Cuma sekali Ku Li berpaling tadah menentang UMNO iaitu selepas 1987 dimana beliau tubuhkan Parti Melayu Semangat 46! hebat parti itu!
Teman sendiri dibesarkan dengan suasana Semangat 46! Bukan PAS! wakakaka!
Akhirnya Ku Li sahkan dia sanggup menjadi Pak Sanggup kepada Muhyiddin..
Makna kata.. apa pun 'tahi' yang ditinggalkan oleh Muhyiddin di Manek Urai selaku Pengarah PRK BN sebelum ini akan disapu oleh Ku Li! sesuai sungguh gelaran Ku Li ini!
Hmmm.. Mungkinkah Ku Li akan sekali lagi sanggup mempertaruhkan maruahnya dengan bertanding pula sebagai calon BN di Galas?
Segalanya mungkin dalam politik!
Tidak mustahil, Ku Li ada sesuatu didalam fikirannya!
Yang bisa buat Muhyiddin tidur berpeluh dahi!
sunsnake 09102010
Ku Li setuju jadi pengarah pilihan raya BN di Galas |
Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan. Bagaimanapun pemimpin veteran Umno itu berkata, keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berita Penuh