Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, May 26, 2010

Hero Tamil vs Hero Melayu! Siapa Menang?



Jaga-jaga.. gunung berapi nak meletup!!!
sunsnake 27052010

Hishammuddin minta Vell Paari tunjuk bukti atau mohon maaf

May 26, 2010

PUTRAJAYA, 26 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin hari ini meminta S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu membuktikan dakwaan yang UMNO menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC, atau memohon maaf atas dakwaan tersebut.

Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau bukan sahaja marah dengan tuduhan tersebut, malah menganggap ia tuduhan melulu, tidak bertanggungjawab dan cubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap permasalahan dalaman sebenar parti berkenaan.

Khairy minta Pemuda MIC henti tuduh liar, ugut BN

May 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta rakan sejawatannya dari MIC menghentikan dengan segera tuduhan-tuduhan liar kononnya parti itu menjadi dalang kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Sehubungan itu Khairy berkata, Pemuda Umno memandang serius kenyataan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bahawa MIC tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu terlibat dalam penganjuran GAS.

“Selaku Ketua Pemuda Umno dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, saya telah menghubungi dan bercakap dengan saudara Mohan bahawa MIC perlu menghentikan tuduhan-tuduhan liar kononnya Umno menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden MIC.

Anak Samy: ‘Ayah saya tolak gelaran Tun, jawatan duta’

May 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Ketika ramai beranggapan Datuk Seri S. Samy Vellu mengharapkan ‘ganjaran’ gelaran “Tun” dan jawatan sebagai duta sebelum bersara, anaknya mendedahkan Presiden MIC itu sebenarnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika ‘kompromi’ dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Sehubungan itu, S. Vell Paari mempertahankan ayahnya dengan berkata, ia menunjukkan “ayah saya tidak mahu kekal memegang jawatan politik atau kerajaan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.”

“Ia menunjukkan ayah saya bukan seorang yang ingin kekal dalam jawatan yang dipegangnya buat selama-lamanya... ini tidak benar, saya bersama beliau, saya tahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

MIC-UMNO, tunggu masa terburai!


Semua ahli MIC tahu, tapi tiada siapa yang berani melawan kerana jika ada mulut yang berani bersuara akan disumbat dengan rasuah.

Jika tidak dengan rasuah, mereka hantar samseng untuk menakut-nakut orang yang berani bersuara.

Kalau tidak guna samseng, mereka cipta konspirasi untuk jatuhkan orng yang menentangnya.

Dan sekarang pekara yang paling sinonim adalah halau keluar parti atau pecat keahlian.

Samy tidak akan lepaskan jawatan dalam parti MIC sehingga dia dapat selesaikan segala penyelewengannya yang dilakukan sepanjang dia menjadi presiden parti... jika tidak dia akan menghabiskan masanya didalam kandang mahkamah dan akhirnya dipenjara.

Itu sebabnya ada khabar angin kononnya ada parti tertentu cuba membantu pasukan anti-samy agar kedudukan Samy segera tergugat.

Dan Samy tidak pernah takut dengan gertak pemimpin UMNO kerana segala rahsia penyelewengan pemimpin UMNO dalam kerajaan berada dipoketnya.

Siapa berani usik Samy.. buruk padahnya ? kalau ada pun cuma acah-acah anjing saja..... lepas tu melutut menyembah "MAHARAJA"

Sekarang siapa jadi tuan dan siapa jadi hamba...?

Padan muka pemimpin UMNO...

comment TT
sunsnake 26052010

ANAK SAMY : AYAH SAYA TOLAK GELARAN TUN, JAWATAN DUTA

Ketika ramai beranggapan Datuk Seri S. Samy Vellu mengharapkan ‘ganjaran’ gelaran “Tun” dan jawatan sebagai duta sebelum bersara, anaknya mendedahkan Presiden MIC itu sebenarnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika ‘kompromi’ dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Sehubungan itu, S. Vell Paari mempertahankan ayahnya dengan berkata, ia menunjukkan “ayah saya tidak mahu kekal memegang jawatan politik atau kerajaan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.”

“Ia menunjukkan ayah saya bukan seorang yang ingin kekal dalam jawatan yang dipegangnya buat selama-lamanya... ini tidak benar, saya bersama beliau, saya tahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya hendak memberitahu anda hari ini, ayah saya menolak apabila pegawai khas Perdana Menteri datang jumpa dengan ayah saya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor (bulan lalu) dengan tawaran gelaran “Tun” dan jawatan dilantik sebagai duta.

“Ayah saya kata tidak, beliau tidak mahu terima kedua-dua tawaran ini,” katanya ketika timbul pelbagai spekulasi di sebalik perubahan calon Barisan Nasional (BN) pada minit-minit terakhir untuk diturunkan di Hulu Selangor dan pelan peralihan kepimpinan dalam MIC.

“Beliau memberitahu pegawai khas Najib bahawa keutamaan beliau ialah menyelesaikan isu Maika Holdings,” katanya.

sumber - Malaysian Insider

DHPP - kan ibarat budak baru lahir?


Biasalaa..
Bak kata Dr Mujahid di Majlis Perasmian DHPP.. DHPP ini adalah kelahiran baru dalam PAS.. Jadi kelahiran baru seperti baby baru lahir.. DHPP ni bayi baru buat semua ahli-ahli PAS jadi sesuai dengan fitrah budak, memang bersemangat dan mahu mencuba pelbagai benda..

Pastinya pelbagai kemungkinan seperti soalan-soalan pelik, permintaan-permintaan yang macam-macam.. Alaaa.. macam anak-anak kita laa.
Tengah-tengah bulan pun minta nak makan KFC padahal bapak tengah pening duit dah makin kurang!!

InsyaAllah, baik DHPP dan lebih-lebih lagi ahli-ahli PAS akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam usaha memupuk kesefahaman sesama sendiri.. Alangkan Dewan Ulama' pun kadang-kadang berselisih pendapat dengan pimpinan PAS inikan pulak DHPP!
Biasa laaa..

Yang tak biasa, bila UMNO cucuk ahli-ahli MIC supaya tolak Samy Vellu!
Padahal MIC tu bukan macam budak baru lahir.. dah tua bangka nak mampus!
wakakakaka!

sunsnake 26052010

Penyokong Pas bukan Islam jangan terburu-buru buat tuntutan

26/05/2010 12:34pm

RANTAU PANJANG 26 Mei - Penyokong Pas bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya anggota Pas bersetuju dengan kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.

Menurutnya ini kerana perkara tersebut akan diperincikan oleh Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan.

Berita Penuh

PAS lancar DHPP terus MIC-UMNO bergaduh!


Nampaknya Muhyiddin jelas bergaduh dengan anak Samy Vellu! Menyifatkan anak Samy Veelu itu sebagai biadap manakala anak Samy Vellu tu pulak jelas tak puas hati!

Pemuda MIC Pusat siap bagi amaran dan ugutan kepada UMNO untuk mempertimbangkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional dek kerana MIC mengesyaki UMNO terlibat dalam usaha menggesa Samy Vellu meletakkan jawatan segera!

Pada teman jelas, UMNO sangat-sangat terkesan dengan kejayaan PAS dan keberanian orang India dan Cina menyerlahkan sokongan mereka kepada perjuangan Islam! Teman sendiri tiba-tiba terasa sebak apabila melihat seorang apek tua memakai T-shirt bertulis "Membangun Bersama Islam" sewaktu Majlis Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini.

Apakah rakyat Malaysia akan berpeluang melihat kehancuran Barisan Nasional lebih awal dari yang dijangka?
sunsnake 26052010

Anak Presiden MIC biadab – TPM

MUAR 25 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan anak Presiden MIC, S. Vell Paari menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menegaskan, kepimpinan BN dan UMNO tidak terlibat dalam masalah MIC.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta supaya UMNO tidak dikaitkan dengan masalah dalaman parti yang diterajui Datuk Seri S. Samy Vellu itu.

Berita Penuh

MIC kaji kedudukan dalam BN

KUALA LUMPUR 25 Mei – Ketua Pemuda MIC, T. Mohan hari ini menegaskan, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini.

Sambil menyifatkan tindakan penganjuran berkenaan tidak wajar memandangkan Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Presiden MIC yang dipilih secara sah oleh perwakilan, beliau menggesa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari berkenaan.

Menurut Mohan, beliau curiga tempahan oleh UMNO itu dibuat bagi menganjurkan perhimpunan dan pelancaran GAS bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC lebih awal daripada perancangannya.

‘‘Apabila saya telefon PWTC pagi tadi, memang ada tempahan dewan dibuat oleh UMNO tanpa menyatakan siapa yang membuat tempahan serta untuk apa tempahan itu dilakukan.

Berita Penuh