Teman pernah bersua dengan Allahyarham..
Tapi masa tu teman sendiri tak tau nama dia..
Sewaktu tu ada program Kembara Amal Negeri Selangor..
beberapa bulan lepas tu teman dihubungi oleh Allahyarham yang memperkenalkan dirinya sebagai Firdaus ARC Selangor..
Loghat Kedah agak pekat jugak dia ni!
Dia plan nak buat konvoi ARC ke Hulu Yam..
dan Terus nak gerak ke Hulu Selangor katanya..
so, dia minta la teman selaku Pengerusi ARC dan AJK DACS Hulu Selangor arrangekan apa-apa aktiviti untuk team konvoi ni buat..
Seronok sungguh dia bila lepas tu teman inform yang akan arrangekan aktiviti tazkirah dan gotong-royong bersihkan surau di Bukit Beruntung + makan tengah hari yang akan disediakaan!
Ironinya.. bila terbaca berita dia meninggal baru teman tahu dialah Firdaus!!!
Teman tau wajah tak tau nama..
kemudian tau nama tak tau wajah..
Setelah dia tiada.. baru teman tau nama dan wajahnya! Allahuakbar!
Sempat jugak teman dapat sms minggu lepas berkenaan aktiviti ARC ni dari Allahyarham rasanya..
Malangnya teman tak sempat nak jawab.. dan mungkin jugak sebab teman buat tak endah!
Dan kini.. teman tidak akan dapat lagi sms mahupun panggilan darinya..
Ya Allah.. aku menjadi saksi akan usahanya untuk mendekatkan anak-anak muda dengan perjuangan Islam melalui jalan ARC ini..
Semata-mata mahu menarik anak muda menggunakan aktiviti yang mereka sukai..
Terimalah segala amalannya Ya Allah...
Ampunkanlah segala dosa-dosanya...
Tempatkan rohnya bersama roh-roh para pejuangMu..
Ameen!
Al-Fatihah!
sunsnake 16112010
sumber - Usrah anak Muda