Tuesday, July 20, 2010
Saman Ekor - mekanisme kerajaan cari untung!
Baru je member teman dok tanya pendapat teman kejap tadi..
dia ada 2-3 saman ekor.. check kat internet..
Masalahnya.. ada 1 saman ekor ni kena time cuti 1 mei 2010..
Kena pulak kat area ofis..
dan dia duk Bangi! ofis kat Rawang!
hmmm.. memang tobat dia tak gi keje hari tuhh!!
Pulak???? pening gak la sebab nak kena bayor RM300..
road tax dah nak mati bulan depan!!?
hmmm.. apa pendapat kawan-kawan??
sunsnake 20072010
PAKATAN RAKYAT PERAK SEDIA PEGUAM BELA PESALAH SAMAN EKOR
Pakatan Rakyat Perak sedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah. Demikian dijelaskan oleh YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pagi tadi bersama dengan peguam Asmuni Awi.
Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dan adun Pakatan Rakyat. Menurut Tn. Hj Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang dan juga Pengarah Pilihanraya PAS Perak, tindakan JPJ yang tidak mahu memperbaharui cukai jalan kepada pesalah saman ekor adalah bertentangan dengan peraturan dan undang-undang, pesalah saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah samada melalui pengakuan atau pembuktian pihak pendakwa. Tindakan ini jelas satu penganiyaan ke atas rakyat.
Saman ekor melalui perangkap kamera ke atas pesalah jalanraya tidak dianggap satu kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan selagi tidak dibuktikan di mahkamah. Tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalanraya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah.
Pakatan Rakyat Perak melalui pasukan peguamnya bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana pesalah saman ekor.
Anwar - Hanya Penjara menantimu!
Teman semacam juga dengan bekas duta US ni...
Sangat-sangat merasakan yang DS Anwar akan kembali ke penjara!
Mungkinkah dengan cara itu (Anwar ke penjara) akan memungkinkan UMNO kembali segar-bugar?
Mungkinkah dengan cara itu (Anwar ke penjara) akan memungkinkan Pakatan Rakyat akan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi?
Adakah pada fikiran UMNO, Pakatan Rakyat hanya ada Anwar Ibrahim?
Mungkinkah setelah DS Anwar Ibrahim ini dipenjara fizikalnya, aura perjuangan rakyat akan terhenti?
Dan paling penting, mungkinkah akan timbul berjuta lagi Anwar Ibrahim selepas itu???
sunsnake 20072010
Bekas duta US: Anwar akan terus dihumban ke penjara? |
Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam. "Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott. "Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”
Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.
Berita Penuh
X Sarjan TUDM - Dihukum sebelum jatuh hukum!
Kesian pulak teman kat bekas Sarjan TUDM nie..
Jelas, ada unsur-unsur ugutan daripada pihak berkenaan.
Sepatutnya... pihak yang dituduh tidak bersalah selagi belum disabitkan kesalahan..
Malangnya... ugutan berbentuk tekanan kena 'follow' telah dijatuhkan kepadanya..
Kalau dah jadi macam ni.. kemana lagi la nak mengadu nasib..
haduiii..
sunsnake 20072010
Gagal dapat perlindungan, Tharmendran pilih penjara | |
|
Bekas Sarjan TUDM, N Tharmendran membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.
Tharmendran memfailkan permohonan perintah perlindungan di sebuah balai polis berhampiran.
Peguam utamanya, N Surendran berkata Tharmendran membuat permohonan tersebut kerana dia bimbang akan dibawa oleh pegawai TUDM yang sedang menunggu di luar dewan mahkamah. "Ini menunjukkan bahawa orang yang pernah diseksa sebelum ini, tidak mahu diseksa lagi," kata Surendran mengenai dakwaan pelanggannya diseksa oleh pegawai perisik tentera.
Berita PenuhBelom Dapat Tanah Sg Besi Dah Start Enjoy!
Perghh!!! Paris Hilton tuh!!! Tak main la Fasha Sanda!!!
Gitulah riaknya rakyat Malaysia yang 'bukan melayu' ni menghabiskan duitnya di Paris!
(macam perangai Najib lak suka ke Paris. kebetulan kot?)...
Inilah nama cina rakyat Malaysia yang diwar-warkan oleh Bro Sam Ketua AMK sebelum ni..
Baru teman tau muka dia cam mana ropenye..
Laaa.. teman ingat kot-kot nak dimajukan pun Tanah kem TUDM tu dapat ke orang melayu..
Ini Cina gakk!!! Mana 'Hidup Melayunya"? Kepala Bana mana "Ketuanan Melayu' UMNO nih?
Inilah nama dia bangsatnya UMNO!
sunsnake 20072010
Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana. (Gambar: Jho Low (kiri sekali) di atas bot mewah bersama Paris Hilton (tiga dari kiri) Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu. |
Sah! PR Parti anak beranak!
UMNO selalu kata PR parti anak beranak atas sebab Anwar,Azizah & Izzah menang jadi Ahli Parlimen.. Lim Kit Siang dan Guan Eng dan menantunya pun Ahli Parlimen.. Karpal Singh dan Gobin pun anak beranak Ahli Parlimen.. Faktanya betul tapi hakikatnya berlainan!
Apa masalahnya Nurul Izzah dan Anwar sama-sama jadi Ahli Parlimen? Sama-sama dipilih oleh rakyat! Bukan Anwar pandai-pandai lantik anaknya jadi Ahli Parlimen!
Sama jugak macam Lim Kit Siang dan anak menantu.. Karpal & Son.. Rakyat yang pilih..
Kalau kalah.. bolehkah mereka digelar parti anak-beranak?
Kalau gitu, boleh la teman kata UMNO "parti sepupu sepapat"!!
Pasal apa?? Najib dan Hisham Aww sepupu!!
Akhirnya terbongkar jua..
UMNO adalah "PARTI ADIK BERADIK"!!
Lagi sial!!
CIMB dipilih bukan sebab dipilih oleh rakyat!
CIMB bukan dipilih oleh Parlimen!
tetapi CIMB dipilih oleh Najib!
Sebab apa CIMB dipilih?
Sebab CIMB adik Najib punya!
Full stop!!!
Pencacai UMNO jangan nak berlabon yang CIMB lagi cekap dari Maybank!
Satu Dunia tahu betapa lembab nak mamposnya CIMB nih!!
Betapa mahal nak mampos interest personal loan dia!!
So, apa hujah pencacai UMNO??
sunsnake 20072010
Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal. "Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS. Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan. Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan. Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak. |
Berita Penuh