Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, January 27, 2010

Bro Zunar! Wa caya luu Syeikh!










Kagum betul teman!
Bro Zunar ni lagi tekan lagi lawan!
Silap-silap mengalahkan Azmin Ali istiqamahnya!

sunsnake 27.01.2010

Pembunuhan Altantuya jadi idea komik terbaru Zunar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Kisah pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu serta pilihan raya kecil Bagan Pinang menjadi idea terbaru kartunis Zunar untuk terus berkarya.

Kali ini beliau datang dengan cerita "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria". Kedua-duanya terdapat dalam buku komik terbaru beliau, Isu Dalam Kartun (IDK).

Komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu, 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, dekat sini.

Pengarah Urusan dan juga Ketua Pengarang Sepakat Efektif Sdn Bhd, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar berkata, seperti juga "Gedung Kartun" dan "Perak Darul Kartun", IDK sarat dengan karya-karya kartun dengan kritikan pedas terhadap isu seperti kes kehilangan enjit jet, penggunaan perkataan Allah, rasuah,GST, tol dan sebagainya.

Selain itu, dalam keluaran ini, Zunar dan pasukan kartunisnya mempersembahkan dua cerita satira utama iaitu "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria".

"Sumpah di Bumi Komisen" adalah sebuah cerita fantasi di negeri antah berantah di bawah pemerintahan Datuk Komis dan isterinya Nek Mah. Datuk Komis dikatakan mempunyai hubungan cinta secara sulit dengan seorang gadis yang berasal dari Ular Batok, Antootuya.

"Malangnya Antootuya dibunuh di Puncak Segala Alam. Cerita menjadi gawat apabila negeri itu dilawati hantu jelmaan Antootuya.

"Kartunis Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad) dan Lan (Azlan Isa) berpadu tenaga merealisasikan lukisan cerita yang memenuhi 29 muka surat ini diatas kertas, sementara skrip digarap oleh saya sendiri danRonasina (Apandi Ramli) yang bertindak sebagai Editor,"kata Zunar dalam satu kenyataan.

Manakala "Dari PD ke Mongoria" juga merupakan cerita rekaan mengisahkan bagaimana operasi sulit yang dilakukan oleh pemerintah sebuah negeri, Menteri Kecik untuk menyelamatkan sepasang kekasih yang tertangkap basah di sebuah hotel di selatan tanah air.

Ia dilukis oleh kartunis Oly (Olihairi Othman).
Kartunis Enot (Zainal Misran) pula mengemukakan tujuh teori dari perspektif beliau sendiri mengenai kehilangan enjit jet dan pihak yang mencurinya.

Enot juga meneruskan karyanya bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Kartunis Haili (Nor Halim) pula mengkritik pihak yang mempertahankan perkataan Allah dan dalam masa yang sama melakukan korupsi serta salah guna kuasa.

Beliau juga mengulas isu isteri pembesar yang membazir jutaan ringgit untuk membeli-belah diluar negara.

Hishamuddin Rais pula meneruskan kisah satira popular "Riwayat Jantan Takubin" sementara Rahmat Haron menyambung nukilan bersiri "Bercakap Dengan Puaka."
Pyan Habib menyingkap di sebalik tabir kontroversi majalah Gedung Kartun dalam kolumnya “Racau.” Peguam Puspa Ros memberi informasi kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Zunar juga,IDK adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri bernombor pendaftaran (PP16565/12/2010(026185).

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada syarikat Anilusca Ideas Enterprise yang telah memberi kebenaran untuk saya menggunakan permit penerbitan mereka," katanya lagi.

IDK mempunyai ketebalan 84 muka surat termasuk kulit dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara.

Hmmm.. Mau berpeluh dahi UMNO!!!


Serang gereja: Azmin dakwa ahli Umno terbabit

Jimadie Shah Othman
Jan 27, 10
4:46pm

Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.

"Saya akan mendedahkan dalam masa terdekat ini mereka yang terlibat dalam kes serangan terhadap gereja di Taman Melawati (Desa Melawati) adalah ahli dan anggota Pemuda Umno.

"Saya menggesa presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) mengambil tanggungjawab berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti untuk didedahkan kepada umum, dijangka dalam masa terdekat ini.

"Saya akan kumpulkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno, baru saya akan sebarkan kepada rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Diminta menjelaskan jangkaan pengumuman itu dapat dibuat, beliau berkata:

"Dalam masa terdekat. Saya tidak sukar (mendapatkan butiran tersebut) kerana berdasarkan nombor kad pengenalan, kita boleh dapat nombor keahlian Umno mereka."

Azmin memberitahu media perkara berkenaan selepas melawat Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran insiden kepala babi diletakkan dalam perkarangan masjid berkenaan awal pagi ini.

Beliau melapangkan masa kira-kira satu jam bermula 2.30 petang.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mendakwa, sekurang-kurangnya empat atau lima orang daripada mereka yang ditahan reman, adalah ahli Pemuda Umno, daripada bahagian Gombak dan Ampang.

"Sekurang-kurangnya empat atau lima orang. Malah mereka daripada cawangan mana pun saya tahu," katanya.

Selepas mengumpulkan maklumat terperinci, katanya, beliau akan mendedah nama pihak terbabit, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kepada umum.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, diserang dengan bom api pada waktu tengah malam, mengakibatkan bahagian bangunan tiga tempat yang menempatkan gereja terbakar.

Ia merupakan antara 11 gereja yang menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme sepanjang tiga minggu di samping sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Ditanya sama ada beliau cuba menuduh Umno sebagai dalang di sebalik siri-siri serangan terhadap rumah ibadat di seluruh Malaysia, Azmin menafikannya, tetapi mengulangi tuduhan terhadap pergerakan Pemuda parti itu.

"Saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak sebagai dalang dalam kes ini. Saya tidak mahu (membuat) spekulasi. Saya mahukan siasatan terperinci dan tegas.

"Apa yang saya hendak sebut, tertuduh yang didakwa (membakar gereja di Dewa Melawati) baru-baru ini merupakan ahli Umno daripada bahagian Gombak dan Ampang.

"Saya sedang mengumpulkan maklumat terperinci dan saya minta presiden Umno jelaskan bagaimana mereka terlibat.

"Ini tindakan dayus Pemuda Umno. Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, beberapa ahli Umno itu merupakan ahli bahagian Gombak dan Ampang," kata Azmin.

http://www.malaysiakini.com/news/123019

Terbaru! Kepala Babi di lontar ke Masjid!


Hmm.. nak tuduh takde bukti..
Cuma setahu dan ikut pengalaman teman..
kalau dah main kepala binatang ni..
puak2 tu aje....

Tak pernah lagi tengok puak2 lain usung kepala haiwa ke hulu-hilir macam puak tuh!!

Kompom musti dinafi punya!!
Kepala lembu yang terang-terang diangkut dulu pun depa kata tak tau sapa bawakk!!

kah!kah!Kah!

Sama-sama la kita layankan aje perangai puak-puak yang semakin semakin semakin desperate nih!!
sunsnake 27.01.2010



Kes Terkini Kepala Khinzir di buang di perkarangan masjid Dato' Harun 28 Jan 08@ 7.00 am
Terkini : Golongan terdesak dan individu yang tidak kenal kata dari tuhan meletakkan 2 kepala khinzir di masjid jumhuriah dato harun petaling jaya

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 7 pagi , siak masjid menjumpai bungkusan mencurigakan dan menyangka bahawa terdapat bayi yang diletakkan di dalam bungkusan masjid diperkarangan pintu masuk belakang masjid jumhuriah , kampung datuk harun petaling jaya.
setelah pihak polis dipanggil , dan bungkusan itu dibuka untuk dikenalpasti , barulah jemaah yang melihat sedar bahawa terdapat 2 biji kepala khinzir didalamnya.
ramai penduduk hadir untuk menyaksikan sendiri kejadian tersebut.
Turut Hadir YDP PAS Kawasan PJS (Ustaz Ghazali Shaari), AJK kariah masjid , anggota unit amal , amk dan kebanyakan pimpinan setempat.

Pada jam 9.45am pasukan forensik datang menyiasat dan membawa bahan bukti tersebut ke balai , Alhamdulillah ahli PAS dengan rela hati membersihkan masjid dan menyamak tempat tersebut.
pada jam 10.45 difahamkan yb nurul izzah akan tiba dan mengikut maklumat yang belum disahkan terdapat 2 masjid berdekatan iaitu masjid di brickfield dan sentosa mengalami nasib yang sama.
Anggota Jabatan Amal sedang ke tempat-tempat yang dikatakan tersebut untuk mengesahkan dan meredakan keadaan.

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (٨)
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (٩)
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (١٠)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (١١)
أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لا يَشْعُرُونَ (١٢)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لا يَعْلَمُونَ (١٣)
وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ (١٤)
اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (١٥)
أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلالَةَ بِالْهُدَى فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ (١٦)
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لا يُبْصِرُونَ (١٧)
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ (١٨)أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ (١٩)
يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٠

Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
QS. al-Baqarah (2) : 8

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
QS. al-Baqarah (2) : 9

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
QS. al-Baqarah (2) : 10

Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
QS. al-Baqarah (2) : 11

Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.
QS. al-Baqarah (2) : 12

Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman? "Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
QS. al-Baqarah (2) : 13

Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: " Kami telah beriman ". Dan bila mereka kembali kepada syaithan-syaithan mereka, mereka mengatakan: " Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok ".
QS. al-Baqarah (2) : 14

Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka.
QS. al-Baqarah (2) : 15

Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
QS. al-Baqarah (2) : 16

Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
QS. al-Baqarah (2) : 17

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)
QS. al-Baqarah (2) : 18

Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang kafir.
QS. al-Baqarah (2) : 19

Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
QS. al-Baqarah (2) : 20

lokasi di pintu belakang masjid
pada mulanya jemaah menyangka mayat bayi
setelah dibuka ianya adalah 2 biji kepala khinzir dan duit sebanyak rm30 (campur duit singgit dan lima hengget)
semoga allah sahaja yang membalas perbuatan khianat ini

sumber - facebook pemuda Pjs

Gambo Pemandangan Belakang Rumah Teman!

Tak Caye??
elleehhh!! Rosmah kata dapat duit dari orang arab diatas 'kejujuran'nya leh lak korang percaye??
chaiitt!!

sunsnake 27.01.2010