Thursday, April 14, 2011
Salute kepada Bro Prihatin ni!
Teman ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas buat Brader ni..
membantu mangsa kemalangan sehingga dia sendiri nyaris-nyaris terkorban!
Bahkan kehilangan sebelah kaki dan patah kaki sebelah lagi!
Hebat dugaan yang beliau hadapi dan alami..
Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah buatnya..
Pihak yang berwajib seperti Kerajaan Malaysia dan Selangor WAJIB memikirkan sesuatu bagi membantu brader ni menghadapi kehidupan OKU nya selepas ini..
budakbalun 14042011
Hilang kaki kerana menolong
AMPANG: Keprihatinan seorang lelaki menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit selepas kemalangan bertukar tragedi apabila dia kehilangan kaki kanan dari paras paha akibat dilanggar sebuah kereta lain, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Ong Kim Koon, 52, dilanggar dari belakang ketika berusaha mengeluarkan Zainal Mohammad, 45, dari Perodua Viva yang dipandunya.
Sebelum itu, Ong berjaya mengeluarkan isteri Zainal, Rosamiah Hashim, 38, selepas kereta dinaiki pasangan terbabit berlanggar dengan sebuah Toyota Vios di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, di sini.
Bagaimanapun, ketika Ong mengeluarkan Zainal, dia dirempuh sebuah Toyota Estima dari arah belakang menyebabkannya tersepit pada Perodua Viva berkenaan.
Pemandu Toyota Estima yang melanggarnya pula melarikan diri dari tempat kejadian. Mujur, Ong dibantu beberapa individu lain yang lalu di kawasan itu dan membawanya ke hospital.
Khas Buat Rakyat Kelantan! Kesiannnn..
Selaku Penyokong Perak tegar (hanya apabila Perak Menang)..
Teman ucapkan syabas kat Perak dan takziah kat Kelantan..
Sepanjang hari semalam bila teman jumpa member Kelantan teman cakap/sogheh Perak!
Berbuluu je deme dengan teman...
Sabo la awe oiii..
Nok buat guane?
Main bola biaso laaa..
Hok kade-kade kaloh.. kade-kade mene...
Sabor yo lah!!
aikk? ada bunyi N9 pulak!
adehhh
budakbalun 14042011