
Ntah ada ntah idak la Hang Tuah nie..
Kata Prof Khoo Kay Kim takde..
Tapi takde pulak teman dengor ada mana-mana pakar sejarah yang bidas balik..
Yang ye nye..
Zaman-zaman Hang Tuah ni..
Jarang ada yang nak berhujah fakta..
Tak puas hati.. berparang berkeris aje!
Maklumlah..
Zaman tu bukan ada internet pun..
Sekolah pun takde!
Ilmu yang diiktiraf hanya ilmu persilatan sahaja..
Ilmu kewangan pun gitu-gitu aje..
bukan ada mikro dan makro ekonomi!
Keluk dan lajur jauh sekali laaaaaa..
Logik akal lah sikit-sikit bergaduh.. sikit-sikit bersilat!
Siapa paling handal bersilat.. dialah pemimpinnya!
Mungkin UMNO ni dah tak sesuai dengan zaman moden nieh!
Molek benor kalau mangkuk-mangkuk UMNO yang sibuk nak bergaduh ni dihantar ke pulau..
Pulau yang terasing dengan kehidupan moden!
Pulau yang semuanya bertengkolok.. berbaju melayu lama..
bercindai di bahu... tak pakai kasut..
kalau ada pun selipar kain...
berkeris dan bertombak.. berparang..
makan sireh dan pisang salai..
adehhhh!!
budakbalun 06032012
PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah'
PKR mendakwa pihaknya terpaksa menangguhkan ceramah pada bulan lalu di Rembau kepada hari ini selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengugut untuk 'mandi darah' semasa persiapannya.
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam insiden pada 6 Februari lalu, berlaku kekecohan sehingga mengundang kedatangan polis ke tempat itu di Pekan Kuala Sawah.
"Selepas bercakap dengan ketua penyerang, anggota polis terus beredar. Kemudian PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung yang dilantik menteri besar Negeri Sembilan.
"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila ketua kampung itu mencarut dan memaki hamun petugas berbangsa India yang ada bersama dan mengugut untuk 'mandi darah'," dakwa Badrul dalam blognya.-Mkini