Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 9, 2010

Bertamadun sangat ke UMNO tu Fairus oii!!


Hok aloh!..
Kalau yang bercakap tu bekas Ketua Bahagian UMNO yang tak pernah masuk PKR boleh lagi teman terima..
Kalau yang bercakap tu bekas Menteri Besar UMNO boleh lagi teman terima..
Kalau yang bercakap tu Puad Zarkashi boleh lagi teman terima!
Kalau yang bercakap tu Samy Vello pun boleh lagi teman terima!

Ini yang bercakap ialah manusia yang pernah melalui pahit getir bersama PKR.
Yang pernah menjadi mangsa kezaliman UMNO!
Yang pernah menjadi mangsa 'ketidak bertamadunan' UMNO!

Sepatutnya bukan UMNO yang kamu pilih duhai Fairus!
Kalaupun tidak berpuas hati.. bukan UMNO destinasinya..
Kerana kamu sendiri pernah mengalami betapa pedihnya dizalimi oleh Kerajaan UMNO Pusat!
Kamu sendiri pastinya pernah mengalami sendiri bagaimana Kerajaan UMNO Pusat menganaktirikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kamu sendiri pastinya lebih mengetahui bagaimana Kerajaan UMNO Pusat membuat 'magik' dengan cara yang paling hina dan keji dalam rampasan kuasa di Perak!
Kamu sendiri lebih maklum bagaimana Kerajaan UMNO Pusat memfitnah Kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu Islam.. Dalam isu Melayu..

Dan sebagai anak Pulau Pinang,
Pastinya kamu sendiri melihat bagaimana selama ini UMNO mempertaruhkan Pulau Pinang sebagai umpan dengan menyerahkan Kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Gerakan sedangkan UMNO mempunyai kerusi DUN melebihi Gerakan!
Bukankah ini pengkhianatan kepada melayu dalam Konteks UMNO?
Kerana hanya UMNO sahaja yang beriya-iya memperjuangkan bangsa melayu melebihi Islam!

Kesian.. Kesilapan demi kesilapan yang kamu lakukan..
Dan lebih malang lagi apabila kamu membuat lagi kesilapan bagi membetulkan kesilapan..
Dan kali ini kesilapan kamu tidak mungkin akan diampunkan rakyat!
Moga ianya tidak benar!

Fairus.. Rest in Peace...
sunsnake 09032010

PKR amal politik tidak bertamadun

KUALA LUMPUR 8 Mac - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun untuk membolot semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Beliau memberitahu, individu-individu ini yang boleh dikatakan 'firaun-firaun kecil' menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan- rakan dalam PKR bagi membolehkan mereka mendapat jawatan yang amat diidam-idamkan.

"Sepatutnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, rakyat telah menentukan wakil mereka, maka kita tumpukan kepada kerja untuk membela rakyat, malangnya apa yang berlaku dalam PKR ialah pemimpin-pemimpin ini mula menjalankan gerakan mengaibkan rakan di dalam parti.

"Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa terdapat 'firaun-firaun kecil' yang ingin menjatuhkan beliau, perkara ini telah berlaku kepada saya terlebih dahulu kerana mereka idamkan jawatan yang dipegang pada masa itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

berita penuh

SPR Malaysia.. Bangang lagi membangangkan!






Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia WAJIB hantar Pengerusinya ke Iraq!

Tengok! Betapa mudah dan meriahnya rakyat Iraq keluar mengundi.
Walau mempertaruhkan nyawa, peratusan keluar mengundi tetap tinggi dan yang paling penting telus dengan kaedah celup jari ke dalam dakwat!
Sesuatu yang sangat-sangat ditakuti oleh UMNO melalui juaknya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia!
Ini adalah salah satu tuntutan BERSIH suatu ketika dahulu yang hampir-hampir dilaksanakan!
Dek kerana penipuan dan fitnah yang disekongkol oleh 2-3 orang manusia yang tunduk dan takut dengan UMNO!
Maka last minit cancel!
Huaaagghh!! Tuuiihh!

sunsnake 09032010

62.4 peratus keluar mengundi pilihan raya Iraq

09/03/2010 2:41am

BAGHDAD 8 Mac - Jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya umum Iraq ialah 62.4 peratus, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Iraq hari ini, sehari selepas jutaan orang memberanikan diri menghadapi serangan bom untuk keluar mengundi.

Hamdiyah al-Husseini berkata, jumlah yang keluar mengundi amat tinggi khususnya di wilayah autonomi Kurdis di utara negara itu.

Menurutnya, keputusan awal pilihan raya itu yang menyaksikan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki menghadapi persaingan sengit daripada bekas Perdana Menteri, Iyad Allawi dijangka diperoleh esok. - AFP

Polis Diraja UMNO? laaa..



Teman dok heran gak.. semakin hari semakin banyak kes-kes jenayah dilaporkan didada akhbar.. Itu yang dilaporkan..

7 suspek kes rogol serah diri
IPOH 7 Mac – Tidak sampai 24 jam nama mereka disiarkan akhbar, tujuh daripada sembilan suspek kes rogol seorang pelajar di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Felda Sungai Klah dekat Sungkai, datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, malam tadi.
KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.
SEREMBAN 7 Mac – Polis mempergiatkan usaha memburu saki-baki ahli Kumpulan Sawit United selepas ketua dan dua pengikutnya mati ditembak di Serting Hilir, Bandar Sri Jempol, kelmarin.
PETALING JAYA 7 Mac - Dua buah kereta milik Presiden dan Naib Presiden Hindu Sangam Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diletakkan di hadapan pejabat itu rosak apabila dibakar dengan menggunakan bahan api oleh dua lelaki yang tidak dikenali.
KUALA LUMPUR 7 Mac - Kebiasaannya, setiap pagi wanita ini akan berkunjung ke gerai makan berhampiran rumahnya di Lorong Ikan Emas 3, Cheras di sini untuk bersarapan.

Lagi kanak-kanak maut didera

PETALING JAYA 4 Mac - Genap seminggu selepas kematian Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera, kita dikejutkan dengan satu lagi kes penderaan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak yang lebih muda - baru berusia setahun enam bulan.

Last-last dapat gak tau apsal.. Polis sibuk dengan tugasan yang diarahkan oleh UMNO rupanya... Maka logik la kalau ditukarkan ke Polis Diraja UMNO..











Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Polis menghentikan perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman di sini — tindakan malam kedua berturut-turut pihak berkuasa, yang diadakan sempena ulang tahun kedua kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden PKR Azmin Ali dihalang oleh anggota polis rusuhan Unit Simpanan Persekutuan ketika sedang berucap ratusan hadirin.

Ketika polis mendekatinya, Azmin yang juga Ahli Parlimen dan ADUN memberitahu mereka yang hadir bahawa kelab itu adalah milik kerajaan negeri Selangor, bukannya “harta Umno.”

“Saya minta anggota polis menerima perjuangan Pakatan Rakyat,” kata beliau dengan disambut mereka yang hadir.

“Jika kita diberikan mandat untuk mengambil alih (kerajaan), kita akan menjaga kepentingan anggota polis,” kata beliau sebelum ucapannya dihentikan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Kemudian polis menghantar kenderaan perisai air untuk menyuraikan penyokong Pakatan Rakyat agar meninggalkan kelab itu.

Kemudian Ahli Parlimen Batu dan pengarah strategi PKR Tian Chua meminta hadirin masuk ke dalam dewan, untuk memenuhi syarat polis yang melarang mereka berhimpun di kawasan padang.

Malam tadi polis menghentikan majlis makan malam dianjurkan DAP di Kepong, tidak jauh dari lokasi malam ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen — buat julung kali, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan Perak awal tahun lalu manakala tiga Ahli Parlimennya menjadi wakil rakyat Bebas.

Selain tiga Ahli Parlimen dengan sendiri keluar PKR, semalam parti itu memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang memutuskan untuk tidak merayu dan mahu bertindak menjadi wakil rakyat Bebas.

Negeri kaya tapi hanya ada satu padang?


Kesian Rakyat Terengganu dan betapa sengalnya Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu mempunyai Setiausaha yang 'buta' bolasepak!

teman quote balik kata-katanya:

“Bagi pasukan yang berkualiti, mereka tidak mempunyai masalah untuk beraksi dalam sebarang keadaan padang,”

sebab pasukan itu berkualitilah mereka mahukan padang yang baik bagi menjamin tidak berlaku kecederaan ke atas pemain disebabkan keburukan padang!

Ingat lagi betapa hinanya padang Stadium Bukit Jalil ditegur oleh Sir Alex Ferguson yang sangat-sangat tidak berpuas hati dengan keadaan padang ketika itu?
Dia sangat-sangat bimbang pemain-pemainnya akan cedera kerana masalah padang bukan permainan.

Kepada SU PBSNT, adakah pemain-pemain Manchester United ketika itu tidak berkualiti? atau mungkin pemain-pemain Terengganu jauh berkualiti berbanding pemain-pemain Manchester United!!

Inilah akibatnya apabila cuba menegakkan benang yang basah! Negeri kaya dengan hasil petroleum tapi ada stadium pun runtuh! setidak-tidaknya ada la 2-3 biji lagi stadium yang baik dan bertaraf kebangsaan.. pun jadi lah kalaupun tidak bertaraf dunia.. malangnya itupun takde!

hebat..hebat.. Negeri Petroluem nih!
sunsnake 09032010

Kesal Sathianathan kritik padang Terengganu

KUALA TERENGGANU, 8 Mac — Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kesal jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengkritik keadaan padang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh mengakui keadaan padang di stadium berkenaan tidak memuaskan, tetapi ia adalah satu-satunya padang yang masih sesuai digunakan untuk pertandingan Liga Super.

“Apa guna beliau mengkritik, sedangkan beliau tahu Terengganu tidak ada padang lain selain padang itu,” katanya kepada Bernama.

Stadium Sultan Mizan masih tidak boleh digunakan setelah bumbungnya runtuh pertengahan tahun lalu.

Sathianathan hari ini dilaporkan berkata padang di Stadium Sultan Ismail perlu diperbaiki bagi menjamin standard Liga Super selain membolehkan pemain beraksi dengan baik.

Abdullah berkata pasukan lain juga menghadapi masalah yang sama apabila bermain di Terengganu.

“Tambahan pula sekarang cuaca di Terengganu begitu panas dan kering, rumput pun sukar untuk hidup,” katanya.

Beliau berkata langkah memulihara keadaan padang sentiasa diberi perhatian.

“Bagi pasukan yang berkualiti, mereka tidak mempunyai masalah untuk beraksi dalam sebarang keadaan padang,” katanya. — Bernama