Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, September 28, 2010

Racist - UMNO,MCA & MIC tidak selaras!


Inilah akibatnya..
Apabila Perjuangan Bangsa dijadikan asas sebuah parti..
Inilah akibatnya.. apabila parti ditubuhkan atas nama bangsa..

Bila sebut perjuangan bangsa..
Melayu adalah melayu..
Cina adalah cina...
India adalah India..

Sangat-sangat mustahil akan berlaku..
Melayu jadi India..
India jadi Cina..
Cina jadi Melayu!!

Alangkah moleknya Perjuangan Islam..
Melayu boleh Islam..
Cina boleh Islam..
India boleh Islam..

Terlalu luas skop dakwah apabila perjuangan Islam menjadi teras..
Tak percaya?

sila lihat ini...

Ustaz Muhammad Fitri Abdullah

dan ini...

Ustaz Farid Ravi

dan ini...

Lim Jooi Soon

serta ini...

Bukti Islam jalan keluar perkauman!
sunsnake 28092010

angan ikut rentak pembangkang

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak patut terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang menggesa kerajaan menghukum seorang pengetua dan seorang guru atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, keputusan mengenai hukuman ke atas kedua-dua penjawat awam itu akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Justeru katanya, parti komponen BN seperti MCA dan MIC perlu menghormati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan.

''Semua pihak harus menunggu keputusan JPA dan jangan cuba mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Semua parti komponen harus menerima keputusan yang akan dibuat.

"Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang yang sering kali tidak akan menerima keputusan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan 'memberi masa' selama dua minggu buat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas pengetua dan guru tersebut.

Berita Penuh

0 comments: