Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 7, 2011

Kot Ye Pun Teringin Nak Jadi KM Pulau Pinang..


Geleng kepala teman baca kenyataan Yb Lompat kita nih!
Bercakap macam budak sekolah yang selalu memonteng hisap rokok tepi rumah teman neh!
Mana fakta atau bukti apa yang dikatanya ntah?

Mana sumber ntah?
Mana asas ntah?

Bercakap macam dia tau segala-gala perjalanan kerajaan negeri!

Ke hati masih pedih sebab Guan Eng reject application syarikat dia nak tender Kerajaan negeri dulu masih terasa?

Adehhh!!
Siapa lah kamu disisi Najib..
Yang kamu nak bodek lebih-lebih nehhh??

opsss!! lupa lak!
Spesis katak lompat ni paling lama boleh ada jawatan pun sampai PRU13 ni aje..
Selepas je parlimen bubar.. kompom 1sen pun takde nilai mereka ni sisi Najib!
Disisi PR lagi lahhhh!!

wakakakakaka!

Layan kan aje lee wehhh!!

sunsnake 07032011

Tiga tahun pemerintahan DAP: Pulau Pinang penuh masalah

PULAU PINANG 6 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan tempoh tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang penuh dengan masalah sejak diberi mandat menerajui negeri itu mulai 8 Mac 2008.

Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu.

Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan.

''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat.

Berita Penuh

0 comments: