Membuat pembakaran membakar patung Ketua Kucing Putih dan mengadu-domba kucing-kucing lain terutama kucing biru muda yang kelihatan agak goyah! Kucing hijau terlalu istiqamah agaknya!

Nampaknya.. selagi mereka yakni Anjing merah busuk ini tidak dihapuskan secara total kumpulannya.. selagi itulah kawasan tersebut tidak aman.. semua kucing & anjing didalam kawasan tersebut sangat WAJIB menghalang keturunan anjing merah busuk dan barisannya mengekalkan kuasa kerana kawasan itu semakin 'nazak' disebabkan kerakusan dan kerasuah'an Barisan anjing itu tadi!

sunsnake 04052010

BN: Sistem tender terbuka Pulau Pinang tak telus
Mei 4, 10 4:33pm

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) hari ini mempertikai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pemberian beberapa tender yang didakwanya tidak telus.

Beliau mendakwa tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

"Bagi tender satu projek di Taman Perindustrian Batu Kawan, ada lima syarikat yang memohon tender itu.

"Tetapi syarikat yang berada pada kedudukan kelima yang dipanggil oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk rundingan," katanya ketika membahaskan usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown, hari ini.

berita penuh

Noh Omar sifatkan Tuan Guru Nik Aziz 'bodoh'!!!


Cakaplah.. apa yang kamu mahu cakap..
Buatlah.. apa yang kamu mahu buat.. duhai Noh Omar..

Selagi kamu masih mempunyai kuasa..
Selagi kamu masih lagi bergelar Menteri di Malaysia ini..
Selagi kamu masih bernyawa!

Besok-besok..
Kalau kamu dah dicampak keluar dari kabinet seperti Hamid Albar..
Kalau kamu dah dipecat dari UMNO seperti Anwar..
Kalau kamu dah ke dalam tanah seperti Megat Junid..
Sendiri mau ingatlahh!!

Golongan ulama' seperti Tuan Guru Nik Aziz kamu hinakan sehingga kamu gelar 'bodoh'??
Hmmmm..
Kamu akan bertanggungjawab penuh dengan apa yang lidah kamu ungkapkan itu..
Kamu akan bertanggungjawab penuh!
Tika mana lidah kamu itu akan dibisukan oleh Rabbuljalil..
Tika mana mulut kamu akan diikat seperti anjing gila!
Tika mana hanya tangan,kaki dan kulit kamu sahaja akan berkata benar..

Tika itu.. dimana kuasa menteri kamu?
dimana kuasa UMNO kamu?
dimana kuasa ego kamu?

Sama-sama kita tunggu..
sekiranya kamu menolak hidayah yang sampai ke jiwa sehingga akhir hayat!

Amin!
sunsnake 04052010

Noh Omar minta Nik Aziz ‘jangan bawa perangai Kelantan’


KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)

sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.

“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.

“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.

berita penuh

Elok juga kalau KPN bersara...


Kejadian kematian adik Aminulrasyid Amzah 14 tahun, adalah satu episod menyayat hati setiap jiwa rakyat Malaysia, hasil daripada kecuaian banyak pihak, kesan daripada bebasnya anak-anak untuk berkeliaran selepas 12 malam dan pelbagai lagi aspek maka jiwa muda itu menjadi korban!

Kekesalan akibat tindakan melulu pihak Polis amat-amat dirasai dan ditimbulkan oleh rakyat Malaysia seperti lebih 60 ribu ahli facebook menyertai 'fanpage keadilan untuk Adik Aminulrasyid" antara bukti sokongan orang ramai.

Yang menjadi bertambah kesalnya orang ramai adalah reaksi pertama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan apabila memberikan kenyataan yang agak mengarut iaitu kalau begitu, dia akan menarik semua pegawainya daripada menjalankan tugas menjaga keselamatan???

Adakah sikap 'cepat merajuk' ini adalah salah satu sikap yang wajib bagi seseorang yang bergelar Ketua Polis Negara? Mungkinkah sikap ini akan menyebabkan ketua-ketua Kongsi Gelap dan Sindiket jenayah antarabangsa ketawa sampai mengalirkan airmata dengan ke'touching'an Ketua Polis Negara Malaysia?

Terlalu banyak reputasi buruk dan memalukan sejak beliau mula dikenali sebagai pegawai Polis sebenarnya. Mungkin ada eloknya saranan YB Lim Kit Siang ini..


sunsnake 04052010

Kit Siang: IGP should resign

By Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, May 4 — Tan Sri Musa Hassan should resign as Inspector-General of Police (IGP) over the police shooting of 14-year-old Aminulrasyid Amzah, said Lim Kit Siang today.

Public anger has been mounting against the police since the killing of the Form Three student in a car chase one week ago in Shah Alam.

A Facebook fanpage demanding justice for Aminulrasyid has more than 60,000 fans expressing their anger against the police over the school-boy’s shooting.

“If you love the Royal Malaysian Police Force, then you have no other option but to resign immediately to protect the police from the consequences of your gross failure of police leadership as IGP,” said the DAP Parliamentary Leader in a statement today.

berita penuh

Bila Bayi dilahirkan....


Khas buat semua ibu-ibu.. Sempena Hari Ibu Ahad ini 9 mei 2010.

sunsnake 04052010




Malaikatmu.. ...tersentuh hati.....(bacalah. ..ambillah masa walaupun 1 minit)]


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Jawab Najib Jawab!

Nik Aziz: Najib ceroboh sempadan moral saya
Mei 4, 10 11:29am
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.

“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” katanya dalam blognya.

Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.

berita penuh

UMNO Pemusnah warisan Pusaka Agama,Bangsa dan Negara


Dahulunya wujud sebuah negara bagi bangsa Melayu yang begitu indah namanya iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari penjajah British menerusi parti UMNO. Dengan kuasa yang ada UMNO dengan tanpa memikirkan perasaan bangsanya telah mengubah dengan nama Malaysia setelah penggabungan Sabah dan Sarawak. Sedangkan beratus tahun penjajah datang ke tanah Melayu tidak terlintas untuk mereka mengubah nama persekutuan Tanah Melayu kepada nama yang lain.



Jelas bahawa UMNO telah membunuh nama negaranya sendiri dan sifatnya lebih rakus dari penjajah. Jika UMNO tidak melakukan semua itu mungkin hari ini terdapat dalam peta dunia akan tertera nama sebuah negara yang bergelar Persekutuan Tanah Melayu. Pertukaran nama sesebuah negara adalah tidak begitu penting. Apa yang lebih penting adalah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang telus lagi adil serta mengutamakan permasalahan rakyat bawahan yang berbilang kaum dan agama. Kita tidak perlu menyalahkan kaum lain dalam hal ini kerana tiada sebarang tuntutan dalam hal tersebut. Setiap nama negara dalam dunia ini adalah mewakili setiap nama bangsa. Tetapi apakah nama negara bagi bangsa Melayu. Setiap bangsa di dalam dunia ini begitu bangga dengan nama negara mereka tetapi tidak bagi bangsa Melayu. Bangsa Melayu hanya mampu mengenang bahawa dahulu kala terdapat dua era kegemilangan Melayu iaitu Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Penghapusan nama Tanah Melayu jika dikenang-kenang amat menyakitkan. UMNO telah gagal memelihara serta mempertahankan segala peninggalan warisan pusaka nenek moyang bangsa Melayu malah telah menjadi pemusnah kepada identiti ketamadunan bangsa Melayu.

Dahulunya Tanah Melayu mempunyai sebuah negeri atau wilayah yang bernama Temasik (Singapura). Negeri tersebut juga adalah di bawah jajahan kesultanan Melayu Johor tetapi kerajaan yang diketuai UMNO telah mengeluarkannya dari peta Tanah Melayu atas alasan permasalahan politik. Sedangkan Temasik(Singapura) mempunyai salah silah pemerintahan raja-raja Melayu. Ia adalah hak mutlak milik tanah Melayu. Pihak Jepun dan Bristish berhempas pulas berperang untuk menguasai Singapura kerana mereka tahu akan potensi Singapura dengan kedudukkan yang begitu strategi sebagai pelabuhan terbesar. Namun UMNO dengan mudah menendang tanah pusaka bangsa Melayu itu kepada bangsa lain. Namun Singapura kini lebih maju dari Malaysia. Jika ke Singapura tanyalah orang Melayu jati Singapura apakah perasan mereka terhadap UMNO. Anda akan dapat jawapannya. Kebanyakkan peperangan yang berlaku dalam dunia ini adalah berpunca kerana perebutan wilayah atau mempertahankan wilayah negara tetapi di Malaysia wilayah mutlak milik negara mudah diberikan begitu sahaja ke pihak asing. Imbas kembali bagaimana terjatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan Singapura disebabkan kesilapan dan kelemahan pihak kerajaan Malaysia sendiri. Mungkin selepas ini Wilayah Iskandar Malaysia pula.

Dari segi agama pula,dahulunya hari Jumaat adalah disitiharkan sebagai hari cuti umum bagi seluruh Malaysia. Seluruh umat Islam dapat beramai-ramai pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang fardu Jumaat. Bagi umat Islam di seluruh dunia hari Jumaat itu adalah hari kebesaran bagi umat Islam iaitu penghulu bagi segala hari. Fadilat fardhu Jumaat itu begitu besar manfaatnya. Dengan kuasa serta dasar sekular yang ada pada UMNO dengan rakusnya mengubah hari kebesaran umat Islam (Jumaat) itu sebagai hari bekerja. Bagi umat Islam yang bekerja di sektor swasta tidak semua mereka dibenarkan untuk menunaikan sembahyang fardhu Jumaat kerana terikat dengan undang-undang syarikat kerana kerajaan telah menetapkan bahawa hari Jumaat adalah hari bekerja. Bayangkan beribu umat Islam khasnya orang Melayu tidak dapat menunaikan sembahyang Jumaat kerana terpaksa bekerja. UMNO perlu menanggung dosa besar mereka ini selagi hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari bekerja. Jelas bahawa UMNO sendiri yang tidak mendaulatkan serta martabat Islam sebagai agama Allah dan juga agama persekutuan bagi Malaysia. Segala nilai-nilai Islam telah diketepikan oleh UMNO. Selain itu juga UMNO bertanggungjawab dalam penghapusan tulisan jawi sebagai tulisan asas bagi umat Islam. Kini anak-anak muda Melayu majoritinya jahil dalam penggunaan dan pembacaan jawi kerana lebih mengutamakan tulisan rumi. Akibat dan akhirnya tulisan Jawi terus terpencil dan dianak tirikan oleh Umat Islam di Malaysia.

Dari segi bahasa pula adalah jelas di dalam perlembagaan negara Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Melayu itu diangkat sebagai bahasa rasmi iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantara dan juga dianggap sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu,Cina,India,Singh dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana bahasa Melayu difahami dan diterima oleh semua kaum di Malaysia. Tetapi UMNO sebuah parti Melayu telah merendahkan martabat bahasa Melayu itu apabila menjadikan bahasa Inggeris(bahasa penjajah) diutamakan dalam subjek mata pelajaran Matematik dan Sains. Alasannya untuk memajukan mutu pendidikan bangsa Melayu terutamanya dalam bidang Sains dan Matematik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apakah cacat-celanya menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains.


Di negara seperti Korea,Italy,Perancis,Jepun dan negara-negara yang mempunyai bahasa Ibunda mereka sendiri jelas mereka begitu bangga dengan bahasa Ibunda mereka sendiri tanpa mengutamakan bahasa Inggeris. Negara-negara tersebut sebaliknya terus membangun serta maju dari segi ekonomi dan bidang teknologi dari acuan mereka sendiri. Apa yang penting adalah perubahan sikap sesebuah bangsa itu kearah yang lebih positif terhadap kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan. Ia bukannya berasaskan kepada persoalan bahasa. Apa yang dilakukan oleh UMNO dalam isu bahasa Inggeris adalah meneruskan dasar dan legasi yang ditinggalkan oleh sang penjajah. Bagaimanakah hendak melahirkan sebuah Bangsa Malaysia yang harmoni jika martabat bahasa Ibundanya direndah serta dianaktirikan. Bagaimanakah UMNO boleh dikatakan parti perjuangkan kepentingan bangsa Melayu jika mereka sendiri mengetepikan ketinggian bahasa Melayu.

Dahulu Malaysia dikenali sebagai negara yang berasaskan bidang pertanian. Orang-orang Melayu dahulunya terkenal bangsa yang mahir dalam bercucuk tanam. Bangsa Melayu menjana ekonomi mereka melalui dengan cara bercucuk tanam. Tanpa memikirkan masa depan ekonomi bangsa Melayu UMNO telah mengubah kepada dasar ekonomi negara perindustrian maka dengan rakusnya tanah-tanah rizab milik bumiputera telah dijual dan diteroka secara bebas dan rakus bagi membuka kawasan-kawasan peridustrian. Dasar perindustrian yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir di awal pentadbirannya telah memberi kesan buruk kepada sektor pertanian yang majoritinya diusahakan oleh orang Melayu. Kesannya pencemaran alam yang tidak terkawal dan hasil sumber asli negara telah musnah dek tauke-tauke yang mementingkan diri sendiri.Bahan-bahan kumbahan yang mengandungi kimia telah mencemarkan sungai-sungai seterusnya menghancurkan keindahan alam flora. Selain itu juga anak-anak muda Melayu yang dahulunya menetap di kampung bercucuk tanam kini ghairah berhijrah ke bandar. Akibatnya tiada anak muda yang mahu tinggal di kampung seterusnya tanah-tanah orang Melayu di kampung terbiar seterusnya akan tergadai. UMNO gagal memahami kepandaian dan kemahiran yang ada pada bangsa Melayu dalam bidang pertanian. UMNO hanya mengutamakan projek-projek mega yang langsung tidak menguntungkan orang Melayu bawahan.

Kepada Bangsa Melayu kenang-kenangkanlah apa yang telah UMNO lakukan terhadap Agama,Bangsa dan negaranya sendiri selama lebih 50 tahun. Ternyata semuanya telah gagal dan hambar. Bangsa Melayu akan terus kebelakang dan semakin terpencil akibat perhitungan yang salah oleh UMNO. Sebenarnya UMNO telah gagal dalam memperjuangkan nasib bangsanya sejak sebelum merdeka lagi. Pembentukan negara dan bangsa Malaysia dari acuan UMNO telah menuju kegagalan. Masalah dan isu orang Melayu tidak pernah selesai dan akan dilaungkan setiap kali perhimpunan Agong UMNO diadakan. Ia hanya diulang-ulang bahawa UMNO sahaja parti yang mampu membela nasib dan masa depan orang Melayu. Kepada UMNO siapakan yang paling ramai miskin di Malaysia, Siapakah penganggur yang teramai, siapakah yang paling ramai terlibat dengan masalah gejala sosial dan siapakah yang paling ramai terlibat dengan gejala dadah? Apakah yang UMNo lakuakan sepanjang 51 tahun berkuasa? Adakah 51 tahun masa yang tidak cukup untuk memperbaiki kedudukan bangsa Melayu? Dalam memperjuangankan masa depan bangsa Melayu dan Islam sememangnya UMNO sudah tidak relevan lagi. Peluang telah diberikan selama lebih setengah abad malangnya UMNO hanya bertindak sebagai pembunuh terhadap perkara-perkara yang utama yang melibatkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu.


Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pada hari ini adalah pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi dan bermasalah. Yang menjadi semakin kaya adalah pemimpin UMNO dan bukan ahli UMNO bawahan serta orang Melayu. Individu yang bermatian mempertahankan UMNO adalah yang paling banyak dapat habuan dan projek dari UMNO kerana menyokong pihak tertentu. Orang Melayu wajib menolak UMNO jika parti itu benar sudah menyelewang dari perjuangan terhadap Agama Islam dan bangsa Melayu. Setelah dilanda tsunami politik pada PRU-12 lepas kini UMNO mendabik dada bangkit sebagai pembela bangsa dan agama malangnya semua sudah terlambat. Semasa diambang kuasa UMNO lupa diri dan bertindak penindas terhadap orang Melayu yang menentanya. Kini isu sensiviti kaum yang boleh menimbulkan unsur-unsur perkauman dibangkitkan oleh UMNO bagi menakut-nakutkan bangsa Melayu supaya terus menyokong UMNO. Demi mengekalkan kuasa UMNO sanggup melakukan apa sahaja. Kini semangat perkauman dihangatkan oleh UMNO bagi melaga-lagakan pakatan parti pembangkang PAS,PKR dan DAP. Di dalam UMNO sudah tiada pejuang dan nasionalisme Melayu yang tulen dalam mengangkat martabat Islam dan Bangsa Melayu. Parti UMNO telah dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan dan bermasalahan. Nasionalisme Melayu seperti Dato Onn,Dr Burhanuddin Al Helmy,Ahmad Boestamam,Ibrahim Yakob,Ishak Haji Muhammad dan ramai lagi pejuang yang menentang dasar UMNO telah terlepas dari disalahkan oleh cucu-cicit atas kegagalan memperjuangkan nasib bangsa Melayu pada hari ini. Orang Melayu tidak perlu menyalahkan bangsa lain sebaliknya ia adalah akibat kesilapan UMNO. UMNOlah parti perlu dipertanggungjawab atas segala kegagalan ini. Selama ini UMNO telah menggunakan kuasa yang mereka perolehi sebagai kuasa pemusnah terhadap institusi-intitusi Agama,Bangsa dan Negara.


oleh - anak_muar@TKO