Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 3, 2010

Kerajaan PR Selangor - Mana Integriti Kalian?

Sekali lagi teman ulang..
Jaga-jaga dengan isu ini.. Ini berkenaan integriti..
Kita menjadikan UMNO-BN sebagai musuh kerana integriti..
Kita mengajak rakyat menyokong kita kerana kita mendakwa lebih berintegriti..
Kita mengajak rakyat mengundi kita kerana mahukan kerajaan yang berintegriti..

Jangan sampai rakyat melihat kita tidak berintegriti..
Jangan sampai ahli PAS sendiri melihat kita tidak berintegriti...
Jangan sampai ahli PKR sendiri melihat kita tidak berintegriti...
Jangan sampai ahli DAP sendiri melihat kita tidak berintegriti...

Dan yang paling bahaya! Jangan sampai seluruh rakyat Selangor yang mengundi PR di PRU 12 hilang 'integriti' terhadap kita!

Syarikat ini adalah syarikat kerajaan negeri..
Takkan tidak ada kawalan penuh oleh Exco yang berkaitan?
Takkan pemberian bonus yang 'macam melampau' itu tidak diketahui oleh exco?
takkan?? takkan?? takkan??

Takkan nak salahkan UMNO-BN kalau mereka guna isu ini untuk hentam balik??

Kalau perlu pecat.. pecat! jangan disayang-sayang pengarah yang tak guna!
Kalau perlu dakwa..dakwa! jangan disorok-sorok pengarah yang tak amanah!
Kalau perlu terajang.. terajang!! Jangan sampai rakyat Selangor sepakat terajang PR nanti!

Kerajaan PR ini diangkat oleh rakyat yang berkorban apa saja!
Kerajaan PR ini diangkat oleh rakyat yang mengalirkan airmata darah!
Kerajaan PR ini diangkat oleh rakyat yang rindukan integriti!

Jangan musnahkan Kerajaan PR ini dek sayangkan 2-3 orang pengarah yang haloba!

sunsnake 03062010

'Peruntukan terbesar bonus untuk lembaga pengarah'
Jun 3, 10
12:18pm

Ahli lembaga pengarah kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menerima peruntukan terbesar daripada agihan bonus yang dibayar kepada kakitangan syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu sejak ia mula beroperasi sembilan bulan, kata pengerusinya hari.

Abdul Shukor Nagor yang memberi keterangan pada hari kedua kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkata pengarah eksekutifnya menerima bonus RM82,000 bagi tahun kewangan yang berakhir pada Jun 2009.


Katanya lagi, KSSB membayar bonus berjumlah RM503,613.59 kepada 45 kakitangan pada tahun kewangan itu. Ahli lembaga pengarah dan tiga pengurus kanan menerima bonus selama 4 bulan, manakala kakitangan lain menerima bonus 1.5 bulan.

Berita Penuh

Banyak duit pun jadi masalah jugakkk!!


Hmm. sebab tu la teman suka ponteng sekolah dulu..
sebab teman bimbang kalau teman berjaya sangat dalam hidup..
nanti jadi macam ni bila teman mati..
iskk.. ada harta sikit-sikit dah laa..
janji cukup makan pakai.. ada rumah untuk berlindung..
ada kenderaan untuk bergerak dan berjihad..
sudahhhh..

hehehehehe
sunsnake 03062010

Keluarga kedua Nasimuddin tuntut wang RM350 juta, hartanah

June 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Isteri kedua pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan lima anak mereka, hari ini memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.

Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.

Saman itu difailkan oleh Rokiah Abdullah, 53, bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia (umur tidak dinyatakan), melalui Tetuan Jamil Mohamed Shafie & Associates di pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26, Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.

Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.

Berita Penuh

Kit Siang pun turut demo esok wehhh!!

Presiden PAS, Anwar, Kit Siang sertai demo esok
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 3 Jun: Demonstrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO di hadapan Kedutaan Amerika, esok akan disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pimpinan-pimpinan NGO dan wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan hadir bersama.

Sekretariat Mobilisasi Demontrasi Anti Israel 2010 juga memaklumkan demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, jurucakapnya, Herman Samsudeen memberitahu pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.

“Para peserta yang menyertai demonstrasi ini digalakkan membawa bendera Palestin, placard dan banner yang menunjukkan bantahan rakyat Malaysia secara aman,” katanya.

Katanya, sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerusi talian 0192828536.

Perarakan Anti-Israel Esok di KL!


Perarakan Anti Israel esok 4 Jun.
Berkumpul Solat Jumaat di Masjid Kampung Baru.
Turun beramai-ramai!!!

PERKASA dan Pemuda UMNO juga akan turut mengadakan perarakan yang sama!

Benarkah Holocaust pernah berlaku?

Holocaust atau Hollow-Cause?


Isnin, 28 September 2009 22:41
altaltAhmadinejad bangga nafikan Holocaust

TEHERAN 22 Sept. - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, beliau bangga mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan kenyataan terbarunya menafikan Holocaust pernah berlaku ke atas kaum Yahudi di Eropah.

Kenyataan itu dibuat menjelang kehadirannya ke perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini dan menunjukkan keingkarannya setiap masa, walaupun Iran menerima tekanan kuat untuk mengurangkan program nuklearnya.

Ahmadinejad dijadual berucap pada Perhimpunan Agung PBB esok. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh mahu menunjukkan bahawa beliau tidak lemah walaupun tercetusnya keadaan huru-hara selama tiga bulan di Iran ekoran bantahan kemenangannya dalam pilihan raya presiden Jun.

Presiden Iran itu mempunyai alasan untuk menggambarkan kerajaan pimpinannya adalah kuat. Pada 1 Oktober ini, negara republik Islam itu akan memasuki rundingan utama dengan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara kuasa dunia lain untuk berusaha mendapatkan kebenaran program nuklearnya. AS dan sekutunya mengesyaki Iran membangunkan senjata nuklear dan memberi amaran bahawa Teheran sudahpun cukup mengayakan uranium untuk membina bom.

Iran bagaimanapun menafikannya dan berkata ia hanyalah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik. Ini adalah kali kelima beliau menghadiri Perhimpunan Agung tahunan PBB sejak menjadi Presiden pada 2005. Sebelum ini, kesempatan ini digunakan untuk menentang dominasi AS dan Israel.

Dalam ucapannya pada Jumaat lalu, beliau telah mempersoalkan sama ada Holocaust 'benar-benar berlaku' dan menyifatkannya sebagai satu alasan yang digunakan oleh Yahudi untuk memerangkap Barat menubuhkan Israel.

Katanya, negara Yahudi ditubuhkan melalui 'penipuan dan suatu tuntutan mitos'. Semalam, beliau sekali lagi mencetuskan kemarahan dunia menjelang perhimpunan PBB ini ketika menjawab persoalan berhubung kritikan meluas terhadap komennya itu.

"Kemarahan pembunuh profesional dunia adalah kebanggaan bagi kami," katanya yang dipetik oleh agensi berita IRNA.

Sumber : Utusan Malaysia, 23 Sep 2009

Holocaust atau Hollow-Cause?

Beberapa tahun dahulu bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan telah berkata, “Mengingati peristiwa tersebut adalah penting untuk menolak dakyah orang-orang tertentu yang mengatakan bahawa ianya tidak pernah berlaku dan mengatakan angka 6 juta itu sengaja diperbesarkan. Kita mesti menolak fahaman palsu tersebut, tidak kira ianya datang dari siapa atau dari mana”.

Kenapakah peristiwa Holocaust dikatakan sangat penting? Peistiwa ini menjadi titik hitam sejarah kaum Yahudi sebab didakwa bahawa seramai 6 juta orang Yahudi terbunuh oleh tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah sebulat suara memilih 27 Januari sebagai hari mengingati peristiwa ini. Pada hari tersebut, pusat tahanan Auschwitz yang didakwa merupakan tempat pembunuhan beramai-ramai kaumYahudi telah jatuh ke tangan Tentera Bersekutu.

Persoalan mengenai Holocaust

Di antara individu yang paling lantang mempersoalkan peristiwa Holocaust adalah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Presiden Ahmadinejad bukan sahaja mempersoalkan peristiwa tersebut, tetapi telah menawarkan bantuan kepakaran Iran untuk membuat siasatan terhadap peristiwa Holocaust ini. Namun begitu, Menteri Luar Poland, Stefan Meller menolak mentah-mentah tawaran Iran yang boleh menghalang sebarang penyiasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Poland yang dilakukan oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua [http://www.aljazeerah.net, pada 18 February 2006]. Memang menakjubkan!! Seluruh benua Eropah yang mempunyai ramai ahli sains dan ahli sejarah berbanding Iran tidak pernah mengambil langkah serius dalam menyiasat peristiwa Holocaust!!

Didakwa bahawa seramai 1.1 juta kaum Yahudi mati dibunuh akibat gas beracun di Auschwitz-Birkenau, sebuah pusat tahanan di Poland yang dikuasai oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Duta Iran di Portugal yang pernah menjadi pegawai diplomat Iran di Poland memberikan wawancara di sebuah stesen radio di Portugal mengatakan bahawa beliau pernah melawat pusat tahanan tersebut di Poland, yang sekarang telah menjadi sebuah muzium. Berdasarkan kepada pengiraannya, tentera Nazi Jerman memerlukan masa 15 tahun untuk membakar setiap mayat yang berjumlah 6 juta itu, sekiranya benar bahawa seramai 6 juta kaum Yahudi telah terkorban di pusat tahanan Auschwitz [http://www.aljazeerah.net, pada 18 February 2006].

Di dalam satu pungutan suara yang dikendalikan oleh akhbar British, Guardian, 15% responden mengatakan bahawa angka kematian 6 juta kaum Yahudi telah sengaja diperbesar-besarkan [http://www.aljazeerah.net, pada 23 Januari 2004].

Sekiranya benua Eropah secara serius hendak penduduk dunia mempercayai angka kematian 6 juta kaum Yahudi, mereka sepatutnya membuat siasatan rapi lama sebelum negara Yahudi Israel didirikan pada tahun 1948. Tambahan pula, tidak pernah ada pengakuan rasmi daripada anggota tentera Nazi Jerman semasa mereka dibicarakan di Nuremberg bahawa mereka telah membunuh seramai 6 juta manusia yang kesemuanya adalah kaum Yahudi. Apakah Eropah boleh menyenaraikan nama kesemua 6 juta orang yang terbunuh untuk tatapan seluruh dunia?

Apakah peristiwa Holocaust sangat mustahak untuk diingati?

Perlu diingat, semasa Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai 50 juta orang terkorban di Eropah sahaja. Ini bermakna seramai 44 juta orang adalah bukan dari kaum Yahudi. Dianggarkan seramai 20 juta penduduk Rusia telah terkorban mempertahankan negara mereka daripada penguasaan Nazi Jerman. Ukraine dianggarkan telah kehilangan seramai 7 juta penduduknya semasa melawan Nazi Jerman. Kenapakah Eropah begitu beria-ria memberikan penghormatan kepada segolongan penduduk yang agama mereka berasal dari Timur Tengah (agama Yahudi), sedangkan lebih ramai lagi penduduk Eropah (yang beragama Nasrani) terkorban? Tambahan pula, kaum Yahudi di Eropah tidak mempunyai kekuatan senjata dan tentera yang dapat mengalahkan Nazi Jerman, namun sebaliknya kekuatan Nazi Jerman telah dikalahkan oleh tentera Bersekutu dari Eropah dan Amerika Syarikat yang bukan merupakan kaum Yahudi. Jadi kenapa memperingati peristiwa Holocaust adalah merupakan suatu kewajiban yang tidak boleh dipersoalkan lagi dan penolakannya adalah suatu kesalahan berat di Eropah??

Sekiranya Eropah berpendapat bahawa peristiwa memperingati Holocaust adalah sangat mustahak dan mahu seluruh dunia mempercayai bahawa sejumlah 6 juta kaum Yahudi telah terkorban, maka peristiwa-peristiwa yang lain juga yang tidak kurang pentingnya mesti mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada seluruh dunia, ini termasuklah:

a) Berjuta-juta kaum Red Indian (kaum peribumi Amerika Utara) telah kehilangan nyawa mereka dan tanah mereka kepada imperialis bangsa Eropah sejak kurun ke 15 ketika Christopher Columbus mendarat di benua Amerika Utara. Seorang bekas Profesor di Universiti Colorado di Amerika Syarikat, Ward Churchill berkata pada tahun 1994, “Populasi kaum Red Indian dianggarkan berjumlah 12 juta orang pada kurun ke 16, telah susut kepada lebih kurang 200,000 orang empat kurun selepas itu” [Ward Churchill di dalam bukunya bertajuk “Indians are US” [(Common Courage Press, 1994) http://web.mit.edu/thistle/www/v9/9.11/1columbus.html].

b) Berjuta-juta nyawa penduduk Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang terkorban akibat penjajahan Sepanyol dan Portugis.

c) Perampasan tanah dan hilangnya nyawa penduduk peribumi Australia dan New Zealand semasa penjajahan British.

d) Perampasan tanah dan hilangnya nyawa penduduk Afrika Selatan ketika penjajahan apartheid British dan Belanda.

e) Hilangnya nyawa penduduk Asia dan Afrika semasa penjajahan bangsa Eropah seperti Sepanyol, Belanda, British dan Peranchis selama beratus-ratus tahun.

f) Hilangnya nyawa dan perampasan tanah umat Islam semasa diusir keluar oleh golongan Kristian Katholik di Sepanyol (Andalusia) pada kurun ke 15.

g) Hilangnya nyawa beribu-ribu orang kulit hitam Afrika yang diculik oleh bangsa Eropah untuk dibawa ke benua Amerika Utara dan Amerika Selatan sebagai hamba abdi.

Hipokrasi kebebasan bersuara Barat

Kebebasan bersuara yang digembar-gembur oleh Barat hakikatnya hanyalah satu penipuan. Banyak hipokrasi yang telah dimanifestasikan Barat yang kononnya berpegang kepada ‘kebebasan bersuara’. Hakikatnya mereka hanya ‘menyucikan’ kebebasan bersuara apabila ia sesuai dengan keinginan mereka. Jika ia bertentangan dengan aspirasi dan kehendak mereka, ‘kebebasan bersuara’ menjadi satu jenayah pada pandangan mereka. Sebagai contoh, beberapa ahli sejarah seperti David Irving dari Britain dan Ernst Zundel dari Jerman pernah dipenjarakan kerana menafikan peristiwa Holocaust namun mereka dibebaskan selepas beberapa tahun dalam tahanan. Selain itu ada juga seorang ahli sejarah Peranchis yang memeluk Islam, Roger Garaudy yang menafikan peristiwa Holocaust, namun beliau tidak dikenakan tindakan undang-undang. Negara-negara lain seperti Belanda, Jerman dan Austria pula mewajibkan individu yang mahu menjadi warganegaranya untuk mempercayai peristiwa Holocaust tanpa persoalan sebelum boleh memberi kerakyatan kepada mereka.

Umat Islam juga pernah dikejutkan oleh penghinaan karikatur Rasulullah (SAW) oleh akhbar Denmark atas nama ‘kebebasan bersuara’. Susulan daripada peristiwa tersebut, beberapa akhbar lain di beberapa buah negara Eropah telah menyiarkan karikatur tersebut. Kerajaan Denmark tidak mahu mengambil tindakan ke atas akhbar tersebut untuk menghormati hak ‘kebebasan bersuara’ yang kononnya menjadi prinsip hidup mereka. Kemudian muncul pula penghinaan Islam oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menyiarkan filem “Fitna” yang menghina Islam, dan kerajaan Belanda tidak mengambil tindakan terhadap Wilders disebabkan oleh alasan menghormati hak kebebasan bersuara.

Susulan daripada dua peristiwa yang menghina Islam, segolongan penduduk Iran telah menganjuran peraduan menciptakan kartun yang menafikan peristiwa Holocaust untuk menguji sama ada Barat benar-benar menghormati hak dan kebebasan bersuara. Namun natijahnya, di dalam sebuah laporan Associated Press pada 2 Sep 2009, kerajaan Belanda akan mengenakan tindakan mahkamah ke atas sebuah pertubuhan Arab yang menyiarkan kartun menafikan peristiwa Holocaust!!

Dari sini, terbukti bahawa hak kebebasan bersuara adalah hanya hipokrasi Barat. Mereka tidak mahu melakukan siasatan secara serius ke atas peristiwa Holocaust, tetapi serius di dalam menyiarkan karikatur dan filem yang menghina Islam tanpa banyak soal. Mereka tidak serius untuk berbincang dan berdebat dengan umat Islam di negara mereka tetapi serius di dalam melakukan perkara-perkara yang menghina Islam dan beria-ria membenarkan peristiwa Holocaust tanpa soal dan tanpa bukti yang kukuh. Prinsip sebegini yang dipegang oleh Barat, sebenarnya telah mengheret mereka kembali ke zaman gelap, zaman ketika mereka mempercayai kewujudan manusia serigala jadian (werewolf) dan manusia pontianak (vampire) tanpa banyak soal dan tanpa bukti kukuh, mempercayai bahawa matahari mengelilingi bumi, dan bukan itu sahaja, mereka malah menyiksa orang-orang menolak kepercayan mereka yang penuh tahyul dan kebodohan!

Apakah tamadun seperti ini layak memimpin dunia? Apakah tamadun seperti ini yang diharapkan untuk menerajui dunia? Amat hinalah mereka yang menaruh harapan dan merangkul aspirasi sekular Barat yang penuh hipokrasi dalam menggapai apa yang mereka sangka sebagai ‘kejayaan’!!

Wa Allahu A’lam.

sumber

Apabila APCO mula mengadu...


Melayu UMNO jangan buta hati

Kalau melayu UMNO masih buta tak nampak lagi tak tau la teman..
Dah terang dek matahari.. lagi nak bersuluh dengan torchlight berbaterikan 3 biji saiz AA?
Jangan buta perut tak ada akai duhai melayu-melayu UMNO oiii!!
Siapa sebenarnya yang bersekongkol dengan Israel? dengan Yahudi?
Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pastinya Anwar mempunya hubungan yang baik dengan semua negara termasuk Israel walaupun secara tidak langsung. Namun prinsip Islam tetap ditergaskan.

Malangnya mari ke Najib secara langsung dia bawak Israel iaitu APCO Worldwide!!!
Kesan pertamanya? Judi diluluskan laaaa!!!
Memang Zionis nak hancurkan Islam!!!
Tak caye? tanya si Aswad Astro Awani!

p/s: dulu mak ayah teman risau betul sebab teman berkawan dengan kaki betina, kaki ganja dan kaki todi kampung... Alhamdulillah.. walaupun berkawan dengan kaki-kaki tu, sehingga sekarang teman tak pernah sentuh ganja,todi ataupun mana-mana betina yang haram! (kira teman ni virgin laaa!!) Prinsip itu yang penting dan dipasak dengan keimanan kepada Allah SWT!
sunsnake 03062010

B'nai B'rith isytihar Anwar musuh Israel
Jun 3, 10 10:09am
Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka sebagai jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.


Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

B'nai B'rith ditubuhkan pada 13 Oktober 1843 - ia mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara dan dikatakan sebagai gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Israel.

Berita Penuh

Berita Buruk buat Penyokong Bolasepak Brazil!

Jangan sokong yang atas ni!!
Tapi sokonglah yang bawah nie!! wakakaka!

Hah!!! Nasib la kome yang sokong Brazil..
Kena la cari jersi yang takde logo depan tuh..
Kira jadi macam penyokong Liverpool la ye??

Jangan main-main.. lawak-lawak juge..
Tapi jelas haramnya wehh!!
Sok-sok Brazil yang menang.. kome yang berdose besor pulak!!
Jangan buat gile wehh!!

p/s: elok ikut teman.. beli je jersi Belanda!!!

sunsnake 03062010

Seorang Lagi Pengkhianat Melayu!


Nampaknya minggu ini sepatutnya minggu yang sibuk bagi Armand Ketua Pemuda PERKASA dan konco-konconya dengan demonstrasi depan pejabat PKR di Tropikana!

Isu Yahudi tak puas hati kat Anwar!!! uiiii! isu besar tuh!!
Antara bukti Anwar ni pengkhianat melayu!!

Ni timbul pulak sorang mamat ni!! Dok bantah apa yang Saiful Bukhari dakwa pulak!!
Ni dah jadi cuba menyokong Anwar!!
Ni kompom pengkhianat nih!!
Armandddd!!! apa lagi!!! cepat kumpulkan konco-konco PERKASA!
Kena buat quick demo kat Tropikana nih!!
Mana mungkin kamu membiarkan hak melayu diinjak-injak oleh mamat yang dok cuba meng'kantoi'kan Saiful!!

Bukankah maruah perjuangan bangsa melayu kini hanya ber"gantung" di bontot Saiful?
sunsnake 03062010

Faez: Saya tidak larikan adik perempuan Saiful

Jun 2, 10
7:19pm

Seorang lelaki berusia 27 tahun hari ini menafikan pengakuan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di mahkamah minggu lalu yang kononnya, dia melarikan diri dengan adik perempuan Saiful.
Faez Khairi (kiri) berkata adik Saiful - Saidati Adha, secara rela mengikutinya ke selatan Thailand untuk bernikah dengannya. "Saya difahamkan bahawa Saiful membuat pengakuan di mahkamah pada Isnin lalu, bahawa saya dan Saidati melarikan diri dan perkahwinan kami adalah tidak sah.” "Saya ingin menegaskan saya bernikah dengan Saidati pada Mac 2009 secara sah. Saya tidak pernah melarikannya. Malah, dia yang ingin mengikut saya dengan rela,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Berita Penuh