Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 19, 2010

Bila Dedalu kian membesar!



KETERBUKAAN PAS JANGAN DISALAH ERTI DAN DIKHIANATI.

_________________

Pas telah membuktikan ruh dan jiwanya adalah ruh dan jiwa Islam. Jelas Islam bukan hanya tercatat sebagai perlembagaan Pas dan cita-cita perjuangan Pas. Pas bertahan dengan prinsip islamnya walaupun terpaksa menghadapi kekalahan dalam banyak siri pilihanraya sebelum ini. Pas bukan tidak berselera untuk menang dan memegang tanpuk kuasa dalam negara ini, tapi bagi Pas apalah ertinya kuasa jika Islam tidak dapat didaulatkan.

Politik hanya satu juzuk daripada tuntutan perjuangan yang ada dalam kerangka perjuangan Pas. Perinsip ini terus menjiwai perjalanan Pas melangkah berbagai era. Hatta dalam era "Informasi" yang dibanggakan ini pun Pas masih dengan perinsipnya. Era 80an menyaksikan Pas kembali berada di bawah kepimpinan Ulama. Dewan Pemuda ketika itu telah memberikan sumbangan yang cukup besar. Atas desakan mereka melalui muktamar pemuda, telah membentuk satu perubahan besar landskap perjuangan Pas. Masyarakat umum mula menyaksikan sayap perjuangan Pas mula menyentuh soal-soal Gerakan dan penghayatan Islam yang syumul. Tidak lagi hanya berkisar kepada soal-soal politik semata-mata. Ceramah-ceramah Pimpinan Pas yang menekankan aspek Akidah telah meniupkan kesedaran kepada masyarakat umum bahawa Pas benar-benar serius dan bersungguh-sungguh mengembalikan ummah kepada dasar-dasar Islam yang menyeluruh.

Dimana-mana kuliah ulama-ulama Pas dipenuhi hadirin. Peristiwa Memali dan cengkaman ISA tidak berjaya melemahkan semangat ahli-ahli Pas, bahkan mereka semakin yakin dengan perjuangan yang dipandu oleh Pas. Tindakan jahat kerajaan Umno semakin menampilkan wajah "Thoghut" mereka pada mata ahli Pas dan Masyarakat umum. Pas terus menapak. Kesenian pimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor diadun dengan Pidato bersemangat Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Kelembutan sentuhan kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz serta Kebernasan Pidato Abang Mad ( Mohd Sabu) telah menarik ramai orang untuk mengenali dan seterusnya menyertai Pas. Seiring dengan itu, gerakan-gerakan pelajar mula tumbuh dimana-mana dengan semangat "perjuangan Islam".

Disamping menghadapi kejahatan BN khususnya UMNO, Pas juga terpaksa bertarung dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Ada antara mereka secara terang-terangan menzahirkan mereka Pro Umno dan ada yang menamakan mereka jamaah Islam tetapi bertindak menyerang Pas. Pas dianggap tidak syumul dalam perjuangannya. Pas bergerak secara tidak sistematik, Pas masih tradisional dan tidak mampu menjuari zaman. Pas tidak syarie,kerana mengambil pendekatan Demokrasi. Sedikit sebanyak suara-suara itu menganggu perjalanan Pas, khususnya pelajar-pelajar yang mula berjinak-jinak dengan Pas di Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Hingga berlaku rebut merebut ahli Usrah. Penampilan "elit" jamaah tersebut berjaya mencuri anak-anak usrah Pas yang seketika terlupa erti "berjamaah dan wala".

Dengan kehendak Allah..Pas berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihanraya 1990. Sejak itu Pas terpaksa memperluaskan tingkapnya ( bukan hanya pintu dibuka) kerana menyambut "tetamu" yang datang dari segenap lapisan masyarakat. Parti yang dahulunya dilihat kolot dan tradisional mula dipuji dan didampingi. Benarlah kata seorang ulama; "tawanlah kerusi nescaya engkau akan lebih berjaya menawan hati". Alhamdulillah..akhirnya mereka-mereka yang sebelum itu agak geligeleman untuk berdampingan dengan Pas, kerana dilihatnya Pas hanya parti pak-pak lebai yang tidak punya wawasan,akhirnya dapat makan setalam. Kumpulan elit yang gagal membentuk "jamaah Islam elit" akhirnya terpaksa bertenggek di dahan Pas. Ramai antara mereka yang telah insaf bahawa jamaah Islam mestilah syumul sebagaimana Islam itu sendiri adalah agama yang syumul.

Namun malangnya..ada antara mereka masih tidak senang berketuakan sesetengah pimpinan Pas. Lalu dibentuknya Komuniti sendiri diatas "dahan Pas". Sesekali dilihat dari jauh mereka seperti sebahagian dari dedaun yang merimbun diatas pohon Pas. Namun bila diamat-amati rimbunan itu rupanya DEDALU yang sedang bertenggek dicelah dahan. Mereka ada ketua sendiri yang lebih mereka wala'. Mereka ada mesyuarat sendiri yang lebih mereka taati. Mereka ada wawasan sendiri yang sesekali dilontar dan jelas bertentangan dengan wawasan Pas. Justeru itu mereka tidak hairan dengan pimpinan Pas. Justeru itu tiada lagi adab dan hormat kepada pimpinan Pas. Kini rimbunan Dedalu itu semakin membesar. Benih-benih kecil mula bertenggek disetiap dahan. Percaturan disusun dengan rapi ...Tahniah kepada yang ikhlas bersama dengan Pas dan Awaslah kepada yang berniat khianat. Keterbukaan Pas bukan untuk dikhianati.Waspadalah sentiasa agar jamaah ini terpelihara daripada pengkhianatan.


KETERBUKAAN PAS JANGAN DISALAH ERTI DAN DIKHIANATI

sumber - Ustaz Mokhtar

Hanya di Ceramah Pakatan Rakyat!




Duk bersila wa cakap lu... hehehehe
sunsnake 19022010

p/s:Ceramah Pakatan Rakyat di Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang 18Februari 2010

Lagi Bukti Wanita UMNO Sesat!







Usaha wanita Umno Johor – usaha yang diasaskan kepada kebodohan!

Inilah kekeliruan dan kebodohan Wanita Umno Johor yang merasakan seolah-olah usaha mereka untuk membantu golongan wanita terlanjur ini dapat menyelesaikan masalah pembuangan bayi yang berlaku.
Mereka merasakan usaha mereka itu adalah sesuatu yang tepat, betul dan baik,
namun hakikatnya, sedar mahupun tidak, ia merupakan tindakan yang akan melangsungkan dan memperpanjangkan lagi tempoh hayat sistem kufur Kapitalisme yang sudah lama berakar umbi di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.
Dalam erti kata lain, tindakan dan langkah di atas adalah tindakan bunuh diri sebenarnya.
Sedar ataupun tidak ia merupakan sumbangan yang akan memberikan peluang dan ruang kepada para pelaku maksiat untuk terus berani dan tanpa rasa berdosa terus melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ini adalah kerana bagi para pelaku maksiat ini sudah ada ‘talian hayat’ yang boleh membantu
mereka untuk menutup dosa dan kemaksiatan yang mereka lakukan.

Wahai para pendokong UMNO! Sedarlah bahawa sesuatu tindakan yang ingin kita lakukan itu mestilah bersandarkan kepada hukum syarak bukannya menggunakan hawa nafsu semata-mata.
Ketahuilah bahawa tindakan yang cuba dilakukan oleh Wanita UMNO Johor itu hanyalah untuk mengubati simptom dan bukannya menyelesaikan punca masalah.
Apa yang mereka lakukan ini selama-lamanya tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak mustahil Johor khususnya dan Malaysia amnya nanti akan dipenuhi dengan anak-anak luar nikah!
Bukankah ini suatu usaha bunuh diri namanya?
Bukankah ini suatu tindakan bodoh namanya?
Apa yang seharusnya dilakukan oleh Wanita UMNO Johor khususnya dan pemerintah yang berkuasa amnya adalah kembali kepada Islam dan menerapkan hukum Allah secara syumul dalam menangani permasalahan sosial yang sudah begitu teruk hari ini.
Islam pasti akan dapat menyelesaikan masalah ini dan menebarkan rahmat ke seluruh alam.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107].

Wahai umat Islam! Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah SWT ini?

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,
maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Thaahaa (20) : 124].

Wahai Wanita UMNO Johor!
Janganlah terus membelenggu diri kamu dalam kebodohan dan terus menerus melakukan tindakan bodoh mengenepikan solusi Islam yang siap tersedia.
Jangan kamu terus hinakan diri kamu dengan melupakan solusi syarak dan menjadikan hawa nafsu sebagai penyelesaian.

copy by sunsnake from Tranungkite Online

Wanita Umno Johor Sedia Hulur Bantuan Kepada Wanita Terlanjur

JOHOR BARU: Wanita Umno Johor memandang serius insiden pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang sudah terlanjur, kata ketuanya Senator Sharifah Azizah Syed Zain. Menurut beliau, pergerakan itu meminta mereka yang sudah terlanjur itu supaya tidak mengambil jalan singkat dengan melakukan pembuangan bayi, sebaliknya menghubungi Wanita Umno Johor bagi bantuan. "Mereka jangan takut-takut untuk menghubungi Wanita Umno Johor bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi," katanya kepada Bernama hari ini. Katanya, Wanita Umno Johor dan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk menempatkan ibu serta bayi bagi menghindari mereka daripada terjebak di dalam kegiatan pembuangan bayi.

Sharifah berkata demikian sebagai mengulas kegiatan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini termasuk kejadian penemuan mayat bayi lelaki yang sudah terbakar di sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan dua hari lepas. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam membayangkan kemungkinan untuk menwujudkan rangkaian kerjasama pelbagai pihak untuk menangani masalah tersebut. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan bagi mengelak pembuangan bayi. Sharifah Azizah berkata, "Skuad Sayang" Umno Johor bekerjasama dengan JKM negeri itu di dalam usahanya untuk mengesan golongan wanita yang berpendapatan rendah untuk dihulurkan bantuan. "Kita telah pun memulakan usaha tersebut dengan bantuan JKM dan setakat ini respons adalah amat menggalakkan. Tujuan program itu adalah untuk meluaskan rangkaian bantuan terhadap golongan wanita yang memerlukannya," katanya. Menurut beliau, di bawah program "Jalinan Rakyat" Wanita Umno Johor pula, mereka akan turun padang dan membantu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di negeri ini. - BERNAMA

Sumber : mStar Online, 15/02/2010

RM2 juta untuk Pemuda UMNO? Pemuda PAS ada RM2...

Jam dah pukul 1.00 pagi..
Teman masih dok menung depan PC mengadap media utama..Internet!
Tiba-tiba handset berbunyi..
"Salam Syeikh! Macam mana dengan prepare untuk aktiviti Servis Motor Percuma tu? ok?"
Lunak suara Naib Ketua Pemuda di dalam talian memberi soalan.
"Alhamdulillah.. InsyaAllah ana sedang usahakan..
cuma minyak hitam agak mahal la syeikh! Ana boleh dapat dalam RM8 sebotol..
itupun yang paling murah dan kualiti.."
"Memang la nak murah tapi kualiti kena jaga jugak syeikh!
Ini untuk bantu orang-orang Felda sana.. Ramai yang susah tu!" tegas NKP lagi..
"InsyaAllah Syeikh, ana bawak sekali member ana yang keje pomen,
boleh la dia bagi advise skitttt"..

"Sarapan pagi bersama Rakyat macam mana? cukup ke budget?"
"RM3 untuk satu kepala.. InsyaAllah cukup kot?
tapi makcik warung tu kata dia akan cover la mana yang kurang..
makna dia buat lebih la skit Nasi Lemak tu kot.."
"Alhamdulillah.. ana akan usahakan dana daripada sumber lain.. InsyaAllah"
perlahan je NKP menamatkan perbualan...

Allahuakbar! Dalam melaksanakan aktiviti mendekati masyarakat dan mendengar keluhan sesak mereka..
Inilah halangan utama.. Dana@duit!
Rasa-rasanya.. mahu saja diberikan segala duit yang ada didalam poket dan didalam bank!
tetapi mengenangkan pelbagai bil dan yuran sekolah anak-anak yang WAJIB diselesaikan..
Terhalang segala kehendak tadi..
Dan aduhh!! Ada RM2 je dalam wallet? Nak infa' duit cemane?
senyum dalam hati...

Aktiviti yang dirancang sangat banyak..
Setiap minggu sekurang-kurangnya sekali turun ke tempat-tempat didalam kawasan yang semestinya memerlukan bantuan.. inilah realiti melayu Felda-felda di Selangor..
52 tahun Selangor ini dibawah pemerintahan UMNO.. Selama itu jugaklah segala-gala hak dan kebajikan untuk rakyat diberikan secara terpilih-pilih!
Terutama di Felda-felda, jika kuat PAS peneroka itu.. maka terbatallah segala kelayakannya sebagai rakyat Malaysia di mata pemimpin-pemimpin UMNO!

Tapi bila PR menjadi Kerajaan di Selangor, UMNO totok tadi pun dapat bekalan air percuma! Tawas pun layak! Takaful pun layak?? Kalau ada ahli keluarga meninggal, dapat jugak bantuan wang tunai 'on the spot' ! Tak kira pulak parti mana?
Tapi hakikatnya, masih ramai ahli UMNO Selangor yang masih buta hati!
Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka..

Sedang mengelamun di depan PC mengenangkan budget aktiviti masyarakat yang 'tak berapa nak cukup' ni.. terbaca artikel dibawah!
'Subhanallah!! Banyaknya peruntukan?
Dari mana datang duit tu?
dan kemana agaknya akan dihalakan??"

Patut lain macam je sengih si KJ tu.. Siap berkawad lagi iring Najib!

Untungnya dunia Pemuda UMNO..
Dunia sajelah.. Akhirat Wallahua'lam..

sunsnake 19022010

Umno Youth gets RM2m but no Cabinet post

Datuk Seri Najib Razak (right) at yesterday’s meeting but he was non-committal about giving their chief Khairy Jamaluddin a Cabinet post. – Bernama pic
























By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Feb 18 — The Umno Youth went away with RM2 million to fund its programmes from Datuk Seri Najib Razak at yesterday’s meeting but he was non-committal about giving their chief Khairy Jamaluddin a Cabinet post.

Some Umno Youth executive councillors were disturbed with the Cabinet post request made to the party president. The Umno Youth only has its deputy Datuk Razali Ibrahim as the deputy youth and sports minister.

“Not everyone was given a chance to speak, but that’s alright, because there were too many of us, but that one issue which was brought up by an exco member was totally inappropriate,” an Umno Youth exco member said on condition of anonymity.

“Nobody should question the Prime Minister’s power to appoint the minister, he is free to appoint whoever he likes,” he added.

The Malaysian Insider understands that a member of the Umno Youth exco who asked Najib to award the wing with a ministerial position argued that the appointment would prove the administration’s good relationship with Khairy.

Questions on why Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, who lost her Lembah Pantai parliamentary seat in Election 2008, was made minister after she won the Wanita Umno chief post last year, was also raised.

“The PM talked about the suitability of Cabinet appointment and he gave the direction for Umno Youth to take and he also asked to close ranks,” he said.

Another Umno Youth exco member confirmed the request for ministerial post was made adding that the RM2 million allocation was for programmes such as the “Jelajah Pemuda 1 Malaysia” announced by Khairy yesterday.

Khairy, who is the son-in-law of former prime minister and Umno president Tun Abdullah Ahmad Badawi, is the first Umno Youth chief in many years not to get a Cabinet post. The only other one in recent history is Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi in 1993.

While Razali was made deputy minister, defeated Umno Youth chief contender Datuk Mukhriz Mahathir was appointed deputy minister of international trade and industry.

The meeting between the Umno Youth exco with Najib yesterday was described as normal “courtesy visit” by Khairy and he also dismissed the suggestion that the meeting was an attempt to resolve a leadership crisis insisting that the wing is not in any crisis.

The visit took place just about two weeks after a heated Umno Youth meeting where an exco member, Hishamuddin Yahya, was said to have asked Khairy to quit for being ineffective.

Hishamuddin had also called for fresh election to choose a more effective line-up of Youth leaders.

The Putrajaya Umno Youth deputy chief declined to comment when asked about what transpired at yesterday’s meeting.

Mekanisma PKR? Baguslah...


Bukan lah nak menyibuk perihal rumahtangga orang..
Tapi dek dah bersetuju nak duduk serumah bilik lain-lain nie..
Nak tak nak kena tegur gak laaa..

Minta 'Mekanisma' yang disebut tu biarlah benar-benar berkesan dan menghormati penghuni rumah yang lain..
Kalau dah disatu-satu kerusi tu baik Dun mahupun Parlimen, takde calon yang sangat3x layak..
Apakata dengan rela hati dan terbuka.. bagi je peluang pada rakan-rakan Parti yang lain..
Janganlah sampai terpaksa pilih jugak calon-calon yang hampas macam sebelum ni..

Buat kerja sama-sama.. Kempen sama-sama..
Dengan niat yang satu iaitu menyelamatkan Malaysia daripada kebinatangan UMNO-BN..
So, harap selepas ini PKR lebih memahami erti 'Tahaluf Siyasi' dan kebijaksanaan politik..

Apa yang penting???... Kerjasama lahh!!
sunsnake 19022010

PKR Ada Mekanisme Konkrit Tapis Calon PRU 13

Fansurina Abdullah

Dalam melahirkan seramai mungkin calon berwibawa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mempunyai mekanisme khas bagi memilih calon parti berkenaan, pada pilihan raya umum akan datang.

Mekanisme itu sudah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat sebaik sahaja berakhirnya pilihan raya umum ke-12 dalam usaha mengetengahkan lebih ramai calon berpotensi pada masa depan.

Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh berkata, mekanisme itu dilaksanakan melalui dua program latihan khusus kepada ahli dan pemimpin yang berpotensi menjadi calon.

Katanya, kedua-dua program itu dijangka dapat meningkat kefahaman mereka mengenai dasar perjuangan dan menyemai disiplin tinggi dan kesungguhan membela rakyat.

"Kita sudah memulakan usaha ini sejak 2008 lagi. Memang ada kekelemahan calon sebelum ini tapi melalui penubuhan ARK, ia akan banyak membantu," katanya kepada TV Selangor.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa sesetengah calon PKR yang menang tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Kuantan itu percaya pengakuan Anwar sebagai ikhlas dan ia bakal melonjak keupayaan dan pencapaian parti pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga langsung tidak risau sokongan rakyat terhadap PKR berkurangan berikutan pengakuan itu, sebaliknya menimbulkan kekaguman mereka terhadap keberanian Anwar dalam mendepani setiap masalah.

sumber - Suara Keadilan

Negara lain pun nak 'hilangkan' enjin gak ke??


Didalam 'Toyota Production System" atau TPS ada satu istilah yang bernama 'Yokoten".
sapa2 keje kilang Jepun wajib tahu benda ni..

The idea is kita tiru apa yang baik kat tempat lain dan praktikkan kat tempat kita..
Contoh kalau staff Perodua dibawa melawat kilang Toyota di Jepun..
Apa yang staff tu tengok menarik dan mampu dibuat ditiru daripada Kilang Toyota Jepun itu..
akan dibuat lak di Kilang Perodua di Malaysia..
"tiru' la senang cerita...

So. berbalik kepada isu dibawah..
Apa yang Negara2 Asena nak 'yokoten' kat Malaysia ni??
Setakat nak 'Yokoten' kawad la kot??
Nak tiru Menteri Pertahanan yang ada sekarang ni?
Tiru belasah orang boleh laaa..
Nak tiru Menteri Pertahanan sebelum ni??
Lagi teruk!! Siap letupkan orang lagikkk!!

sunsnake 19022010

Malaysia sedia jalin kerjasama pertahanan

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Malaysia bersedia menjalinkan kerjasama secara formal dengan semua negara ASEAN dalam bidang ketenteraan khususnya dari segi latihan dan industri pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sesi perbincangan mengenainya akan diadakan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan di Vietnam, Mei ini.

"Secara peribadi saya optimis semua negara ASEAN bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan ia bakal memberi manfaat kepada negara anggota, lebih-lebih lagi dalam aspek menjaga keselamatan serantau.

"Buat masa ini hanya dua negara ASEAN yang menjalinkan kerjasama secara formal dengan Malaysia iaitu Indonesia dan Thailand dan hasilnya amat positif sekali,'' katanya lagi.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prof. Dr. Ir. Purnomo Yusgiantoro dan Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Djoko Santoso di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Azizan Ariffin.

Menyentuh kerjasama dengan Indonesia, Ahmad Zahid berkata, jalinan tersebut perlu diperkukuhkan khususnya dalam bidang industri pertahanan.

"Selama ini Malaysia sering menyokong produk keluaran industri pertahanan dari Indonesia dan saya berharap selepas ini kedua-dua negara lebih menyokong antara satu sama lain.

"Dalam konteks ini mungkin Indonesia juga boleh membeli produk pertahanan dari Malaysia antaranya dalam bidang persenjataan, kapal dan kenderaan tentera yang lain,'' tambahnya.

Ditanya mengenai status terkini kes kehilangan dua enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia, Ahmad Zahid berkata, ia hanya akan diketahui selepas kepulangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dari Uruguay.

Beliau berkata, buat masa ini Abdul Gani masih lagi berada di negara tersebut bagi menguruskan pengambilan enjin-enjin jet berkenaan.

Dua enjin itu dilaporkan hilang masing-masing pada Jun dan November 2007, bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 4 Ogos 2008.