Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 2, 2010

Jangan lupa ajak Saiful joint Silat!



'beliau' ni dah keluar.. banyak la pulak cakap!
Dulu masa still dalam PKR..
Still ADUN Penanti..
Still Timbalan Ketua Menteri..
Tak pernah pulak teman dengor dia bercakap!
Nada yang keras pulak tuh!

Ke sejak isi form jadi ahli Silat Gayung hari tu?
Tiba-tiba jadi keras semacam??

Err.. jangan lupa ajak Si Saifool tu sekali yek?
Biar nampak keras skit!!
Idak la mengaku kena liwat! wakakakaka!
sunsnake 02032010

Henti serangan peribadi atau saya dedah kepincangan – Fairus

02/03/2010 12:59pm

KUALA LUMPUR 2 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin memberi amaran kepada parti pembangkang agar berhenti menyerang peribadinya.

Katanya, jika serangan seperti itu terus dilakukan, beliau tekad akan mendedahkan satu persatu kepincangan serta kelemahan dalam pembangkang terutama di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan,” tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Fairus menerima sijil keahlian UMNO daripada Setiausaha kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.

Fairus yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti mengumumkan menyertai UMNO ketika menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Seni Silat Gayong Malaysia yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu atas alasan untuk melanjutkan pelajaran. – Utusan

Harga ikan mungkin naik? dah naik dah pun!!


Monyok je muka orang umah teman pagi tadi..
balik dari pasar..

"Na pe?"
"Mahal giler ikan hari ni.. 3 ekor kembung besar dah 5 hengget!
"uikksss!!!"

Mula terbayang rupabentuk kotak berinsulasi tinggi kepala bana Noh Omar tuh!
Mula terbayang kapal pukat tunda kat laut!
Mula terbayang jaring pukat hanyut!
Mula terbayang muka brader yang jual ikan kat pasar basah Bukit Sentosa nih!
Mula terbayang ATM machine kat bank!

Mudahnya jadi Kerajaan Malaysia..
agak-agak takde duit.. buat la plan pelik-pelik..
Buat la arahan-arahan yang memusykilkan fikiran.

Apa ada hal?? Janji masyukkkk!!
Rakyat dihinakan.. Kroni diperkayakan!

Bila la Melayu Felda nak sedar?
Bila la ahli PEKIDA nak sedar?

sunsnake 02032010

Protes: Peniaga ikan tunggu dan lihat

ALOR SETAR 1 Mac - Tunggu dan lihat. Itu pendekatan yang diambil oleh peniaga-peniaga ikan di sekitar bandar raya ini selepas pengimport dan pemborong ikan menghentikan operasi membawa masuk ikan mulai hari ini.

Tindakan pengimport dan pemborong ikan itu sebagai protes berikutan arahan penguatkuasaan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurut para peniaga ikan, berikutan keputusan berkenaan, mereka kini mempunyai dua pilihan iaitu mendapatkan bekalan ikan tempatan atau menghentikan sementara jualan sehingga bekalan ikan import kembali pulih.

Mereka bagaimanapun amat berharap isu berkenaan dapat diselesaikan segera kerana jika berlarutan, ia akan menyusahkan banyak pihak termasuk para pengguna yang mungkin berdepan dengan kenaikan harga ikan.

berita penuh

Noh akan temui pengimport ikan Thailand

PUTRAJAYA 1 Mac - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dengan wakil pengimport ikan dari Thailand esok untuk menyelesaikan isu penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG).

Pertemuan itu diadakan selepas kementerian itu berjaya menyelesaikan isu sama yang dihadapi pengimport ikan dari Indonesia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun berkata, walaupun masalah yang dibangkitkan pengimport ikan dari Indonesia telah diselesaikan hari ini namun mereka masih mahu meneruskan boikot sementara menunggu hasil perbincangan kerajaan dengan pengimport ikan dari Thailand.

berita penuh

Kalau ke Mahkamah, UMNO cukup suka!


Suka betul pemimpin-pemimpin UMNO kalau isu yang kena batang hidung depa dibawak ke mahkamah!
Hmmm.. Apasal bila sebut mahkamah pual-puak ni macam 'confident' giler ye?

Kira macam Mat Rempit ajak Mat Skema berlumba motor la ni!
Memang macam dah kompom menang je ye tak?

Maklumlah.. sejak dua menjak ni memang Konsep Pengasingan Kuasa kat Malaysia nih dah makin hancus!!!

opsss!! karang dituduh menghina mahkamah lakk!!
sunsnake 02032010

BN anggap usul selesai royalti langkah terbaik

KOTA BHARU 1 Mac - Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyokong usul untuk membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah kerana ia adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Isu itu berpunca daripada tafsiran undang-undang yang berbeza oleh pihak Kerajaan Pusat dan negeri sehingga ia dipolitikkan manakala para pemimpin BN dituduh sebagai menghalang pemberian royalti berkenaan.

berita penuh

Ikhlas buat Penyokong Liverpool, Chelsea & Arsenal

Oh ya! Sebelum masuk beradu..
Buat Penyokong-penyokong Liverpoll, Chelsea dan Arsenal..
Terimalah 3 keping gambo ini buat kenang-kenangan.. eh eh eh!



Bila Hidup Tiada Islam..


Kalaulah mereka ni hidup memperjuangkan bangsa kulit putih..
Itulah yang mereka dapat..
Sama gak la kalau melayu sibuk nak hanya memperjuangkan melayu..
Maka melayu la yang mereka dapat..

Lain cerita kalau Bangsa Kulit Putih memperjuangkan Islam..
Dengan Bangsa Kulit Putih, dengan Bangsa Melayu.. dengan Bangsa Cina, Bangsa India..
satu dunia punya bangsa kan turut sama memperoleh manfaat!

err.. agak-agak bila melayu pulak nak jadi macam nie? Na'uzubillah


sunsnake 02032010

Getting naked for art at the Sydney Opera House

SYDNEY, March 1 – Some 5,200 Australians posed naked in front of the Sydney Opera House on Monday for a photo shoot by New York-based artist Spencer Tunick for another signature installation of nudes against urban backdrops.

On a chilly, overcast, first day of autumn, the mass nude photo shoot was titled “Mardi Gras: The Base” and meant to celebrate Sydney’s Gay and Lesbian Mardi Gras last weekend.

As the sun rose, Tunick instructed participants to do a number of poses, from standing up, lying down, and even embracing cheek to cheek, for over an hour.

berita penuh

Hebatnya JAIS! Hebatnya Khusrin!


Nampak nyamuk! Tampar Nyamuk!
Sarang nyamuk belakang rumah.. tengok saje..

Sibuk nak hukum..
Tapi punca jadi maksiat macam tu dibiar..

Ada artis yang dah bertaubat dan jadi pendakwah di'banned' memberikan kuliah!
Tapi bila artis maksiat nak buat konsert dibiar..

Ini la fungsi agensi-agensi Islam kat Malaysia ni tak kira la Selangor ke.. Mana ke..

Yang dah jadi macam perempuan melayu ni.. nak buat macam mana?
Tapi yang akan datang kena jaga betul-betul!
Kembali la kepada Islam yang sebenar..

err.. mana ada Al-Quran suruh hukum denda duit pada penzina yang Islam??
Agak-agak boleh ke si Khusrin ni cakap
"kami menghukum penzina ini atas undang-undang Islam!"?

sunsnake 02032010

JAIS ambil tindakan jika bersekedudukan

SHAH ALAM 28 Feb. - Teman lelaki serta ibu kanak-kanak berusia tiga tahun yang meninggal dunia akibat didera, Syafiah Humairah Sahari akan dihukum mengikut undang-undang syariah sekiranya terbukti bersekedudukan dan mengadakan persetubuhan haram.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tindakan itu akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang syariah negeri itu yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Katanya, berdasarkan enakmen tersebut, sekiranya ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Norhanim Aziz, 25, serta teman lelakinya itu didapati bersalah, mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi yang berkenaan.

berita penuh

Kali ni teman sokong Kerajaan Malaysia!


Siapa kata teman asyik nak bantai je Kerajaan Malaysia?
Siapa kata teman asyik nak 'kondem' je kat UMNO?

Kali ni teman sokong idea/plan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kerja Raya..
Nak buat satu highway dari Sabak Bernam ke Utara ataupun Selatan..
Molek sangat la tu..
Kurangkan kesesakan traffik terutama di musim-musim perayaan..

Cuma.. jangan la mahal sangat tolnya!
Dan kalau Kerajaan mampu buat.. buatkan aje..
So, tak payahlah bagi swasta ataupun GLC..
kelak jadi la macam PLUS ni ha!!
sunsnake 02032010

Kerajaan buat kajian bina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua

01/03/2010 7:59pm

SEREMBAN 1 Mac – Kerajaan kini membuat kajian terperinci bagi membina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua bagi menyediakan laluan opsyen kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang sedia ada untuk ke destinasi mereka.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kajian itu meliputi kadar trafik serta pekan yang boleh dilalui lebuh raya baru tersebut selain kesannya terhadap ekonomi dan pembangunan setempat.

“Keperluan untuk membina lebuh raya ini sememangnya ada, namun kita harus menelitinya dengan lebih mendalam,” katanya selepas merasmikan persimpangan Setul dan Ampangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), di sini hari ini.

Untuk rekod, projek itu telah dirancang ketika kementerian tersebut dipegang oleh Datuk Seri S. Samy Vellu dan dijangka dibina dalam dua fasa iaitu fasa pertama menghubungkan Banting dan Sabak Bernam sebelum dihubungkan dengan Taiping dalam fasa kedua.

Mengulas perkara itu, Shaziman bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lebuh raya tersebut hanya akan menghubungkan Sabak Bernam ke selatan tanah air jika kajian tersebut mendapati ia kurang sesuai untuk dihubungkan ke utara. – Bernama