Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, September 28, 2010

Galas - Muhyiddin Standby Nak Buat Jambatan!

Mungkin ini jambatan yang akan dibina oleh Muhyiddin di Galas?
Segalanya mungkin! wakakakaka!



Kali ni agak-agak apa pulak idea Muhyiddin nak bodohkan Melayu di Galas..
Kalau di Manek Urai.. Jambatan sebatang disamakan dengan maruah Melayu..
Kalau di manek Urai Ahmad Maslan Ketua Kegelapan UMNO Malaysia sanggup turun kebun menoreh getah! Walaupun dengan kasut getah bau kedai!

Di Galas.. teman rasa mungkin Muhyiddin terpaksa mohon Najib mencemar duli gak turun membantu sepertimana berlaku di Hulu Selangor sebelum ini..

Dan Najib pastinya akan menggunakan taktik last minute di Sibu iaitu
"I help You.. You Help me"..
Cuma slang tuka sikit laa..

"Kawe tolong demo.. demo tolong kawe!!!"

Satu je jawape dari rakyat Galas..
"Pi mapuh Amenu!!!"

sunsnake 28092010

Galas: BN letak calon tempatan

Umno akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Kelantan yang bakal diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.

Berita Penuh

Racist - UMNO,MCA & MIC tidak selaras!


Inilah akibatnya..
Apabila Perjuangan Bangsa dijadikan asas sebuah parti..
Inilah akibatnya.. apabila parti ditubuhkan atas nama bangsa..

Bila sebut perjuangan bangsa..
Melayu adalah melayu..
Cina adalah cina...
India adalah India..

Sangat-sangat mustahil akan berlaku..
Melayu jadi India..
India jadi Cina..
Cina jadi Melayu!!

Alangkah moleknya Perjuangan Islam..
Melayu boleh Islam..
Cina boleh Islam..
India boleh Islam..

Terlalu luas skop dakwah apabila perjuangan Islam menjadi teras..
Tak percaya?

sila lihat ini...

Ustaz Muhammad Fitri Abdullah

dan ini...

Ustaz Farid Ravi

dan ini...

Lim Jooi Soon

serta ini...

Bukti Islam jalan keluar perkauman!
sunsnake 28092010

angan ikut rentak pembangkang

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak patut terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang menggesa kerajaan menghukum seorang pengetua dan seorang guru atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, keputusan mengenai hukuman ke atas kedua-dua penjawat awam itu akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Justeru katanya, parti komponen BN seperti MCA dan MIC perlu menghormati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan.

''Semua pihak harus menunggu keputusan JPA dan jangan cuba mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Semua parti komponen harus menerima keputusan yang akan dibuat.

"Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang yang sering kali tidak akan menerima keputusan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan 'memberi masa' selama dua minggu buat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas pengetua dan guru tersebut.

Berita Penuh

PKR.. Low Class!!!


Teman setuju benor dengan kenyataan Muhyiddin nih!
Memang kena jadikan iktibar kekecohan yang berlaku dalam beberapa pemilihan PKR kali ni!

UMNO yang umurnya dah 50 tahun lebih pun lagi hebat bergaduh daripada PKR yang baru berapa belas tahun!!!

ehhh?? yang mana satu nak dijadikan contoh ni??
Yang kat bawah ni ke??
wakakakaka!! Sialnye UMNO!

ekor penuh tahi la Muhyiddin nih!!



atau yang ni nak dijadikan iktibar?



sunsnake 28092010

Kekecohan pemilihan PKR perlu dijadikan iktibar

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Episod kekecohan dalam pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dijadikan iktibar oleh seluruh rakyat Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menilai masa depan negara di tangan parti itu jika di peringkat pentadbiran lagi ia sudah bergelumang dengan pelbagai masalah.

Menyifatkan ia satu masalah dalaman, Muhyiddin berkata perkara tersebut mungkin disebabkan oleh kegagalan PKR memahami prinsip demokrasi sebenar.

"Mungkin kita boleh jadikan iktibar, sepatutnya ia parti yang demokratik, mengamalkan ketelusan, parti yang nak memperjuangkan kepentingan rakyat tapi kita lihat dalam peringkat awal sahaja bila ada proses pemilihan berlaku... Kecoh, satu macam punya kecoh.

"Saya fikir itu masalah mereka tetapi yang penting penilaian harus mengambil iktibar tentang apa yang berlaku, bagaimana mereka (hendak memerintah) kalau di peringkat ini, dalam soal mentadbirkan parti telah menghadapi masalah kekecohan," katanya.

Berita Penuh