Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 1, 2010

Adakah Demo ini dapat kebenaran JAKIM?

Kalau tak dapat kebenaran JAKIM bermakna mereka ini tidak matang!

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.

Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis.

“Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini,” katanya. — Bernama

sunsnake 01062010



PERKASA ada cawangan di Palestin!


Nak gelak pun ada...
Nak sedih pun ada...
Nak nangis pun ada...
Nak ketawa pun ada...

Mungkin mamat Palestin ni ada sebab untuk bertindak bodoh macam tu..
Tapi dalam Islam, kot mana pun membunuh diri adalah Haram..
Jika dia benar-benar beriman kepada Allah SWT, mana mungkin dia bertindak sebegitu..

Ke sebab 'ter'pakai lilit kepala PERKASA???

Mau melompat pulak mamat Palestin tu lepas nihhhh!!!
sunsnake 01062010

Cubaan bunuh diri dalam demo anti-Israel
Jun 1, 10 4:30pm

Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.
Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir. Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan. Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.


JAKIM gesa Kerajaan Malaysia pecat APCO!


Jangan Harap!!!! Bodek No 1Malaysia!!!

kah!kah!kah!
sunsnake 01062010

Jakim cadang solat hajat di seluruh negara malam ini

June 01, 2010

PUTRAJAYA, 1 Jun — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.

“Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal “Mavi Marmara” yang terlibat dalam misi “Flotila Kebebasan” bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis.

“Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini,” katanya. — Bernama

Senarai nama Pejuang Islam atas Kapal Mavi Marmara!

Tn Hj Jamuliddin bin Elias (memegang mikrofon)
Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia


Berita Terkini
12 Rakyat Malaysia di atas Kapal Mavi Marmara
12 Rakyat Malaysia di atas Kapal  Mavi Marmara

31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Sumber - Yayasan Amal Malaysia

Lesen Memandu - Dah lama dah rakyat kena peras!


"Saya mengambil lesen memandu semasa di Amerika Syarikat dulu. Begitu mudah dan murah sekali, walaupun saya rakyat asing di sana. Tak perlu hadir kuliah berjam-jam, tak perlu buat temu janji untuk ujian memandu. Walaupun mudah dan murah ambil lesen di sana, rata-rata pemandu di sana lebih berhemah dari kita di Malaysia.

Nak ambil lesen L di sana cukup mudah dan murah. Pergi ke pejabat DOT atau JPJ di sana. Ambil ujian objektif 25 soalan. Tak silap saya kalau betul 20 soalan dah lulus lesen L. Boleh terus dapat lesen L dan terus memandu, dengan syarat ada orang yang berlesen di sebelah. Dan bayaran lesen L ni hanya USD 20.

Kalau gagal ujian objektif. Boleh datang keesokan hari. Dia akan beri set soalan yang lain. Ada 3 set soalan tak silap saya, A , B dan C. Setiap set lebih kurang sama je soalannya. Kalau gagal lagi boleh ulang lagi keesokan hari.

Nak ambil lesen memandu pula, lepas dapat lesen L, terus juga pergi pejabat DOT. Untuk ujian memandu. Kalau lulus, bayar USD 20 dan terus boleh memandu. Kalau gagal datang keesokan harinya, sampailah lulus. USD 20 sah untuk tiga tahun.

Mudah dan murah kan dapat lesen memandu di sana. Kemudian saya tengok sekali lagi laman web DOT terkini, tak banyak perubahan, masih sama sistemnya dan kosnya http://www.iowadot.gov/mvd/ods/types.htm ( C (Non-commercial-Operator) 16 2 Years , 5 Years, Knowledge, Vision, Driving $8 $20 )

TAPI PELIK di Malaysia ni. Makin lama makin mahal dan makin susah nak ambil lesen memandu. Kerajaan, Menteri Pengangkutan dan Pengarah JPJ cik abang oi, pemandu kita makin beradab ke di jalanraya bila makin susah ambil lesen ni ? Remaja bawah umur tanpa lesen akan berkurangan ke dengan sistem semakin susah dan mahal ini ? Orang dewasa tanpa lesen akan berkurangan ke ?

Apa nak di kata, kita rakyat ni umpama mentimun je. Di gelek ke , menggelek ke, kita terpaksa terima sajalah apa sahaja keputusan yang dibuat. Mahal mahal-lah apa nak buat. Kalau tak mampu tak payahlah ambil lesen, pandu sahajalah, kalau kena tangkap sendirilah tanggung.

Rasuah akan berkurangan atau bertambah ke kalau makin susah rakyat nak ambil lesen memandu ni ?

Artikel sebelum ini :

Semakin ramai remaja bawah umur memandu tanpa lesen di http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-johor-14-tahun-nasib-baik-tak.html

Kehidupan rakyat 1Malaysia makin susah http://waghih.blogspot.com/2010/03/kehidupan-rakyat-1malaysia-makin-susah.html

*************************

KOS BELAJAR MEMANDU DINAIKKAN ?

Utusan Malaysia TAPAH 30 Mei – Kos belajar memandu mungkin akan dinaikkan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan kurikulum pembelajaran yang baru pada hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana ia bertujuan meningkatkan kualiti pemanduan bakal pemandu baru di negara ini.

Katanya, walaupun kenaikan kos itu akan menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat namun negara masih mengenakan bayaran paling rendah bagi mendapatkan lesen memandu. “Apabila kita perkenalkan kurikulum baru ini, saya jangkakan pasti ada kenaikan kos. Kenaikan harga untuk mendapatkan lesen ini memang akan berlaku kerana kita pentingkan kualiti cara pemanduan.

“Kita perlu membelanjakan lebih sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan berkualiti,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan Program Satu Komuniti satu JPJ Bersama Masyarakat Orang Asli kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon; Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Salim Parlan dan Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed. Solah menambah, kurikulum baru itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendidik dan membentuk pemandu berhemah di negara ini.

Katanya, ia melibatkan jumlah masa belajar memandu, pemilihan spesifik kenderaan, elemen ujian memandu serta kelas lesen memandu dan cara mendapatkan lesen memandu. Beliau memberitahu, kurikulum baru yang diberi perubahan untuk kali ketiga itu kini dalam peringkat akhir pelaksanaan.

Jelas Solah, ia melibatkan kajian dan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan beberapa ahli akademik. “Kita akan laksanakan kurikulum baru ini secepat yang mungkin. Perubahan yang akan dibuat melibatkan perubahan dalam aspek latihan dan ujian.

“Kali ini kita ada kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian bagi merangka draf. Perubahan bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya, tetapi melibatkan pelbagai kajian,” katanya. Pada majlis tersebut, seramai 585 peserta Orang Asli menerima Lesen Memandu Percubaan Motosikal B2 secara sah. Di bawah program Satu Komuniti Satu JPJ, semua masyarakat Orang Asli berumur 21 tahun dan ke atas hanya dikenakan RM100 untuk mendapatkan lesen memandu percubaan tersebut.

Program tersebut bermula 27 Mac lalu dan semua kursus, latihan serta ujian dijalankan oleh anggota serta kakitangan JPJ.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Jelas, APCO menguasai Kerajaan Malaysia!


Inilah akibatnya apabila negara yang bermajoritikan umat Islam mengambil syarikat Yahudi-ISrael sebagai penasihat!
Hinggakan hendak membuat kenyataan pun pemimpin negara teragak-agak dan terlalu berfikir! Senang cerita.. sampai 5-6 kali fikir!

Apakah kerana memerlukan nasihat dari APCO terlebih dahulu sebelum memberi pendapat?
Atau bimbangkan APCO menyampaikan berita-berita 'derhaka' kepada ibupejabatnya di Israel?
Atau bimbangkan kontrak yang pastinya menguntungkan siapa yang menandatanganinya dahulu?

Atau?? Atau?? atau??

terlalu banyak atau apabila pemimpin yang mengaku Islam tetapi takut kepada musuh utamanya iaitu Israel Zionis Laknatullah!
sunsnake 01062010

Husam: Malaysia berdengkur dalam dakapan Apco
Jun 1, 10 10:16am

Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak. Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera. Bagaimanapun, menurut Husan apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu. “Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang? “Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka? “ katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Berita Penuh

Pejuang kita dihumban ke Penjara Israel!


Hebatnya wakil-wakil Jihad kita ke Palestin kali ni..
Bukan Penjara kajang.. bukan Penjara Taiping..
Tapi penjara Israel mereka disumbat!
Ntahkan ada peluang balik dengan selamat.. atau syahid di tanah anbia!

Sememangnya hanya itulah sahaja misi mereka sejak mula lagi..
Sama ada berjaya sampai ke Gaza ataupun syahid di hujung senjata Zionis!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

sunsnake 01062010

480 aktivis pro-Palestin dihumban ke penjara


Jun 1, 10 1:28pm

Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.

Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain. Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel. Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel.

Pecat APCO buktikan Malaysia serius!


Pada teman hanya jika Kerajaan Malaysia memecat APCO sekarang akan membuktikan kita serius mengutuk serangan Israel keatas Kapal bantuan kemanusiaan ke Palestin!

Jika hanya mengutuk di mulut tetapi tangan masih menandatangani bayaran buat APCO, seolah-olah munafik! Seolah-olah Malaysia hanya merendahkan martabat kedaulatan umat Islam Palestin dan pasukan yang sedang ditawan oleh Israel secara haram!

Ayuh Najib! Ayuh ahli-ahli UMNO! Buktikan keseriusan kamu dengan memecat APCO!

err.. ada berani ke Najib atau ahli-ahli UMNO?
sunsnake 01062010

M'sia kutuk serangan flotila kemanusiaan
Jun 1, 10 9:53am

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (pertama dari kanan) berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat. "Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di Kuala Lumpur, semalam.
Berita penuh

Budaya Jahilliah Yang Masih Diamalkan


Pertembungan antara dua perkara yang bercanggah sudah menjadi satu sunnah dalam kehidupan manusia di alam ini. Pertembungan ini bukanlah sesuatu yang bersifat baru tetapi telah ‘wujud’ sejak dari awal penciptaan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan Islam, dari awal ia datang hinggalah ke hari kiamat nanti pasti ia menerima pertembungan ini yang secara umumnya pertembungan dengan Jahiliyyah.

Islam yang disampaikan kepada manusia dengan kaedah ‘dakwah’ sejak zaman Nabi Nuh A.S tidak pernah putus menerima pertembungan dari Jahiliyyah termasuk kepada Nabi dan Rasul yang terakhir; Muhammad S.A.W. Pertembungan yang dihadapi oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dalam menyampaikan dakwah Baginda tidak sedikit terakam di dalam sirah nabawiyyah.

Firman Allah S.W.T:

“Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka sepatutnya tidak masuk ke dalamnya, kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat.” (al-Baqarah:114)

Golongan Jahiliyyah di zaman Rasulullah S.A.W sentiasa bersikap menghalangi dakwah Baginda dalam berbagai cara. Termasuklah seperti yang dinyatakan berdasarkan ayat di atas iaitu dengan cara menyekat aktiviti-aktiviti surau dan masjid dari diimarahkan. Mereka juga bukan sahaja bersikap merobohkannya secara fizikal seperti merobohkan masjid, mengecilkan ruangnya, memisahkannya atau memencilkannya, malah bersikap seolah-olah merobohkannya dengan cara menjadikan aktiviti di dalamnya tidak menarik dan terhad. Tidak kurang pula mereka tanpa ‘perasaan takut’ masuk ke dalamnya atas nama ‘pemantau’ seolah-olah Rumah Allah itu tidak ada ‘Pemantaunya’ Yang Maha Agong. Sedangkan sebelumnya mereka tidak pernah menginjak ke situ. Kerana itulah Allah telah menyumpah golongan ini bahawa mereka akan mendapat kehinaan di dunia dan siksaan yang berat di akhirat.

Sikap seperti ini akan ada di sepanjang zaman. Malah pada hari ini kita melihat kepada halangan yang berlaku bukan sahaja terhadap Masjidil Aqsa di BaitulMaqdis, Palestin, malah kepada masjid-masjid dan surau yang hampir dengan kita.

Dalam masa yang sama kuasa Jahiliyyah ‘berdakwah’ dengan upacara yang mengajak manusia agar semakin jauh dari dakwah Islam dan mengingati Allah. Antaranya ialah melalui hiburan-hiburan yang melalaikan. Penganjuran konsert dan tari menari yang bercanggah dengan Islam secara zahirnya hanyalah untuk suka-suka, hakikat yang tersirat penganjuran seperti ini bersifat menyaingi dan menjadikannya ‘alternatif’ kepada dakwah Islam.

Sirah Rasulullah S.A.W menjadi bukti terhadap perkara ini. Ketika mana Rasulullah S.A.W dan para sahabat tekun menyampaikan dakwah mengajak manusia kepada Allah, golongan Jahiliyyah menyeru pula manusia membelakangi Baginda dengan penganjuran konsert-konsert dan majlis tari menari. Program yang dianjurkan pada masa itu dihiasi dengan bacaan syair atau sajak, diikuti oleh persembahan nyanyian oleh penyanyi-penyanyi wanita selain turut disajikan dengan persembahan tarian. Malah dalam majlis itu juga turut disediakan makanan dan minuman secara percuma.

Penganjuran program-program itu bukanlah secara kebetulan, tetapi ia dirancang dan dijayakan secara tersusun. Di bawah Abu Lahab dan Abu Jahal sebagai ketua misi untuk merosakkan dakwah Rasulullah, program-program kebudayaan seperti itu diuruskan oleh seorang pegawai kebudayaan pada masa itu yang bernama an-Nadhar bin al-Harith.

Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat ke 6 yang bermaksud
“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu memperolehi azab yang menghinakan.”

Begitulah halnya di zaman manusia serba maju ini. Budaya Jahiliyyah itu masih lagi diwarisi. Semua ini tidak lain tidak bukan tetap dengan matlamat yang sama melalui jarum halus yang tersembunyi adalah untuk menyaingi dakwah Islam. Program-program seperti ini bukan sahaja tidak bermanfaat, malah membazir, merosakkan akhlak dan mengundang kepada gejala negatif.