Hari tu kaum Cina di Galas dah ikrar nak teruskan sokongan kepada PAS..
Hari ni kaum India di Galas pulak..
Hmm.. kalau ditakdirkan PAS kalah kelak..
macam dah tahu siapa punya angkara!!!
wakakakakak!
Kompom orang asal ke? wakakaka
Silap-silap Orang Asal pun pangkah PAS!!
Kalu cenggitu? Siapa lagi???
sunsnake 20102010
India tetap mahu wakil rakyat PAS di Galas
Nazri Abdullah |
GUA MUSANG, 20 Okt: Kejayaan Allahyarham Chek Hashim Sulaima menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Dun Galas, memberikan imej sangat positif kepada PAS secara keseluruhannya. Sikapnya yang bertanggungjawab, suka turun padang, menyelami denyut nadi rakyat membuatkan semua kaum di Dun itu percaya bahawa wakil PAS lebih boleh diharap dari BN. Seorang wakil masyarakat India, Raman a/l Palam, 58, (gambar) turut mengakui Allahyarham Chek Hashim berjaya menukar paradigma masyarakat India yang selama ini menyokong bulat-bulat Umno BN. Menurutnya, biarpun baru dua tahun, PAS melalui allahyarham menerajui Galas, sikap Chek Hashim yang 'buat kerja bukan cakap kosong' sangat disenangi hampir 200 masyarakat india di sini. |
Cina Kumpul Duit Bantu Hashim Berubat Di China
Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat.
"Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya.
"Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.
"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai.
"Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya.
Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil. Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.
Berita Penuh