Thursday, October 14, 2010
Lagi Mangsa ISA! Teman Tak Setuju!
Ishh!!
Teman tak setuju sungguh mamat-mamat imigresen ni kena ISA!
Hatta kalau Najib Tun Razak sendiri kena ISA teman tak sokong!
Dakwa sesiapa sahaja ke mahkamah!
Biar mahkamah yang tentukan since Malaysia tak nak praktikkan Undang2 Hudud..
Bila dah ke ISA ni.. memang nasib laaa..
Untung Sabut tenggelam.. untung batu timbul!
wakakakak!
sunsnake 14102010
Pegawai belot kena ISA
2010/10/06
Kakitangan imigresen, orang tengah ditahan rasuah ancam negara
PUTRAJAYA: Tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikenakan terhadap kakitangan Jabatan Imigresen dan orang tengah yang ditahan kerana terbabit rasuah di pintu sempadan sehingga menyebabkan pendatang tanpa izin bolos ke negara ini.
Sumber berkata, ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu dari sudut undang-undang rasuah, terutama mengikut Akta SPRM 2009, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat isu itu dari sudut keselamatan negara kerana mereka terbabit adalah pembelot negara.
Berita Penuh
Penuhkan Bukit Jalil Petang Ini!!!
Bukan untuk layan konsert!!
Tapi untuk bantah Lagho!!!
sunsnake 14102010
Dewan Pemuda PAS dan aktivis mahasiswa akan turun beramai-ramai ke Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini bagi membantah persembahan konsert artis 'gay', Adam Lambert.
Pegawai media Dewan Pemuda PAS, Fadhil Osman berkata, pihaknya menyeru ahli dan penyokong parti itu supaya turun beramai-ramai bagi menjayakan protes tersebut.
"Kami akan mengedarkan kira-kira 5,000 risalah membantah konsert Adam Lambert," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan satu solat hajat di surau berdekatan stesen STAR Bukit Jalil, diikuti dengan ucapan barisan kepimpinan Pemuda PAS, membantah konsert tersebut.
Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Solidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengerahkan kira-kira 500 siswa di sekitar Lembah Klang untuk hadir membantah konsert tersebut.
Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, bantahan malam ini akan diketuai oleh pengerusi majlis politik nasional Gamis, Ahmad Shukri Razak.
Ditanya mengenai bantahan yang sama oleh Pemuda PAS, beliau berkata, perhimpunan anjuran pihaknya itu akan berlangsung secara berasingan.
"Bagaimanapun, kami akan menyertai majlis solat hajat bersama Pemuda PAS," tambahnya.
Mohd Ridzuan berkata, risalah juga akan diedarkan kepada orang ramai yang datang ke konsert tersebut.
"Kira-kira 2,000 risalah membantah konsert itu telah dicetak untuk diedarkan malam ini," tambahnya.
Peserta perhimpunan itu juga akan membawa beberapa kain rentang membantah penganjuran konsert Adam Lambert.
Tapi untuk bantah Lagho!!!
sunsnake 14102010
Pemuda PAS, siswa turun bantah konsert Lambert | |
|
Pegawai media Dewan Pemuda PAS, Fadhil Osman berkata, pihaknya menyeru ahli dan penyokong parti itu supaya turun beramai-ramai bagi menjayakan protes tersebut.
Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan satu solat hajat di surau berdekatan stesen STAR Bukit Jalil, diikuti dengan ucapan barisan kepimpinan Pemuda PAS, membantah konsert tersebut.
Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Solidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengerahkan kira-kira 500 siswa di sekitar Lembah Klang untuk hadir membantah konsert tersebut.
Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, bantahan malam ini akan diketuai oleh pengerusi majlis politik nasional Gamis, Ahmad Shukri Razak.
"Bagaimanapun, kami akan menyertai majlis solat hajat bersama Pemuda PAS," tambahnya.
Mohd Ridzuan berkata, risalah juga akan diedarkan kepada orang ramai yang datang ke konsert tersebut.
"Kira-kira 2,000 risalah membantah konsert itu telah dicetak untuk diedarkan malam ini," tambahnya.
Peserta perhimpunan itu juga akan membawa beberapa kain rentang membantah penganjuran konsert Adam Lambert.
Subscribe to:
Posts (Atom)