Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 1, 2010

Amalan Buat Pejuang Islam!



Ringkasan:-
Adakan satu amalan yang dilakukan secara istiqamah (beretrusan) walaupun sedikit/tidak panjang/berat.

Untuk memohon perlindungan Allah SWT daripada bala bencana

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Ini ada permit ka? Ada? aikk??

Yang ni boleh pulak ada permit?
Kepala Bapak tauliah mana kuffar ni ada?

Yang ni? Mamat sial ni ada Ijazah Syariah Mesir ke?
Ke anak-anak Tok Menteri pun joint?


Yang ni ada Selawat Nabi dan Tasbih Kifarah kot didalamnya?


Yang ni bekas Imam Masjidil haram kot???


Yang ni bekas Ustazah KAFA kat johor ke?

sunsnake 01032010

Anak bekas mufti dituduh mengajar tanpa tauliah

Anak bekas mufti Perlis Fathul Bahri Mat Jahaya dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah semalam.

Fathul Bahri, 30, yang dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan, kes tersebut akan dibicarakan pada 5 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas prosiding tersebut pagi tadi, Fathul Bahri mengesahkan tangkapan dan pendakwaan terhadapnya itu.

“Saya sekarang ini dalam proses mendapatkan khidmat peguam bagi menangani kes ini,” katanya yang kini berkhidmat sebagai penasihat agama di sebuah pusat perubatan terkenal di ibu negara.

Menceritakan pengalannya ditangkap pada kira-kira 11.30 malam tadi, Fathul Bahri berkata, beliau ketika itu sedang menyampaikan ceramah - berhubung topik Maulidur Rasul, akidah dan perpaduan umah - di Maahad Ittiba Sunnah, berhampiran dengan Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Gagal pohon tauliah di Selangor

Suasana menjadi kecoh seketika apabila sebahagian pelajarnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, tambahnya.

Selain Fathul Bahri, JHEAINS turut dilaporkan menahan tiga lagi lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun atas tuduhan bersubahat.

Dalam tangkapan semalam, Fathul Bahri dan kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk soal siasat.

Jika disabitkan bersalah, Fathul Bahri dan tiga lelaki tersebut boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Berita Penuh

Standard laaa.. UMNO!

Jarang-jarang la ada pemimpin UMNO yang dapat membezakan
antara kerajaan & parti politik..
antara media kerajaan & media parti politik..
antara harta kerajaan & harta parti politik..
antara duit kerajaan & duit politik..

Duit royalti yang sah milik rakyat Kelantan..
Disebabkan politik pada UMNO Kelantan ianya milik UMNO Kelantan!
Buktinya?

Sokong Najib bagi 'wang ehsan' sebab duit tu nanti tidak disalurkan terus ke Kerajaan Kelantan tapi kompom! lalu kat UMNO..
macam UMNO Terengganu buat masa Hj Hadi jadi MB dulu laa!
Bila Ganu UMNO dapat balik, dan-dan jadi Royalti balik!

La ni Kelantan pulak!
Silap-silap kalaulah ditakdirkan UMNO dapat Kelantan..
Kompom potong jarilah!
Wang Ehsan tu akan otomatik jadi Royalti!
Ntah undang-undang mana lak la nak kena 'cabul' lagi dengan UMNO ni..

Standard laaa.. UMNO!
sunsnake 01032010

ADUN Umno tarik balik sokongan
Abdul Rahim Sabri
Mac 1, 10
4:37pm
Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

berita penuh

Lagi 'Tamparan' buat PKR


Apa sudah jadi?

PKR nampaknya semakin 'hangat' dengan masalah ahli-ahli parti mereka yang keluar parti!
Hmmm.. Pak Sheikh kena buat sesuatu nih..
Check balik isu sebenar..
Asyik keluar berita macam ni jee.. Tak sedap jugak!
Takkan semua UMNO punya kerja?
Dan kalau pun betul UMNO punya kerja..
mudahnya?

Memang rakyat akan nilai..
Namun penilaian rakyat selalunya akan bias dengan media UMNO nih!
Selalu sangat ada yang keluar parti.. Yang ada nama pulak tu macam ADUN dan MP..

Sebenarnya biasala..
Parti muda macam PKR ni..
UMNO yang ganyut pun ramai gak yang keluar parti dia..
Laaaagi ramai daripada PKR!

Semoga PKR cepat 'sembuh'
sunsnake 01032010

Lim: Biar rakyat nilai Tan dan Fairus
Mac 1, 10 2:39pm
Ketua Menteri Lim Guan Eng meminta penduduk Pulau Pinang menilai sendiri tindakan ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin keluar daripada PKR.

"Rakyat sudah bijak untuk menilai mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tan dan Fairus itu.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata tindakan kedua-dua ahli PKR itu tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita akan terus berkhidmat dengan mandat yang diberikan kepada kita dan kita tidak akan terganggu dengan perkara itu," katanya.

Malam tadi, Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno manakala Tan, yang mengumumkan keluar parti itu pagi ini, akan menjadi wakil rakyat Bebas.

Tan memberi alasan bahawa tindakannya itu disebabkan beliau kecewa dengan PKR yang tunduk kepada kepimpinan Lim yang dianggap seperti diktator manakala Mohammad Fairus berkata beliau telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR kerana gagal memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

- Bernama

Salehuddin ramal lebih 10 MP bakal keluar PKR
Hazlan Zakaria
Mac 1, 10
1:16pm
Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

“Mungkin lebih daripada 10. Ambil semua jumlah (wakil rakyat), tolak yang sosialis, NGO liberal dan kroni, buatlah kerja matematik (mengira),” katanya.

“Tetapi semua mereka tidak akan melompat pada masa yang sama, mereka akan muncul seorang atau dua orang sekali. Seperti dalam sukan tinju, ada regunya masing-masing.”

berita penuh

Biasalaaa UMNO.. Mana ada adab!



Nak kata kurang ajar..
Memang kurang ajar..

Kalau kena kat batang hidup Najib..
Silap-silap kompom kena C4 pegawai yang jaga protokol!

Udah yang paling tinggi pangkatnya Tok Guru Nik Aziz ada kat situ..
Apsal Awang Adek plak yang lepaskan peserta?

Tapi.. biasalah..
Alaaaa.. apa ada hal Tok Guru..
Benda-benda macam ni biasa laaa..
Kalau tak kurang ajar bukan UMNO namanya!
sunsnake 01032010

'Nik Aziz sepatutnya lepas peserta LTDL'
Mac 1, 10 2:55pm
Seorang anggota exco kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku di majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.

"Ia tidak menghormati tok guru selaku menteri besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

berita penuh