Didalam 'Toyota Production System" atau TPS ada satu istilah yang bernama 'Yokoten".
sapa2 keje kilang Jepun wajib tahu benda ni..
The idea is kita tiru apa yang baik kat tempat lain dan praktikkan kat tempat kita..
Contoh kalau staff Perodua dibawa melawat kilang Toyota di Jepun..
Apa yang staff tu tengok menarik dan mampu dibuat ditiru daripada Kilang Toyota Jepun itu..
akan dibuat lak di Kilang Perodua di Malaysia..
"tiru' la senang cerita...
So. berbalik kepada isu dibawah..
Apa yang Negara2 Asena nak 'yokoten' kat Malaysia ni??
Setakat nak 'Yokoten' kawad la kot??
Nak tiru Menteri Pertahanan yang ada sekarang ni?
Tiru belasah orang boleh laaa..
Nak tiru Menteri Pertahanan sebelum ni??
Lagi teruk!! Siap letupkan orang lagikkk!!
sunsnake 19022010
Malaysia sedia jalin kerjasama pertahanan
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Malaysia bersedia menjalinkan kerjasama secara formal dengan semua negara ASEAN dalam bidang ketenteraan khususnya dari segi latihan dan industri pertahanan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sesi perbincangan mengenainya akan diadakan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan di Vietnam, Mei ini.
"Secara peribadi saya optimis semua negara ASEAN bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan ia bakal memberi manfaat kepada negara anggota, lebih-lebih lagi dalam aspek menjaga keselamatan serantau.
"Buat masa ini hanya dua negara ASEAN yang menjalinkan kerjasama secara formal dengan Malaysia iaitu Indonesia dan Thailand dan hasilnya amat positif sekali,'' katanya lagi.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prof. Dr. Ir. Purnomo Yusgiantoro dan Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Djoko Santoso di pejabatnya di sini hari ini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Azizan Ariffin.
Menyentuh kerjasama dengan Indonesia, Ahmad Zahid berkata, jalinan tersebut perlu diperkukuhkan khususnya dalam bidang industri pertahanan.
"Selama ini Malaysia sering menyokong produk keluaran industri pertahanan dari Indonesia dan saya berharap selepas ini kedua-dua negara lebih menyokong antara satu sama lain.
"Dalam konteks ini mungkin Indonesia juga boleh membeli produk pertahanan dari Malaysia antaranya dalam bidang persenjataan, kapal dan kenderaan tentera yang lain,'' tambahnya.
Ditanya mengenai status terkini kes kehilangan dua enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia, Ahmad Zahid berkata, ia hanya akan diketahui selepas kepulangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dari Uruguay.
Beliau berkata, buat masa ini Abdul Gani masih lagi berada di negara tersebut bagi menguruskan pengambilan enjin-enjin jet berkenaan.
Dua enjin itu dilaporkan hilang masing-masing pada Jun dan November 2007, bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 4 Ogos 2008.
3 comments:
Mana2 negara nak belajar hilangkan enjin dan letupkan orang boleh belajar dengan Malaysia.
Melaysia ada kepakarannya....
Kita tu pandai apa? Pandai memFITNAH JE KAN?
Kita tu saya..sunsnake dan Isa..
at least kami ada nama..
Ni kalau yang takde nama macam ni.. selalunya anak tidak sah taraf..
Wallahua'lam
Post a Comment