Isytihar harta? Harta saya dan keluarga sikit niiiii je tau!
Sialan betul laaa!
DAP Pulau Pinang ni tak habis-habis nak buat keje khianat!
Suka sangat buat kerja yang tak pernah dibuat dek orang!
Especially tak pernah dibuat dek orang UMNO!
Ghani othman MB UMNO Johor tak pernah buat..
Adnan yaakob MB UMNO Pahang? Laagi jauh!
Ganu? Perlis? Muhamad N9?
Gila! Takde keroje cari keroje kata Zambry MB Haram UMNO Perak!
Tapi MB PKR Khalid Selangor dah buat awal dah..
Ni KM Guan Eng DAP Penang lak buat..
ishhh!!!
Macam mana la nak bagi makcik pakcik felda faham nehhh!!!
budakbalun 12012012
Exco Pulau Pinang isytihar harta secara terbuka
Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.
Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.
Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.-Mkini