Monday, March 7, 2011
Laaaa!! Ini Ke suami dia?? Sempoii!!! 1malaysia!
Teman dah lama teringin nak tahu yang mana satu suami dia..
akhirnya terjawab sudah..
sempoi la tuh!!
1malaysia!!!
patut la Chua Soi lek marah sangat kat Cikgu Normala di PRK tenang..
Hatta yang rupa Shahrizat ni pun macam ni..
kalau lah Cikgu Normala spesis sama.. lagi untung la apek tuhh!!
Cikgu Normala cun gilerr maaaa!!
Adehhh!!
Tapi shahrizat ni la kegilaan makcik pakcik felda yang 5 kali sehari ke masjid!
adehhhh lagi sekali!
Upah menangis jadi Chairman Air Asia?? Perghh!
Untunglahhh..
hasil usaha menangis di atas pentas PWTC masa Che Det tetiba umum letak jawatan..
Lepas pencen dapat jadi Pengerusi Bukan Eksekutif Air Asia..
Perghh!!!
Teringat pulak si Leo Moggi dilantik di TNB sebagai Non executive director..
Beratus ribu gak elaunnya wehh!!
Bukan buat apa pun...
nama pun non executive director..
untunglahhhhh..
hmmm.. agak-agak Kak Pidah kita ni bertanding lagi tak PRU13 nanti?
sunsnake 07032011
Rafidah hasrat bantu AirAsia X capai sasaran
SINGAPURA, 7 Mac — Syarikat penerbangan Malaysia AirAsia X bersedia menjadi peneraju dalam industri penerbangan kos rendah perjalanan jauh global, kata Pengerusi bukan eksekutif dan bebasnya yang baru dilantik, Tan Sri Rafidah Aziz.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan Airasia X merealisasikan sasaran dan wawasan untuk menjadi peneraju global dalam industri syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jauh.
“Pasukan ini telah mencapai kejayaan dan boleh memanfaatkannya serta terus memperluaskan perniagaan, terutamanya dalam laluan baru yang menguntungkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata bagi pihak beliau, beliau akan membantu menyelesaikan apa sahaja isu yang perlu ditangani oleh Malaysia atau kerajaan lain.
Menurut sumber industri, pelantikan Rafidah tepat pada masanya memandangkan ia akan membantu pertumbuhan masa depan AirAsia X, berdasarkan kepada latar belakang ekonomi dan pengalaman rundingan yang luas daripada tempoh beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
ROS Pun Komponen Barisan Nasional ke?
Adehhh!!
Teman tak rasa yang Timbalan Pengerusi SPR ni tak tahu yang PAS,DAP dan PKR dah lama apply kat ROS untuk satu nama iaitu "Pakatan Rakyat"..
Sebab teman yang duduk di Hulu Selangor ni pun tahu hal ni..
Takkan la Timbalan Pengerusi SPR yang duk di Putrajaya tak tahu?
Hulu benor ke Putrajaya tu wehh??
ke sebenarnya dia terlebih bodek?
Ye le.. Ini la peluang.. diwaktu kemenangan BN dalam PRK ni..
kompom mood Najib tengah baik dan cantik!
So, inilah masa terbaekkk untuk bodek sikit agar diingati bodekannya itu dimasa akan datang!
Ada peluang masyukkkkk wehh! Takkan nak keje kerajaan sampai mati..
kompom akan bukak bisnes lepas pencen nanti!!
Paling koman jadi Pengerusi Bukan Eksekutif Air Asia macam Rafidah Aziz!!
Itu upah menangis bagai nak rak masa Che Det tiba-tiba umum nak bersara dulu!
PR kena all out untuk jadikan Pakatan Rakyat satu entiti..
Bawah satu lambang...
Supaya senang di pilih oleh rakyat kelak..
Supaya dapat tutup mulut-mulut celupar pimpinan BN yang kata PR belum bersatu!
Ceh! BN yang guna lambang kapal layar sejak pra merdeka pun bercakar sampai la ni!
Cumanya media tak siar.. sorok bawah carpet!
sunsnake 07032011
'ROS pendam permohonan Pakatan'
Gabungan pembangkang telah memohon untuk mendaftar secara rasmi, tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskannya. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS sebagai satu entiti politik.
Menurut beberapa ahli politik pembangkang, permohonan tersebut telah dikemukakan kepada ROS sejak November 2009.
Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mereka telah mengemukakan permohonan kepada ROS ketika Datuk Zaid Ibrahim masih bersama gabungan itu. Zaid kini presiden parti KITA.
Berita Penuh
Kot Ye Pun Teringin Nak Jadi KM Pulau Pinang..
Geleng kepala teman baca kenyataan Yb Lompat kita nih!
Bercakap macam budak sekolah yang selalu memonteng hisap rokok tepi rumah teman neh!
Mana fakta atau bukti apa yang dikatanya ntah?
Mana sumber ntah?
Mana asas ntah?
Bercakap macam dia tau segala-gala perjalanan kerajaan negeri!
Ke hati masih pedih sebab Guan Eng reject application syarikat dia nak tender Kerajaan negeri dulu masih terasa?
Adehhh!!
Siapa lah kamu disisi Najib..
Yang kamu nak bodek lebih-lebih nehhh??
opsss!! lupa lak!
Spesis katak lompat ni paling lama boleh ada jawatan pun sampai PRU13 ni aje..
Selepas je parlimen bubar.. kompom 1sen pun takde nilai mereka ni sisi Najib!
Disisi PR lagi lahhhh!!
wakakakakaka!
Layan kan aje lee wehhh!!
sunsnake 07032011
Tiga tahun pemerintahan DAP: Pulau Pinang penuh masalah
PULAU PINANG 6 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan tempoh tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang penuh dengan masalah sejak diberi mandat menerajui negeri itu mulai 8 Mac 2008.
Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu.
Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan.
''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat.
Kerajaan PR Selangor Buat Khianat Lagi!
Memang pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara!
Kalau dah beri pinjaman tanpa faedah kepada mahasiswa Selangor,
mana untungnya kerajaan negeri?
Bila kerajaan negeri takde untung, maka akan bangkraplah kerajaan negeri!
Sebab tu Kerajaan UMNO buat PTPTN..
Agar ada untung.. agar boleh diagihkan keuntungan tersebut kepada projek-projek besar seperti landasan keretapi, buat jejantas beratus/puluh juta, buat modal hantar isteri PM dan kawan-kawanya melawat Dubai,Paris dan ibukota mewah lain sesuai dengan keperluannya sebagai isteri PM..
Inilah dasar kerajaan PR..
gagal membuat keuntungan daripada rakyat!
ceh!
-kata seorang Ketua UMNO Bahagian yang baru pulang dengan membawa berbakul-bakul duit cash dari Kerdau!
adehhhh!!
sunsnake 07032011
Sila hantar permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat kepada BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, SUK SHAH ALAM
Semoga berjaya
IKLAN
TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SESI PERTAMA TAHUN 2011
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
- Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM;
- atau Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.
- Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
- Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
- Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
PROSEDUR PERMOHONAN
(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem RM1.00 ringgit beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Salam Manis Buat Kerdau Dan Merlimau!
Secara perbadi dan ikhlas..
teman tak rasa kecewa dengan kekalahan ini..
Kita tau bagaimana padangnya dibuat..
kita tahu bagaimana tiang golnya diubah..
kita tahu bagaimana pemain mereka ditambah..
dan kita tahu bagaimana pengadilnya dirasuah!
so? apa yang nak dikecewakan?
kalau pun nak kecewa adalah atas kegagalan kita hingga kini untuk mencari jalan menghancurkan peranan SPR yang jelas berat sebelah!
Teman yakin..
suatu hari nanti..
Walaupun mungkin diwaktu teman sudah tidak ada lagi bernafas di bumi Allah ini..
Perjuangan Islam ini akan berada di mercunya!
Perjuangan Islam ini akan berada di tempat yang sepatutnya!
Bukan sekadar hanya digunakan di Masjid/Surau..
Bukan sekadar digunakan di bulan Ramadhan..
Bukan sekadar digunakan apabila ada kematian..
Bukan sekadar digunakan apabila ada akad nikah..
Bukan sekadar digunakan apabila ada tahlil kenduri arwah..
Tetapi jauh daripada itu!
Kepada semua pejuang-pejuang PAS yang telah berhempas-pulas..
Bermandi peluh dan airmata..
teman yakin bukan sedikit airmata yang tumpah dalam usaha itu..
Namun yakinlah.. airmata itu akan menjadi saksi usaha kita dalam memperjuangkan Islam..
Moga airmata dan peluh itu akan membentengi kita daripada kedahsyatan seksa kubur dan keseksaan di akhirat!
Kepada calon-calon PAS yang berdua..
Terima Kasih kerana mempertaruhkan masa depan kalian kepada perjuangan ini..
Pastinya hidup kalian sudah tidak akan sama lagi selepas ini...
Pastinya puak-puak 'makhluk rimba' itu akan memastikan kalian dibatasi apa yang boleh..
Kepada Allah SWT akhirnya kita memohon pertolongan..
Dan kepadaNya jua kita akan kembali..
Salam buat Kerdau & Merlimau dari budakbalun@hulu selangor
sunsnake 07032011