Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 30, 2009

Gempa luar dan dalam di Negeri Sembilan!




Kan teman dah kabo!
Kemenangan Isa Samad di Bagan Pinang bukan pengakhiran kepada PAS,
tetapi permulaan kepada kehancuran UMNO Negeri Sembilan!

Mana mungkin Isa Samad nak jadi orang suruhan Mohamad?
Mana mungkin Mohamad kena hormat Isa sebelum buat apa-apa keputusan
terutama berkaitan projek dan hal-hal yang 'masyuk'?

So, menang jadi abu..
Kalah jadi arang..
Jangan jadi macam PPP dan MCA udahhh!!
Kalau jadi pun.. setakat UMNO N9 je laa..
tak sampai kena bubar parti!!

sunsnake 30.11.2009

UMNO NEGERI SEMBILAN HENDAK BUANG MB – malaysian insider

Negri Sembilan Umno warlords are using allegations of an illegal money transfer to unseat the unpopular Mohamad Hasan, whose aides denied the mentri besar is under central bank probe.

“We believe that there is no point letting the issue being exploited by the opposition, the leadership must take action, now we are just waiting for the president's return,” a Negri Sembilan division chief told The Malaysian Insider.

Mohamad, who became mentri besar in 2004, is currently under Bank Negara Malaysia (BNM) probe for allegedly transferring funds amounting to RM10 million to London through a money changer, Salamath Ali.

The Malaysian Insider understands that Mohamad has privately blamed his staff for making him use the services of the money changer.

Pakatan Rakyat's Batu MP Chua Tian Chang revealed the matter after the central bank said Salamath Ali Money Changer had contravened Section 30 of the Money Changing Act 1998 and its licence had been revoked on Oct 26.


Gempa kecil di Kuala Pilah
Nov 30, 09 11:21am
Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu. BERNAMA

Doa TGNA - Najib yang keliru!


Dah jenuh Nga Kor Ming baca ayat ni dalam ceramah!
Tu la.. bila ada bukan Islam baca maksud ayat Quran (bukan tafsir)..
UMNO bukan main marah! Siap ajak semua rakyat Malaysia marah sekali!
UMNO ingat rakyat Malaysia jahil macam dia jugak!
Yang baca berita TV tu yang perempuannya tudung pun tak pakai!
Ada hati nak baca berita yang kondem ulama'!!
Cakap jahil marah!
Cakap munafik membunuh pun sanggup!

Ayat yang selalu dibaca oleh Nga Kor Ming
"Janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim,
kelak kamu akan disambar oleh api neraka!" (Surah Hud, Ayat 113)

Najib Tun Razak zalim apabila gagal menyerahkan hak milik rakyat Kelantan dalam keuntungan Petronas dalam bentul royalti!
Bukan setakat Najib, Pak Lah, Mahathir pun turut sama zalim sebab selama ini 'pekak, buta dan tuli' dalam isu ini!

Salahkah TGNA berdoa moga Allah SWT musnahkan masa depan Najib dan UMNO apabila TGNA dan rakyat Kelantan dizalimi oleh UMNO-BN?
Najib selaku ketua kepada UMNO dan BN pastinya bertanggungjawab sepenuhnya atas kezaliman ini dan moga Allah SWT makbulkan doa TGNA tersebut.
Sesungguhnya doa makhluk yang dizalimi PASTI akan dimakbulkan oleh Allah SWT walaupun mahkluk itu bukan Islam!

Sama-sama kita nantikan...
Semoga mereka memperoleh hidayah Allah SWT untuk menghentikan kezaliman UMNO-BN terhadap rakyat Malaysia yang bertuah ini!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
sunsnake 30.11.2009


Hormati perjanjian royalti 5 peratus

Oleh: ardzulna

"Wahai Ahli UMNO termasuk Bro Harussani renunglah artikel ini dengan hati yang suci bersih janganlah dek nak jaga perik nasi kamu, maka kamu berlaku zalim kepada kami rakyat Kelantan

PM kata :

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad.

Tg Razaligh kata :

"Hormati perjanjian royalti 5 peratus"

SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pusat dan Petronas yang masih berdegil untuk memberi wang royalti kepada Kelantan akan memberi implikasi besar kepada negeri berkenaan dan negara secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Petronas diwujudkan untuk menyatukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia di bawah satu formula ringkas untuk berkongsi sumber petroleum negara.

Menurutnya, sebarang tindakan untuk menidakkan hak negeri-negeri yang mempunyai aktiviti petroleum untuk mendapatkan wang royalti dan mengganggu formula ringkas ini akan mengakibatkan kesan yang serius kepada Persekutuan Malaysia.

“Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolah pun memahaminya,” katanya dalam blognya, semalam.

Razaleigh berkata, keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai kewajipan Petronas membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayaran mereka.

“Hak royalti 5 peratus negeri-negeri tersebut dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan aktiviti petroleum yang dilakukan di negeri berkenaan. Sebagai ganti rugi, Petronas wajib membayar wang royalti secara terus kepada negeri tersebut," katanya.

Pemuda UMNO berdemo! Bukan Budaya kita!




Dulu, Kini dan Selamanya..
UMNO ni memang satu parti yang bodoh lagi membodohkan!
Sesat lagi menyesatkan!
Busuk lagi membusukkan!
Lagha lagi melaghakan!

Kalau nak popular! jangan bakar gambo Guan Eng,
Bakor bangunan Komtar tuh!
Nak lagi glamour bakar jambatan Pulau Pinang!
Tapi jangan bakar tang Tol, nanti Samy Vellu marah maa!

Siap tak mengaku siapa yang bakor gambar Guan Eng tuh!
Ini dah jadi macam di Shah Alam!
Dah heret kepala lembu dekat 200 meter, last2 sorang pun tak nak ngaku siapa yang bawa??
Wakakakakak!! Bodoh punya ahli UMNO!
Kalau bodoh jangan bagitau orang!!! wakakakakak!!

Sudah-sudahlah UMNO oi..
Di Selangor, sibuk heret kepala lembu depan SUK,
Di Penang, sibuk bakor gambar KM depan Bangunan Dun,
Di Kedah, antor cina-cina MCA & Gerakan demo bela babi..
ada jugak la cina-cina DAP joint sikit2..
Di Perak lagi hawau!
Siap pemuda UMNO menyamar jadi Polis dalam DUN!

Ini la bukti UMNO sememangnya tak boleh terima kenyataan!
Mencabul dan melanggar demokrasi apabila demokrasi itu tidak lagi memberi kelebihan kepada mereka!
Err.. bukankah ini doktrin komunis?
oppsss!!! Mau dihambatnye teman karang!

sunsnake 30.11.2009


Pemuda BN demo, foto Guan Eng dibakar

Nov 30, 09 12:53pm

kemaskini 3.15pm Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.

Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan dengan dakwaan ia tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Oh Tong Keong kemudian menjelaskan insiden membakar poster Lim bukan tindakan Pemuda BN tetapi seorang penduduk Kampung Buah Pala yang turut hadir di situ.

Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini bahawa mereka merancang agar perhimpunan itu berlangsung secara tertib dengan hanya membawa sepanduk dan poster.

Bagaimanapun seorang lelaki pertengahan umur tiba-tiba menyertai tunjuk perasaan itu dan kemudian mengambil sekeping poster lalu memijak dan membakarnya.

"Saya telah cuba menghalangnya (berbuat demikian) tetapi keadaan menjadi tidak terkawal," kata Oh.

Tambahnya, polis kemudian membawa lelaki tersebut dan seorang pegawai polis Cawangan Khas memberitahunya bahawa lelaki itu seorang penduduk kampung itu yang kini telah diranapkan untuk projek pembangunan.

Menurut Oh lagi, sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala sebelumnya berkunjung ke bangunan DUN untuk menyerahkan memorandum kepada ketua menteri dan meninggalkannya ketika kumpulan Pemuda BN itu sedang berdemonstrasi.

Katanya, semua penyokong Pemuda BN memakai baju putih dan berseluar hitam, manakala lelaki yang membakar itu berpakaian warna.

"Kami mengutuk tindakan membakar poster. Jika anda ada rungutan, anda harus menyatakan secara aman," katanya, yang juga timbalan ketua Pemuda Gerakan Malaysia.

Rombak jangan tak rombak!




Akhirnya Kerajaan Pusat mengakui perlunya BTN dirombak!

Pada teman, satu cara sahaja iaitu memberi peluang semua wakil daripada pelbagai pihak duduk di dalam kumpulan yang akan membentuk semula korikulum BTN ini.

Wakil setiap parti politik dan kaum ada didalamnya! Baru canggih bro!

Takkan UMNO-BN sahaja yang patriotik?
Abis, yang PAS ni komunis?
komunis pun sayang negara sendiri bro!

Yang jadi masalah bila BTN anggap
Melayu itu UMNO
UMNO itu Melayu
Lemah UMNO, lemah Melayu
Lemah Melayu, lemah UMNO!

Ini masalah problemnya!

Menipu tak sesudah!

Wallahualam.
sunsnake 30.11.2009


Sukatan kursus BTN dirombak - malaysiakini

Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.

Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.

Menanti 'kejutan' bolasepak Malaysia!


Teman last yang diingat bila team bola Malaysia menang Pingat Emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur...
teman sekolah rendah lagi masa tu..
Kapten rasanya Azizol Abu Hanifah! wira Perak yeob!
Itulah yang last kan?

Harap-harap kejutan kali ini adalah menyamai rekod tersebut..
sebab ini Sukan Sea bukan Sukan Asia..

Hmm.. boleh ke? ke semuanya harapan palsu?

sunsnake 30.11.2009

Bola sepak yakin bawa kejutan di Sukan SEA

30/11/2009 1:15pm

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Skuad bola sepak bawah 23 negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA, Laos yakin akan memberi satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengurus skuad negara, Datuk Subahan Kamal berkata, semangat pasukannya itu juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu melihat skuad negara pulang dengan kemenangan.

Katanya, keyakinan beliau yang cukup besar terhadap pasukan bola sepak negara itu kerana pengalaman yang dilalui oleh setiap pemain sejak kebelakangan ini selain boleh dianggap telah bersedia sepenuhnya.

"Walaupun mereka masih muda tetapi menerusi keputusan perlawanan skuad negara dengan beberapa negara besar sebelum ini seperti Arab Saudi, Kenya dan China, mereka memperlihatkan permainan yang baik.

"Kita tahu pasukan membawa harapan rakyat Malaysia yang sangat besar iaitu untuk melihat pingat emas yang telah 20 tahun tidak pernah dicapai. Itu tempoh yang lama namun kita yakin pasukan ini boleh membanggakan semua rakyat Malaysia,” katanya. - Melayau

Syabas! Tahniah! Anak-anak muda!

Tunjuk perasaan desak laksana undang-undang Islam


Wanita Islam Indonesia membawa sepanduk semasa mengadakan tunjuk perasaan menentang gejala maksiat yang membawa kepada jangkitan HIV di Jakarta, semalam. - AFP


JAKARTA 29 Nov. - Beratus-ratus penduduk mengadakan perarakan hari ini bagi mendesak kerajaan mencegah penularan HIV dengan melaksanakan undang-undang Syariah di negara ini.

Menjelang Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember ini, anggota kumpulan Hizbut Tahrir berarak di jalan-jalan raya di beberapa bandar besar termasuk di Jakarta, Solo, Yogyajakarta dan Makassar bagi mendesak kerajaan melaksanakan undang-undang itu di republik ini.

"Kami meminta semua orang menyokong pelaksanaan undang-undang Syariah dalam pemerintahan Islam supaya, Insya-Allah, kesemua kita akan bebas daripada ancaman HIV," kata jurucakap kumpulan itu, Febrianti Abassuni dalam satu kenyataan.

Di ibu negara, lebih 200 wanita mengadakan tunjuk perasaan mendesak kerajaan menutup tempat pelacuran dan mengharamkan kondom yang dikatakan 'menggalakkan seks bebas dan kelakuan tidak senonoh'.

Penunjuk perasaan turut membawa sepanduk termasuk sepanduk yang berbunyi: "Pelacur, penagih dadah dan golongan homoseksual adalah ejen perosak akhlak".

Kira-kira 270,000 rakyat Indonesia dilaporkan dijangkiti HIV dan AIDS dan setakat ini 8,700 orang telah terbunuh akibat AIDS di negara ini yang majoritinya beragama Islam. - AFP

Awang Hitam - ada yang pura-pura Bodoh!


Apa masalahnya dengan mat-mat Negro yang buat kacau?
Boleh kata kebanyakkan mereka datang sebagai student kan?
So, buang je dari kolej tempat mereka belajar!
Otomatik la mereka kena berambus dari Malaysia nih!

Melainkan ada yang berkuasa dan dapat untung dari setiap 'ekor' student hitam nih!
Maka logik la tak boleh setel sampai bila-bila!
Melainkan UMNO-BN dilenyapkan dari muka bumi Malaysia nih!
UMNO..
Dulu, Kini, Selamanya.. khianat!
sunsnake 30.11.2009

Warga Nigeria, Liberia, Cameroon 'bermasalah'

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Warga Nigeria, Liberia dan Cameroon dikenal pasti sering terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini berikutan keadaan ekonomi dan sosial penduduk di negara asal masing-masing.

Perkara itu diakui seorang pelajar sarjana warga Afrika yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan di sini.

Pelajar dikenali sebagai Albert itu berkata, latar belakang penduduk yang secara semula jadinya dibesarkan dalam situasi 'kasar' mendorong mereka terikut-ikut dengan gaya hidup yang sama di negara orang.

"Mereka memang dikenali sebagai golongan yang berani berhadapan dengan risiko bagi mendapatkan apa jua mereka inginkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama Albert sedia maklum mengenai penglibatan golongan itu dalam jenayah termasuk black money.

Ditanya mengenai senario itu, Albert menjelaskan, kelonggaran kolej swasta di negara ini memberi tempat kepada warga asing bagi melanjutkan pelajaran telah disalahgunakan sebagai 'senjata' untuk mendapatkan pas pelajar.

"Niat sebenar mereka bukanlah belajar sebaliknya melakukan 'kerja' lain di sini.

"Ramai antara mereka tidak mendapat keputusan cemerlang. Tetapi menghairankan kolej tersebut masih 'menyimpan' mereka dengan hanya alasan mereka membayar yuran. Kenapa tidak membuang saja mereka?" soalnya.

Pada masa sama dia mengakui bukan semua warga Afrika yang memasuki negara ini mempunyai niat sebegitu.

Sebaliknya, kata beliau, ada antara mereka yang memasuki negara ini untuk menuntut ilmu kerana kelulusan pengajian di Malaysia mendapat pengiktirafan di negara mereka.

"Golongan yang terlibat dengan jenayah terutama black money boleh dikenali dengan memiliki kereta dan tinggal di kondominium mewah selain gemar berbelanja besar.

"Mereka memang gemar mendapat duit dengan cara mudah dan pantas. Itu yang mendorong mereka sehingga ada yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah," katanya.

Menurutnya, kemewahan golongan itu kadang kala menyebabkan sebahagian gadis tempatan 'jatuh' ke tangan mereka.

Albert juga mengaku warga Afrika memang pandai memujuk untuk menarik perhatian seseorang gadis.

"Trend terkini yang dapat dilihat adalah kecenderungan warga Afrika mengahwini gadis tempatan untuk mendapat 'keistimewaan' di sini," katanya.

Laaa.. Ada lagi anak Maidin nih!



Ish..ish.. susah hati betul pencacai-pencacai UMNO sekarang ni..
Pantang bukak mulut sikit je Nik Aziz..
Pantang bukak mulut sikit je PAS..
Pantang bukak mulut sikit je Husam MUsa..
Pantang bukak mulut sikit je Nik Abduh!
Pantang bukak mulut sikit je Hassan Ali!

Ini petanda baik!
Ini tanda UMNO makin gerun dengan PAS!
Ini tanda hayat gerombolan makin sampai hujung..
Masing-masing nak jadi manusia terakhir yang tenggelam bersama kapal UMNO..
Kapal MCA dan MIC dah lama tenggelam..
Tak pasti boleh naik balik ke idak!

Kamu anak Maidin.. (dah Tan Sri dah sekarang wehhh!)
pergi la belajor Bahasa Inggeris balik..
Kalau boleh English Communication laa..
English Written bukan orang nak baca pun tulisan haprak kamu..
err..
Ke memang UMNO bior kamu bodoh English macam ni..
agar boleh dijadikan contoh betapa pentingnya PPSMI??
wakakakakak!


sunsnake 31.11.2009

Pas hilang identiti sejak bergabung dengan PKR

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pas telah kehilangan identitinya sejak mengambil keputusan bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin berkata, sejak bergabung dengan kedua-dua parti pembangkang itu, Pas telah menimbulkan keraguan dan kekeliruan di kalangan para penyokong berhubung arah tujunya.

“Dasar-dasar yang diperjuangkan Pas dilihat semakin ‘cair’ berikutan kerjasama dalam pakatan pembangkang.

“Dalam hal ini, yang banyak ternoda adalah Pas berbanding dengan PKR yang dasarnya memang liberal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Zainudin, ia dapat dilihat dengan jelas oleh para pemerhati politik, ahli akademik dan juga rakyat yang berada di luar parti itu.

“Dahulu Pas dikenali sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Tetapi, oleh kerana harapan untuk terus berkuasa dan yakin bahawa melalui kerjasama dengan DAP dan PKR akan membesarkan lagi kuasanya, maka Pas telah banyak bertolak ansur terhadap prinsipnya,” ujarnya.

sumber - melayau

NIk Aziz nyanyuk - Zahid Hamidi


Ikut kata Zahid hamidi..

Ini Nyanyuk!


Ini tak nyanyuk?? Bodo punya menteri!


Wehh!!
"Nyanyuk' Nik Aziz still mohon pada Allah SWT..
Bukan macam kamu, tumbuk,belasah orang suka-suka hati!
Itu bukan nyanyuk tapi meghoyan!
Lagi bahaya dari nyanyuk!
Nyanyuk jarang yang membunuh orang,
tapi meghoyan boleh mati orang kena bunuh!

Kesian budak lelaki tu..
NIat dia nak bermentuakan kamu...
Last2 dapat kesan kena belasah seumur hidup!
kena belasah dengan Menteri lak tuh!!
bangga wehh!!
Itu baru betul meghoyan!!
wakakaka!
sunsnake 30.11.2009

Tiba masa Nik Aziz bersara

LANGKAWI 29 Nov. - Kenyataan- kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau seperti sudah nyanyuk atau tidak sedar dengan apa yang diperkatakannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan tersebut turut menyebabkan Mursyidul Am Pas itu kini dilihat begitu berbeza dengan pemimpin lain parti tersebut termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Malah katanya, doa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dimusnahkan yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz pada khutbah solat Jumaat di Kota Bharu kelmarin membuktikan hakikat tersebut.

''Apa punya nyanyuk dia boleh membuat doa sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Maritim Antarabangsa sempena Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini