Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, October 16, 2010

Hadiah Raifal Askar Israel!! Stylo!


Perghh!!
memang hebat dan penuh maksud!
Hizbullah hadiahkan kepada Presiden Iran selaras raifal milik askar Israel yang dirampas!

Allahuakbar!

No Komen! Hebat! Mantop!!
Makin terbakar hati Zionis Laknatullah!!!
sunsnake 16102010

Ahmadinejad terima hadiah raifal

BEIRUT 15 Okt. - Pemimpin pergerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang askar Israel, kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada akhir lawatan beliau ke Lebanon.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di Kedutaan Iran di Beirut lewat semalam pada akhir lawatan dua hari Ahmadinejad ke negara ini.

Berita Penuh

UMNO Boikot UMNO? Usah Percayalahh!


Satu perangai UMNO yang teman nak puji..
(jangan ingat teman nak tukar khemah pulakkk!!)

Sehebat mana pun mereka bertelagah pasal pilih calon..
Sehebat mana pun mereka bergaduh pasal pilih calon..
Sehebat mana pun mereka berseteru pasal nak pilih calon..

Bila mari time kempen pilihanraya..
Bila mari time kempen hari mengundi..
Mereka kompom akan bersatu!!

So, jangan dok ingat bila mereka bertelagah sesama mereka pasal nak pilih calon..
kerja kita akan senang...
Tarakkkk!!
Sorry bro! Pengalaman telah mengajar...

Kepada Jentera PRK PAS di Galas..
Jangan ingat keje mudah bila UMNO bertelagah sekarang ni..
Jange ingak mudoh wehhh!!!

prediction teman?
Kalau tak kena gaya..PAS kalah... huhuhuhu

sunsnake 16102010


Umno Gua Musang mahu calon mereka
Harakahdaily
GUA MUSANG, 16 Okt: Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas.

Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.

Berita Penuh

Himpunan Tokey-Tokey Kaya Kembali Lagi!

Siapa mahu projek lagi?? Sayaaa!!!!

Perghh!!
Meriah KL beb!
Himpunan Tokey-tokey kaya kembali laaagiii!

Yang kaya-raya duk dalam..
Makcik-pakcik Felda yang datang naik komuter.. naik KTM..
duduk luar ye?

Nak beli-belah sila tunggu hari akhir perhimpunan..
kalau beli awal-awal mahal gilosss!!

Errr.. macam teringin pulak teman nak gi usha-usha nanti!
wakakakaka!

sunsnake 16102010

4,907 perwakilan bakal hadir

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada minggu depan akan dihadiri 4,907 perwakilan termasuk yang menghadiri perhimpunan tiga sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,543 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung parti induk dari 21 hingga 23 Oktober ini.

Berita Penuh

Budget 2011 - Najib Ni Tak Malu Ke?

Oh muslimah contohku!...

Patutnya...
Rafidah Aziz dah salute habis kat Najib ni..
Rafidah hadir dalam meeting yang luluskan saham untuk menantu..

Patutnya...
Samy Vellu dah salute habis kat Najib ni..
Samy Vellu 'faraid'kan saham Maika Holding....

Tapi Najib..
Selamba badak umum peruntukan Ratus juta RM untuk Program Bini dia!!
Live dari Parlimen Malaysia!!
Dalam Budget Negara pulak tuh!!

Teman pelik..
Tak malu ke PM kita ni?
Setidak-tidaknya berkias la sedikit..
Sorok-sorok la sedikit..
err.. sebelum tu.. Rosmah ni Menteri kementerian mana?
Yang boleh dapat budget daripada Kerajaan Malaysia sebanyak itu?

Entahlaa.. kenapa la makcik-pakcik Felda tak nampak lagi..
Kenapa la makcik-pakcik felda tak hairan lagi..
Hairan teman???

sunsnake 16102010

Bajet: 'Rosmah' dapat RM111 juta, SAR RM95 juta

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.


Berita Penuh

Lagi Bekas Calon BN Meracau!


Hmm.. inilah suara penganggur terhormat!
Dulu elok-elok ada keje.. last-last nak bertanding jadi calon BN punya pasal..
terus jadi 'Penyelaras' Dun je..
OK lah tu.. ada gak keje..

Inilah kejenye?
Terpaksa menafikan benda yang satu dunia tahu!

Jambatannya mana?
Masalah milikan tanah?
Tak pernah pun UMNO Kelantan timbulkan sebelum ni?
Sekarang pulak baru nak sibuk bercerita?

Aduyaii.. Dah kalah pun nak menipu lagi!
sunsnake 16102010

Dakwaan BN tidak tunai janji di Manek Urai hanya fitnah

GUA MUSANG 14 Okt. - Dakwaan pemimpin Pas bahawa Barisan Nasional (BN) belum menunaikan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang lalu hanya satu fitnah.

Menurut bekas calon BN yang bertanding bagi kawasan tersebut, Tuan Aziz Tuan Mat, 40, semua janji yang diberikan semasa kempen itu telah pun ditunaikan, malah pelbagai lagi bantuan akan menyusul.

"Saya mahu mereka beritahu apa lagi yang kita tidak tunaikan. Walaupun saya kalah tetapi semua janji-janji itu telah pun dilaksanakan untuk manfaat rakyat di situ.

"Sebab itulah saya menyeru pengundi di Galas agar tidak tertipu dengan kata-kata pemimpin Pas ini yang hanya fitnah semata-mata," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Berita Penuh

Khusrin Laaagi!! Tak Habis-Habis!

Ini bukan Khusrin.. Ini Ahmad Jais! Suara Emas!


Pak Syeikh ni...
Agak-agak dah berapa lama dok dalam gua?
Agak-agak dari dalam gua ke dari bawah tempurung kelapa?
Agak-agak ada 'sinar' tak dalam hati dia?
Agak-agak dia ni masih sedar diri ke tidak?
Agak-agak dia ni berpijak di bumi yang nyata ke tidak?

Dia faham tak siapa sebenarnya yang berkuasa?
Kuasa yang sebenar-benarnya! Bukan kuasa dicipta manusia!

Jemaah masjid itu sendiri berkuasa atau dia?
Kuasa Jemaah itu sendiri atau kuasa ciptaan manusia?

Pak Syeikh ni bagi amaran nak tukar AJK masjid dan Surau?
ehhh?? Siapa yang imarahkan masjid dan surau sesuatu tempat tu?

Kalau contoh di Bukit Sentosa ni..
Tahukah JAIS apa kehendak sebenarnya jemaah masjid ni?

Selagi ianya tidak menentang hukum-hakam Islam..
Selagi itulah apa masalahnya?

Ini dah jadi sebijik macam perangai UMNO!
Kalah hujah terus jatuh hukuman!
Kalah hujah pasal ISA terus ISAkan yang menang hujah tadi!
Kalah hujah dengan pendemo anti-ISA..
terus tangkap..terus tembak dengan gas pemedh mata... terus belasah dengan cota dan penendang!

JAIS kalah hujah dengan kariah masjid, terus pecat AJK.. pecat Nazir..
Ini dah macam komunis pulak!!

Khusrin...Khusrin... sampai bila kamu nak jadi macam ni??

p/s: dah amik exam 4 Thanawi lom? wakakakaka!
sunsnake 16102101

Jais beri amaran tukar AJK masjid, surau
Harakahdaily

RAWANG, 15 Okt: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi memberi amaran akan menukar sistem pemilihan jawatankuasa masjid dan surau di Selangor jika jawatankuasa yang ada terus melanggar arahan-arahan pihaknya.

Antara arahan-arahan itu adalah larangan berpolitik dalam masjid dan juga memberikan kebenaran kepada penceramah tanpa tauliah memberikan kuliah dalam masjid.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.


Berita Penuh