Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, September 3, 2011

Bagaimana Mahu Ber Patriotisme?

Tengok wajah ni terus hancur lebur patriotisme teman!! wakakaka!


Suatu ketika dahulu.. sewaktu teman menyaksikan 'live' di RTM sambutan kepulangan wira-wira Everest Malaysia Mahendran dan Mohanadass.. terasa meremang bulu roma dan bulu kaki.. seingat teman masa tu umur dalam 12 tahun... begitu bersemangat diwaktu itu apabila melihat betapa meriah dan hebatnya sambutan yang diberikan! teman amat mengagumi Gunung Everest, tambahan pula diwaktu itu teman bersekolah di kampung yang agak jauh daripada kemajuan. Buku-buku di perpustakaan agak lusuh dan tak 'up-to-date'. Internet jauh sekali la zaman tuh! Di TV sahajalah tempat nak melihat bagaimana rupanya gunung Everest yang paling tinggi didunia tuh!! penuh dengan salji! dengan ribut! dengan batu-batuan kasar dan halus! pehh!!

Tanpa teman sedari dek kerana begitu bersemangat dan berbangga atas nama Malaysia, mengalir air mata teman semasa dihadapan TV tersebut... bukan setakat mengalir malahan tersengguk-sengguk! begitulah bersemangatnya 'patriotisme' teman diwaktu itu... Walaupun yang berjaya itu berbangsa India, namun teman tak peduli!! Inilah kejayaan Malaysia!!!

Tak lama selepas itu.. teman layan cerita Bukit Kepong lakonan Jins Shamsuddin dan rakan-rakannya.. Hampir-hampir teman memejamkan mata apabila melihat satu demi satu anggota Polis ditembak mati oleh pengganas komunis!! Dan sekali lagi teman mengalirkan airmata hingga teresak-esak apabila klimaks filem tu memaparkan wajah-wajah mereka yang terkorban sebagai perwira!

Dan kini.. di tahun 2009 ini.. sekali lagi teman melayan filem Bukit Kepong.. hmmm ada sesuatu yang hilang laa.. filem tu macam tu la jugak.. namun didalam diri teman ni ada sesuatu yang hilang.. teman hanya memandang sepi apabila babak-babak kematian anggota Polis Bukit Kepong.. hinggalah ke babak Sarjan dihempap alang rumah yang terbakar!

Tidak patriotikkah teman?
Sedangkan suatu ketika dahulu teman pernah mengalirkan airmata kerana filem yang sama!!
Tidak sayangkah teman pada Malaysia?
Sedangkan teman pernah menangis kebanggaan kerana kejayaan rakyat Malaysia!!

Apakah sebenarnya yang hilang??
Mengapa patriotisme telah hilang?
Siapakah penyebab patriotisme hilang?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa memerah keringat sepenuh-penuhnya semata-mata untuk membayar 'kadar bunga' pinjaman kereta Bank malaysia yang tinggi nak mampus!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa menanggung hutang pinjaman pelajaran yang ada faedah??

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar harga bunga yang terlalu gila babi tingginya untuk pinjaman rumah?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar harga yang tinggi apabila mengisi minyak di tangki motor dan kereta sedangkan negara ini punya minyak sendiri???

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar kadar tol di lebuhraya yang amat tinggi dan banyak pula pondoknya!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa berjimat hingga ke tahap mengawal penggunaan beras dek kerana harga beras yang dah nak sama macam harga emas!!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar yuran persekolahan anak yang darjah satu mencecah RM200 lebih!!! bayangkan kalau teman ada 5 orang anak?? Sekolah rendah dan menengah!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa mengeluarkan hingga RM2.50 hanya untuk setin sardin kecil?? bukan cap ayam pun??

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar cukai pintu,cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan dan macam-macam lagi cukai tetapi masih kena bayar harga minyak yang tinggi?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar premium Insurans kenderaan sedangkan tak eksiden langsung tahun sebelumnya selepas terpaksa membayar cukai jalan!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar bil perkhidmatan internet yang mahal tapi kelajuan yang amat hampeh!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa memejamkan mata melihat segala hasil mahsul negara ini diagih-agihkan sesama ahli UMNO dan BN sedangkan rakyat digula-gulakan dengan PATRIOTISME!!!

"gi jahanam la UMNO'

p/s: tulisan lama teman di blog PAS Zon Bukit Beruntung
budakbalun 03092011

Mat Sabu - Fenomena Syawal 1432H!

Woi! yang ni lagi bahaya daripada komunis la zaman nehh!


Memang gempaq la Abang Mat kita ni..
Sebenarnya teman secara peribadi tidak terkejut langsung apabila timbul isu ni..
Teman rasa sejak teman mula mengenali Abang Mat pun teman dah banyak kali dengar ucapannya yang menyatakan Sejarah Bukit Kepong perlu diperjelaskan..
Bukan sekadar menjadikan Filem Jins Shamsuddin sebagai punca utama sejarah peristiwa tersebut!

Yang hairannya..
Mengapa baru sekarang UMNO nak kecoh?
Mengapa di tahun 2011 ni baru nak timbulkan ucapan tersebut?
Walhal takkanlah SB-SB polis upahan UMNO tak pernah buat laporan dalam ucapan-ucapan Abang Mat sebelum ini?
hmmm.. kalau macam tu UMNO kena double check balik 'kesetiaan' SB-SB neh..

Yakinlah..
Isu ini sengaja di'spin' untuk menutup isu pengundi hantu dan kehancuran kredibiliti SPR dan JPN dalam kes senarai pemilih..
So? nak kena menari ikut gendang UMNO ni ke?
budakbalun 03092011

Pas mahu tulis semula sejarah negara?

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jika sebelum ini isu Bukit Kepong hanya berkisar kepada kenyataan peribadi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tetapi ia seolah-olah menjadi pendirian rasmi parti itu menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ia jelas apabila beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan kenyataan Mat Sabu.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik cuba menidakkan fakta bahawa Mohammad Indera adalah anggota komunis yang bertanggungjawab membunuh 25 anak bangsa sendiri dalam tragedi itu apabila mendakwa pengganas tersebut adalah guru agama.

Abu Bakar menuduh UMNO yang melabelkan Mohammad Indera sebagai komunis sedangkan mengikut fakta 'guru agama' itu memang menyokong dan menjadi ahli komunis sehingga diangkat mengetuai Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM).-melayau